Page 2 - GEMA JUMAAT
P. 2
“ MEMANUSIAKAN MANUSIA ”
Guru bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu (muallim) dan
mengajar (mudarris) , tetapi juga mampu membentuk akhlak (muaddib) dan
menunjukkan jalan yang benar (mursyid) kepada anak didiknya. Ironinya kita
melihat tanggungjawab guru pada masa kini adalah untuk memanusiakan
manusia iaitu mendidik jiwa para murid. Kejayaan dalam akademik seharusnya
selari dengan pembentukan akhlak dan emosi berlandaskan nilai keagamaan
yang tinggi. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11 yang
bermaksud: “ Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)
beberapa darjat.
………………………………………………………………………………………………
Tanggal hari ini, masuk minggu yang ketiga sesi persekolahan 2020. Titipan
demi titipan bahkan nasihat demi nasihat tidak pernah lekang dari bibir seorang
guru yang sentiasa mengingatkan perihal kebaikan kepada anak didiknya. “Kalau
kamu berjumpa dengan cikgu, jangan lupa 3S ya ! Ustaz Fadil sudah buat
simulasinya awal tahun tempohari,kamu ingatkan ? Pesan penulis kepada salah
seorang murid yang tanpa rasa bersalah berselisih dengannya di kantin sekolah
tanpa ungkapan salam, agaknya terlalu lapar sehingga terlupa apa itu 3S.