Page 28 - Inspirasi Dis 2022
P. 28

INSPIRASI
           Buletin                                                                        edisi disember 2022







                     KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


          #Berita KTEP      #Berita Kurikulum      #Berita HEM      #Berita Kokurikulum       #Berita Inspirasi


        “Jangan disebabkan keadaan kita yang susah Angah menolak semua tawaran yang datang. Itu tak boleh dijadikan alasan. Tidak
        semestinya kejayaan dalam hidup ini menjadi milik mereka yang berasal daripada keluarga yang berada. Angah anak yang bijak.
        Angah mesti ubah keluarga kita. Ibu teringin nak tengok semua anak-anak ibu ni berjaya.”
        Raziah menarik nafas sedalam-dalamnya, sebak bila teringat akan arwah ibunya. Rindu yang amat sangat. Ibunya telah meninggal
        setahun yang lepas akibat penyakit kanser payudara.
        “Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku! Keputusan yang mana aku harus pilih ya Allah?”
        “Angah, ada masalah ke? Ayah lihat muka angah sugul sahaja, tidak ceria seperti selalu.
        “Angah dah dapat tawaran belajar dekat Universiti Islam Antarabangsa ayah. Tapi, Raziah perlu ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
        Raziah tak tahu…”
        Belum sempat Raziah menghabiskan luahannya, ayahnya sudah mencela seolah-olah dapat meneka masalah anak gadisnya itu.
        “Raziah perlu memilih sama ada impian atau ayah kan? Angah jangan risau tentang ayah. Ayah tahu saat inilah yang kamu nanti-
        nantikan. Pergilah, ayah tidak mahu keadaan ayah menjadi punca kamu melepaskan tawaran belajar itu.”
        “Tapi ayah…”
        “Tiada apa yang perlu dirisaukan angah, pergilah.”
        Raziah masuk ke bilik dengan penuh kegembiraan, kelakuannya persis anak gadis sunti yang berusia lima tahun. Dia terus mencapai
        komputer ribanya yang berada di atas meja, Raziah begitu ralit mengisi segala butiran borang yang diperlukan..
                                                      **********************
        Matahari  yang  meninggi  di  kaki  langit  kelihatan  bersinar  dengan  begitu  indah  sekali.  Rasa  bahang  terik  matahari  yang  bersinar
        bersama-sama dengan cahayanya yang terang benderang menyinari seluruh kampung.
        Hari silih berganti, sedar tak sedar hari ini, Raziah perlu bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam kegembiraanya, terpancar rasa bersalah
        untuk meninggalkan ayah dan adiknya. Ini pertama kali Raziah berjauhan dengan keluarganya. Saat memegang tangan ayahnya, air
        matanya sudah tidak mampu ditahan lagi, dia menangis semahunya.
         “Angah, jangan bimbang. Insya Allah, ayah baik-baik sahaja, ingat ya jaga diri di tempat orang, jaga akhlak. Ayah doakan segala
        urusan Angah dipermudahkan.”
        Jam  telah  menunjukkan  pukul  2.00  petang,  perjalanan  dari  Dungun  ke  Kuala  Lumpur  mengambil  masa  kira-kira  4  jam  34  minit.
        Namun, rasa rindu terhadap keluarganya semakin membuak-buak. Ingin sahaja dia turun di stesen bas yang seterusnya, namun dia
        perlu  akur.  Inilah  perjalanan  hidup  aku,  kena  tempuh  walaupun  perit!  Raziah  menyeka  air  matanya  berkali-kali  laju  sahaja  air
        matanya mengalir membasahi pipi. Lenguh badannya duduk di dalam bas selama 4 jam lebih, akhirnya Raziah sudah sampai di
        Kuala Lumpur.
         Mak Ngah yang akan menjemput Raziah di KL Sentral. Dia tercari-cari kelibat Mak Ngahnya. Mak Ngah merupakan seorang guru
        di sebuah sekolah di Bukit Jalil. Tiba-tiba sahaja namanya diseru, “Raziah”. Kelibat wanita berusia sekitar 40-an itu melambai-lambai
        kearahnya. Raziah menyusun langkah menuju ke arah Makciknya dengan menjinjing dua buah beg di tangan kiri dan kanannya.
         Mak Ngah memecah kesunyian di dalam kereta itu. Raziah bukan tidak mahu menegur, tetapi dia cuma malu.
         “Raziah, Mak Ngah sekadar ingin mengingatkan, penderitaan hidup yang kita lalui akan menjadikan kita kuat untuk menghadapi
        cabaran lain yang mendatang”, tegasnya.
         “Tapi kalau satu hari nanti Raziah dah berjaya, jangan pula kerana hanyut dilambung kejayaan, Raziah lupa daratan dan tidak
        ingat pada asal usul,” ingatnya padaku.
         Kata-kata  Mak  Ngah  itu  benar-benar  menyedarkan  aku.  Sebenarnya  tidak  salah  untuk  kita  memburu  kejayaan  dalam  hidup  ini,
        namun harus diingat bahawa jangan kita lupa rumput di bumi tatkala memandang bintang di langit.
                                                       *******************
        Bermulalah  kehidupan  Raziah  di  Universiti.  Dia  merupakan  seorang  Mahasiswa  di  Universiti  Islam  Antarabangsa.  Hari  demi  hari,
        minggu  demi  minggu  berlalu.  Dalam  sedar  tak  sedar,  Raziah  akhirnya  berjaya  menamatkan  pengajian  dengan  jayanya.  Dengan
        kelulusan yang diperolehnya, Raziah telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang pegawai kerajaan di salah sebuah jabatan di
        Kuala Lumpur.
         Raziah juga telah mengotakan janjinya untuk mengubah nasib keluarganya, dia menyara kos rawatan ayahnya dan persekolah adik.
        Rumah  pusaka  kayu  yang  dahulunya  usang  dimamah  usia,  kini  telah  berubah  menjadi  rumah  yang  begitu  selesa  buat  keluarga
        kecilnya. Along juga telah berubah, perangainya kini menjadi lebih matang, pemergianku ke Kuala Lumpur menjadikan along lebih
        bertanggungjawab.
         Raziah bersyukur dengan kehidupannya sekarang. Segala kesukaran yang telah diharunginya dahulu, kini telah berbayar dengan
        kejayaan. Semua ini berkat usaha aku! Kalau bukan kerana azam dan niat ingin mengubah nasib keluarga, aku tidak mungkin berada
        sampai ke tahap ini. Kemiskinan bukan menjadi batu penghalang terhadap kehidupan seseorang, semuanya bermula dengan satu
        langkah. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya.
                                                     Kini aku bahagia.


                                                                                          inspirasi2022
           redaksiktep@gmail.com
           redaksiktep@gmail.com                                                          edisi jun 2022  2 28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33