Page 17 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 17

E ET TI IK KA A   K KE ER RJ JA A



        Pendahuluan

        Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di
        rantau ini ialah tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru,satu etika kerja yang mantap
        perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur , bertanggungjawab
        dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

        Misi

        Membangunkan  sistem  pendidikan  berkualiti  yang  bertaraf  dunia  (world  class)  bagi  memperkembangkan  potensi
        individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

        OBJEKTIF

               i.      Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
               ii.     Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
               iii.    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
               iv.     Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

        TAKRIF ETIKA KERJA

        Etika  kerja  ialah  panduan  tingkah  laku  yang  menjadi  pegangan    setiap  warga  Kementerian  Pendidikan  Malaysia
        berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.

        OBJEKTIF ETIKA KERJA

            i.   Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-
               Tugas yang diamalkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
            ii.  Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada
               pelanggan dan organisasi
            iii.  Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

        PRINSIP ETIKA KERJA

        Etika  kerja  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  perlu  dilaksanakan  dan  dihayati  berdasarkan  prinsip-prinsip
        berikut :

                   i.   Niat yang betul
                   ii.  Perlakuan yang baik
                   iii.  Penggerak ke arah kebaikan
                   iv.  Memperkotakan apa yang dikatakan
                   v.  Berdisiplin dan beradab

        Niat yang betul
        Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama , selari dengan landasan
        berikut :

            i.   Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , misi , matlamat dan
               objektif  Kementerian Pendidikan Malaysia.
            ii.  Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara.
            iii.  Memberikan sumbangan bermutu.
            iv.  Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.






                                                            13
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22