Page 4 - BUKU PENGURUSAN KVSM 2021_Neat
P. 4

JAWATANKUASA PENGURUSAN & PENGOPERASIAN KVSM TAHUN 2021





                                                                                              KATA ALUAN

                                                                                                PENGARAH

             Bismillahirrahmanirrahim..
             Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
             Salam Sejahtera,

                     Alhamdulillah,  setinggi-tinggi  ucapan  kesyukuran  saya
             rafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,
             kita  warga  Kolej  Vokasional  Seri  Manjung  (KVSM)  masih  diberi
             peluang  dan  kesempatan  untuk  terus  bekerja  menabur  bakti,
             menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan kecemerlangan
             pendidikan  negara.  Sekalung  tahniah  dan  jutaan  terima  kasih
             kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan dan Pengoperasian  2021
             yang telah bertungkus-lumus  menyiapkan buku ini.

             Dengan  ini,  diharapkan  para  pensyarah  dan  warga  kolej  dapat  memanfaatkan  dan
             merealisasikan  peranan  masing-masing  dengan  lebih  berkesan  dan  konsisten  ke  arah
             pencapaian matlamat, visi dan misi KVSM serta KPM.

             Buku Pengurusan dan Pengoperasian 2021 ini disediakan agar dapat dijadikan panduan dan
             rujukan kepada pihak pengurusan, para pensyarah dan semua warga kolej untuk merancang
             dan  menjayakan  aktiviti  dan  program-program  KVSM  dengan  lebih  efisyen  dan  cemerlang.
             Pengagihan  tugas  yang  disediakan  dalam  buku  ini  adalah  berdasarkan  keperluan  dan
             kepentingan kolej. Oleh itu saya berharap agar semua pensyarah dapat menerimanya dengan
             hati yang terbuka dan bersikap positif. Tugasan yang diberi ini merupakan satu penghargaan
             dan  kepercayaan  yang  diamanahkan  oleh  pihak  pengurusan  untuk    kecemerlangan  kolej.
             Sesungguhnya  kejayaan  tidak  dapat  diperoleh  dengan  mudah  tanpa  melakukan  banyak
             pengorbanan.

             Saya  juga  berharap  segala  kejayaan  yang  kita  kecapi  pada  tahun-tahun  yang  lepas  dapat
             memberikan suntikan semangat  dan usaha yang tinggi dan kental untuk kita meraih kejayaan
             yang  membanggakan  pada  tahun  2021  ini.      Kita  hendaklah  sentiasa  berusaha  untuk
             meningkatkan  kualiti  hasil  kerja  agar  kita  dapat  melahirkan  anak  didik  yang  berilmu,
             berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Oleh itu jadikanlah
             tugas yang diamanahkan ini sebagai satu ibadah supaya hidup kita akan terus diberkati dan
             dirahmati  oleh  Allah  S.W.T.  Kita  perlulah  sentiasa  memandang  positif  dan  menyahut  setiap
             cabaran  yang  datang  agar  kita  tidak  mudah  putus  asa  dan  mencapai  kecemerlangan.

             Sekian, terima kasih.


             MAZLIN BIN MOHD ZAIN
             Pengarah
             Kolej Vokasional Seri Manjung



                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9