Page 3 - Inspirasi Dis 2022
P. 3
INSPIRASI
Buletin edisi disember 2022
KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG
#Berita KTEP #Berita Kurikulum #Berita HEM #Berita Kokurikulum #Berita Inspirasi
TINTA YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan Salam Sejahtera
Sebelum memulakan bicara, ingin saya mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan penerbitan majalah kolej
pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan
kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan.
Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi
INSPIRASI 2022.
Kejayaan menerbitkan majalah memberikan pengertian yang besar kerana
menerusi INSIPRASI, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis
yang mewarnai pengalaman kita semua semasa bersama. Saya pasti semangat
juang dan dedikasi warga kolej dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam
aspek akademik mahupun sahsiah.
Permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting dalam
melahirkan kejayaan anak-anak. Pihak PIBG sentiasa memberi sokongan sama ada
dalam bentuk material mahupun moral kepada setiap aktiviti yang dirancang.
Kejayaan dan komitmen yang padu akan mampu membuahkan hasil yang
optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum
mahupun kokurikulum.
Selain itu,saya menyeru agar para pelajar mengambil peluang yang telah
disediakan secara bersungguh-sungguh dengan tekad dan keazaman yang tinggi
supaya segala cita-cita akan dapat dicapai dengan cemerlang. Kegigihan serta
ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai kelas
pertama dan seterusnya dapat bersaing diperingkat antarabangsa.
Akhir kata, saya mendoakan Kolej Tingkatan Enam Puchong sentiasa beroleh
kejayaan dan segala usahakan diberkati Allah S.W.T. Semoga terus berjaya dalam
semua bidang.
Sekian. Terima kasih.
En. Yushiza Hamly bin Mohd Yusof
redaksiktep@gmail.com inspirasi2022 3

