Page 27 - Inspirasi Dis 2022
P. 27

INSPIRASI
           Buletin                                                                        edisi disember 2022







                     KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


          #Berita KTEP      #Berita Kurikulum      #Berita HEM      #Berita Kokurikulum       #Berita Inspirasi



                                           Bukan Menjadi Halangan


                                               -Nurul Anis Ashira binti Cama
                        Pemenang Tempat Kedua Pertandingan Menulis Cerpen Tingkatan 6 Peringkat Negeri


         “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam,tu..tu..tujuh, sepuluh.”
         “adik tahu a..aa..angah nyorok kat ma…”
          Belum sempat adik menghabiskan ayatnya, muncul suara lantang dari arah rumah. Mata adik terus terarah kepada Along yang
         berdiri di kaki lima rumah.
         “Adik! Adik! Kasut aku mana? Kasut aku mana?”
         Along  memanggil  adik  dengan  nada  marah.  Adik  berlari  terburu-buru  menuju  ke  arah  abangnya.  Langkahnya  laju  meninggalkan
         pokok kelapa yang dari tadi dipegangnya menunggu kedatangan Angah. Razif mengerling kasut yang dipakai oleh adiknya,
         “Astaghfirullah al azim! Adik! Tu kat kaki kau tu  kasut aku tu. Apa kerja kau ni pakai kasut aku? Suka hati kau je kan! Aku suruh buat
         kerja senang je kan? Kilatkan kasut bukannya pergi jadi beruk main kat pokok kelapa tu”. Along terus menengking Adik tanpa ada
         ruang jeda langsung pada ayatnya. Amarahnya bukan kepalang pagi ini.
         “Ma…maafkan adik long, adik tak sengaja main kasut along, tak… takpe long, aa..adik kilatkan kasut along kejap”, suara adik tersekat-
         sekat. Takut perbuatannya tadi akan memakan diri.
         “Ahhh tak payah, aku dah lambat dah nak pergi kerja ni tau tak?! Menyusahkan orang betullah kau ni.”
         “Eh! jangan cakap tengking-tengking boleh tak pagi-pagi buta ni along? Rezeki nak masuk payah tahu tak. Lagipun adik dah minta
         maaf, dah la, dia bukannya sengaja”, tiba-tiba suara Angah muncul entah dari mana dia datang.
         “Ahh, dah la. Kau dengan adik kau sama je dua kali lima, tak ada masa aku nak layan korang. Baik aku pergi pejabat. Tengok ni
         kotor lah.”
          Razif terus mencapai baju adik lalu mengelap kasutnya. Sungguh tidak beradab gayanya itu. Dia terus berlalu menuju ke kereta.
         Kelakuannya hanya diperhatikan oleh Adik dan Raziah. Kereta yang dipandu Along laju meninggalkan halaman rumah.
         Raziah  memujuk  adiknya  agar  tidak  terasa  hati  dengan  perangai  Alongnya  itu.  Adik  mengangguk  tanda  faham  dengan  situasi.
         Memang sudah menjadi kebiasaan Razif mengherdik adiknya. Namun caranya tadi itu memang tidak dapat dimaafkan. TERLALU
         MELAMPAU! Mana tidaknya, adiknya itu menghidap penyakit autisme, sudah memang lumrah begitu perangainya, perwatakannya
         seperti kebudak-budakan. Namun Raziah sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Tiada daya dan kudrat ingin melawan Along.
         Sedang khusyuk membasuh pinggan. telefon bimbit Raziah berbunyi. Langkahnya lambat kerana lantai di bahagian dapur itu agak
         licin.
         “Assalamualaikum Raz.”
         “Waalaikumsalam.”
         “Raz, kau tahu tak tawaran UPU dah keluar? Cuba kau tengok, kau dapat Universiti mana?”, suara Anisah terlalu nyaring, berdesing
         telinga Raziah dibuatnya. Anisah merupakan rakan baiknya sejak dari sekolah rendah lagi, keakraban mereka sudah bagai isi dengan
         kuku.
         Raziah  tersenyum  melihat  skrin  komputer  ribanya,  sukar  untuk  di  mempercayainya.  Kalini  ini,  impiannya  untuk  menjadi  seorang
         graduan  di  Universiti  yang  terkemuka  di  Kuala  Lumpur  akan  tercapai.  Namun,  selepas  melihat  surat  tawaran  itu,  hatinya  sedikit
         gundah, dia teringat akan ayahnya. Kesihatan ayahnya yang semakin melarat menyebabkan Raziah berat hati ingin meninggalkan
         ayahnya  di  rumah  pusaka  itu.  Beberapa  hari  yang  lepas,  ayahnya  sudah  dimasukkan  ke    hospital.  Ayahnya  menghidap  penyakit
         diabetes. Keadaan ayahnya yang semakin teruk sejak awal tahun ini, maka hospital itu seperti rumah kedua ayah sejak awal tahun.
         Bunyi kereta along jelas kedengaran. Raziah berlari menuju ke kereta. Alhamdulillah syukur pada Allah. Ayahnya dapat pulang ke
         rumah pada hari ini. Keluar sahaja ayahnya dari perut kereta, ayah hanya menyeru nama adik.
         “Adik, mari sini. Adik, tak rindu ayah ke?”
         “Ayah, aa..adik rin..rindu ayah. Lamanya ayah dekat hospital.”
         Adik berlari mendapatkan ayahnya. Jelas terpancar kegembiraan di wajah adik. Rindu dileraikan melalui dakapan.
                                                       *******************
        Malam pada hari ini sungguh tenang dan damai sahaja. Bulan dan bintang kelihatan begitu indah sekali menghiasi dada awan yang
        menghitam. Rasa nyaman dan dingin angin yang bertiup menambahkan lagi keindahan suasana malam. Raziah masih memikirkan
        mengenai tawaran itu, ingin menerimanya atau menolak? Impian ataupun ayah?
        Raziah teringatkan kata-kata arwah ibunya. Perbualannya dengan ibu masih segar dalam ingatannya.


                                                                                          inspirasi2022
           redaksiktep@gmail.com                                                          edisi jun 2022  2 27
           redaksiktep@gmail.com
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32