Page 3 - GEMA JUMAAT
P. 3
Setelah tiga minggu berlalu, penulis mengamati dan menilai sikap murid-murid
dalam skala amalan yang mulia ini. Bolehlah kalau hendak dirumuskan tolak
tambahnya hanya lebih kurang 60% orang murid sahaja yang betul-betul
mengaplikasikan amalan ini. Selebihnya baki 40% bagaimana pula..? Penulis cuba
untuk tidak menghujum kesilapan tersebut terhadap anak-anak didik, kerana mereka
telah dipesan berkali-kali. Terlintas difikiran barangkali salahnya berpunca daripada
penulis sebagai seorang guru. Pernah sekali disapa oleh seorang murid “
Assalamualaikum Ustaz ? Tetapi malangnya ustaz sedang asyik menjawab
panggilan telefon sambil berlalu begitu sahaja tanpa sempat menoleh dan menjawab
salam muridnya yang cukup prihatin. Aaahh…getus hati penulis,mungkin itu salah
satu penyebabnya, yang diajar kepada murid memberi salam itu sunat,
menjawabnya wajib. Tetapi seringkali cikgunya pula tidak menjawab salam, apatah
lagi hendak memulakan salam. Bukankah sepatutnya sikap guru itu menjadi teladan
kepada anak didiknya..?
Begitu juga kadangkala kita menasihati murid agar bertutur dengan perkataan
yang baik, tetapi dalam tidak sedar terlepas juga kata-kata yang tidak enak didengari
oleh mereka iaitu perkataan kasar yang keluar dari mulut seorang guru.Mungkin
inilah juga antara penyebab yang penulis dan guru-guru patut sedar dan cuba
perbaiki. Mungkin juga banyak lagi contoh-contoh kealpaan seorang guru yang
akhirnya menjurus kepada kegagalan dalam membentuk kemenjadian murid.Kata
orang, guru itu ibarat lilin, sanggup membakar tubuhnya demi menerangi orang lain.
Cuma jangan sampai apinya tadi tidak terkawal lalu membakar semua yang berada
disekelilingnya. Anak-anak didikku,maafkan gurumu !