Page 2 - Inspirasi Dis 2022
P. 2
INSPIRASI
Buletin edisi disember 2022
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
#Berita KTEP #Berita Kurikulum #Berita HEM #Berita Kokurikulum #Berita Inspirasi
KATA ALU ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan salam satu Malaysia.
Segala puji bagi-Nya yang Maha Esa, saya bersyukur
dengan izin-Nya dapat juga majalah kolej diterbitkan
secara maya untuk edisi yang kedua. Alhamdulillah,
syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang
Redaksi kolej serta warga pendidik KTEP yang telah
memberikan komitmen bagi menghasilkan majalah
kolej pada kali ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk
mencoretkan sepatah dua kata untuk seluruh warga Kolej Tingkatan Enam
Puchong.
Penerbitan Buletin KTEP pada kali ini dilihat lebih menarik kerana berteraskan
integrasi kreativiti dan komitmen yang tinggi daripada guru dan murid-murid
dalam semua aspek disamping memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung
sepanjang tahun. Segala detik indah serta suka dan duka yang diharungi oleh
warga KTEP telah dilakarkan dalam Buletin KTEP 2022.
Sejajar dengan alaf baru, maka seharusnya mutu pendidikan kita juga perlu maju
ke hadapan seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(PPPM), sewajarnya, semua murid dan guru berusaha untuk meningkatkan
martabat kolej agar sentiasa menghasilkan modal insan yang berkualiti yang
menggenggam moto kolej “Ilmu Sepanjang Hayat”.
Akhir kata, sebagai wakil pihak pentadbiran kolej, saya ingin melafazkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada warga pendidik, pelajar-pelajar kolej, dan ibu bapa
atas sokongan dan kerjasama bagi memartabatkan nama Kolej Tingkatan Enam
Puchong.
Sekian. Terima Kasih.
Puan Norjah binti Yusop
redaksiktep@gmail.com inspirasi2022 2

