Page 9 - MPU 23052 TEKNOLOGI PEMBINAAN (GROUP3)
P. 9
Kelebihan Pembinaan MRT di Malaysia
Seperti yang kita tahu pembinaan MRT ini banyak memberi impak yang amat baik
kepada rakyat kita mahupun Negara kita . Oleh itu terdapat banyak kelebihan yang dapat
diperolehi oleh negara kita dan rakyat . Kelebihan yang pertama ialah ia menawarkan
signifikan kepada orang ramai untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah ke atas
pengangkutan, masa perjalanan serta kesesakan lalu lintas di kawasan kereta api .
Selain itu, ia dapat menampung keperluan yg diperlukan sebanyak 900 000
pengguna yang memerlukan setiap hari . Seterusnya , berdasarkan laporan NTP juga
menyebut Kuala Lumpur berada di tangga kedua dalam senarai bandar paling berdaya huni di
Asia Tenggara malahan menarik penyertaan peluang pekerjaan dengan menyediakan 10,971
peluang pekerjaan sejak 2011 . Pembinaan MRT ini jugak dibina untuk usaha mengindahkan
sungai sekitar kawasan bandar . Menurut laman
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/329544/mrt-penuhi-gaya-hidup
Dalam menerapkan atau perlaksanaan prinsip etika Islam dana Sains Teknologi dan
Kejuruteraan ini kita dapat lihat dengan adanya perlaksanaan ini segala pembinaan yang
dilakukan ini semua berada di bawah pentadbiran warga kerja yang bersahsiah tinggi . Selain
itu dengan adanya sahsiah tinggi perkara – perkara seperti rasuah , pecah amanah dapat
dielakkan malahan dengan perlaksanaan ini memberikan kesan yang amat baik kepada negara
dan rakyat .
Disamping itu kelebihan dalam pembinaan Projek MRT ini kita dapat menambah
pilihan perjalanan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam . Hal ini memudahkan
rakyat tanpa perlu rasa gelisah dalam memilih sesuatu pengangkutan awam untuk ke destinasi
yang dikehendaki . Malahan itu , dapat menjimatkan kos pengguna yang menggunakan MRT
ini kerana dengan kos tiket yang murah dan waktu perjalan yang singkat . Selepas itu ,
pembinaan ini jugak dapat mengurangkan kesesakan jalan . Hal ini kerana ramai orang yang
menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja malahan satu keluarga menggunakan kereta
lebih dari satu ini menyebabkan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan persendirian . Oleh
itu , dengan adanya pembinaan MRT ini kesesakan jalan dapat dikurangkan apabila ramai
yang menggunakan MRT sebagai satu pengangkutan untuk ke tempat kerja atau tempat lain .
Menurut laman web https://www.kakiproperty.com/kebaikan-projek-mrt/
7