Page 67 - KSD ABMS BM
P. 67
8.6 Komitmen Antirasuah
Bagi rakan perniagaan yang terdedah kepada risiko rasuah yang lebih besar dari risiko
tahap rendah, Organisasi hendaklah melaksanakan prosedur yang menghendaki :
a) rakan perniagaan mengambil tanggungjawab membendung gejala rasuah, bagi
pihak atau untuk faedah rakan perniagaan yang berkaitan dengan apa-apa
transaksi, projek, aktiviti ataupun hubungan;
b) Organisasi boleh untuk menamatkan hubungan dengan rakan perniagaan apabila
berlaku rasuah oleh pihak atau untuk faedah rakan perniagaan yang mempunyai
hubungan dengan transaksi, projek, aktiviti atau hubungan.
8.7 Hadiah, Faedah, Derma Dan Kemudahan Yang Seumpamanya
Organisasi telah melaksanakan prosedur yang dirangka untuk menghalang apa-apa
tawaran, peruntukan atau penerimaan hadiah, faedah, derma dan kemudahan yang
seumpanya di mana perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai rasuah.
67
© GLOBAL QUALITY EXCELLENCE ACADEMY SDN. BHD.