Page 26 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 26
PERINGATAN CUTI GURU
KAEDAH MEMOHON CUTI REHAT KHAS (CRK)
Pengetua akan menggunakan pertimbangan dalam meluluskan CRK dengan memastikan
keberkesanan pengajaran tidak terjejas.
1. CRK diperuntukkan 10 hari setahun berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan.
2. CRK boleh diluluskan 1 hari bagi setiap 2 bulan.
3. CRK tidak boleh dibawa ke hadapan tetapi boleh dikumpulkan bagi tujuan pemberian Wang Tunai
Gantian Cuti Rehat dan diberi kepada guru lantikan tetap sahaja.
4. CRK tidak boleh diambil bersambung dengan cuti penggal dan cuti umum.
5. GSTT tidak layak mengumpulkan CRK. Bagi GSTT hanya boleh dikumpul mulai
dari tarikh tahun semasa Surat Pengesahan Pelantikan yang dikeluarkan SPP.
6. Sebelum mengambil CRK, borang permohonan hendaklah diisi dan mendapat kelulusan pengetua
terlebih dahulu, dan perlu mengisi permohonan cuti melalui aplikasi HRMIS
PENJELASAN MENGENAI KELULUSAN CUTI SAKIT
1. Cuti Sakit diberi kepada pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar
di klinik swasta tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun.
2. Kad Rawatan atau surat pengesahan berjumpa doktor tidak boleh menggantikan Sijil Sakit.
3. Pengetua mempunyai kuasa sama ada meluluskan atau tidak meluluskan Cuti Sakit yang
dikeluarkan oleh pihak hospital / klinik.
PERINGATAN TAMBAHAN
1. Maklumkan kepada Pengetua/ PK Pentadbiran dengan kadar segera jika tidak dapat hadir
supaya guru ganti (relief) dapat disediakan.
2. Serahkan Sijil Sakit / Surat Cuti ke pejabat sesegera mungkin / pada hari bekerja berikutnya.
3. Penyalahgunaan cuti adalah satu kesalahan.
22