Page 57 - KSD ABMS BM
P. 57
7.3 Kesedaran Dan Latihan
Organisasi perlu melaksanakan kesedaran dan latihan berkaitan dengan antirasuah kepada kakitangan.
Latihan yang disediakan adalah menyentuh berkaitan dengan :
a) Polisi Antirasuah, prosedur-prosedur dan SPAR serta tanggungjawab mereka untuk mematuhinya;
b) risiko rasuah dan kesan rasuah kepada mereka dan organisasi;
c) dalam keadaan di mana rasuah mungkin akan berlaku dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dan
bagaimana untuk mengenali situasi berkenaan;
d) bagaimana untuk mengenali dan bertindak balas kepada tawaran rasuah;
e) bagaimana mereka boleh membantu mencegah dan mengelak rasuah dan mengenali ciri-ciri utama
risiko rasuah;
f) sumbangan mereka kepada keberkesanan SPAR termasuk faedah-faedah dari prestasi antirasuah dan
pelaporan kes-kes yang disyaki rasuah;
g) implikasi dan akibat untuk jika tidak mematuhi SPAR;
h) bagaimana dan kepada siapa mereka boleh lapor sebarang aktiviti rasuah;
i) maklumat mengenai latihan dan sumber-sumber yang ada. Jadual pelaksanaan latihan kepada
kakitangan perlu disediakan dan dikemaskini bergantung kepada kesesuaian peranan, risiko dan
perubahan keadaan. Kesedaran ini juga perlu dilaksanakan kepada rakan perniagaan melalui surat
pemakluman atau dimasukkan dalam kontrak.
57
© GLOBAL QUALITY EXCELLENCE ACADEMY SDN. BHD.