Page 4 - MPU 23052 TEKNOLOGI PEMBINAAN (GROUP3)
P. 4
Pelaksanaan Pembinaan Rasmi Terowong SMART di Malaysia
Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir dalam bahasa ingeris iaitu
Stormwater Management and Road Tunnel; kependekannya: SMART; kod: E38 merupakan
suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan
satu projek kebangsaan di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer
tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan terowong lencongan air
yang terpanjang di Asia tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Objektif utama terowong ini
adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk
mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di
Pudu semasa waktu sesak. Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala
bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.
Selain itu, Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan
dengan Sungai klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai
Kerayong di Salak selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga lebuhraya
Malaysia (LLM) dan jabatan pengairan dan saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan
kerjasama di antara Famuda berhad dan Malaysian Mining Corporation
Berhad (MMC).Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan
ketinggian maksimum 2 meter serta Had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. motosikal serta
kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong
ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol yang dikenakan adalah
sebanyak RM 3.00. menurut laman web
https://ms.wikipedia.org/wiki/Terowong_SMART#Terowong_lebuh_raya.
Akhir ssekali, Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan memberikan nilai
tambah kepada peningkatan kualiti adalah untuk Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-
mata bertujuan komersil atau profit dan nilai-nilai kemanusiaan mengutamakan matlamat
hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak
prestasi manusia sebagai hamba Allah swt dan sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan
inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakan dunia. Kedua, melakukan
eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat iaitu eksperimen dilaksanakan hendaklah
berasakan kebijaksanaan mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna
dan juga Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi untuk profit,
kemahsyuran dan kepentingan diri. Menurut laman web
http://ustazadnandua2012.blogspot.com
2