Page 7 - ISHFA KPKT terkini
P. 7

RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK

                       Intelligent  Smart  Home  Fire  Alarm  (ISHFA)’  telah  dibangunkan  pada  1  Oktober
               2020.  Isu  kebakaran  rumah  dan  premis/bangunan  sehingga  menyebabkan  mangsa

               terperangkap  semakin  membimbangkan  terutamanya  di  sekitar  Kuala  Lumpur.  Hal  ini
               disebabkan  laluan  keluar  tidak  ditemui  oleh  mangsa  semasa  berlakunya  kebakaran.  Jika
               diteliti dengan lebih mendalam, komunikasi dan sistem pepasang keselamatan kebakaran di

               rumah perlu dinaik taraf secara automatik bagi memastikan proses penyampaian maklumat
               bagi  pihak  Jabatan  Bomba  Dan  Penyelamat  Malaysia  bertindak  lebih  awal  dalam

               mengelakkan dari berlakunya insiden kehilangan nyawa dan harta benda.

                       Isu ini merupakan cetusan idea KIK One Step untuk membangunkan projek inovasi
               ISHFA ini.  Projek ini adalah selaras dengan Akta Perhidmatan Bomba 1988 dan juga Undang-

               undang  Kecil  Bangunan  Seragam  1984  (UBBL).  Ia  berfungsi  untuk  memberi  isyarat  awal
               secara automatik kepada pengguna melalui sistem aplikasi telefon pintar dan bilik kawalan
               balai  sekiranya  berlakunya  kecemasan  kebakaran  tanpa memerlukan  pihak  lain membuat

               panggilan  kecemasan  melalui  telefon.  Dalam  masa  yang  sama  juga,  ISHFA  akan
               mengaktifkan  agen  pemadam  secara  automatik  dalam  memastikan  mangsa  dapat

               menyelamatkan diri sekaligus mengurangkan risiko kemerebakan api.

                       Inovasi ISHFA mengaplikasikan teknologi terkini seiring visi JBPM dan KPKT, selaras
               dengan perkembangan industri 4.0 yang melibatkan Internet Of Things (IOT) dalam aspek

               kehidupan  seharian  dalam  mensasarkan  kesejahteraan  rakyat.  Sejajar  dengan  Wawasan
               Kemakmuran Bersama (WKB 2030) yang dilancarkan di KLCC pada 5 Oktober 2019, ISHFA
               salah satu titik tolak permulaan jaminan keselamatan di rumah, premis/bangunan di sekitar

               Kuala Lumpur dengan menggunapakai kejuruteraan teknologi dan telefon pintar. ISHFA ini
               juga merupakan salah satu hasil daripada inisiatif pembudayaan dan pemerkasaan inovasi

               sejajar dengan Agenda dan Matlamat Nasional dalam RMK-12,2021-2025 di dalam aspek
               perkongsian  sosial  iaitu  pengukuhan  jaringan  keselamatan  sosial  dan  meningkatkan
               kesejahteraan  rakyat  melalui  peningkatan  mutu  perkhidmatan  di  mana  ISHFA  berpotensi

               mengurangkan risiko mangsa yang ternilai harganya dari terperangkap di dalam kebakaran
               atau kecemasan.

                       Projek ISHFA ini dipasang dan diletakkan di laluan keluar utama dan ia dilengkapi

               dengan smoke detector iaitu menggunakan wifi/internet yang boleh menghubungkan isyarat
               kecemasan kepada telefon pintar pengguna dan juga bilik kawalan balai sekiranya berlaku

               sebarang  kecemasan  kebakaran.  Bukan  itu  sahaja,  projek  ini  juga  dilengkapi  dengan
               penciptaan inovasi pemadaman secara automatik yang dibangunkan oleh KIK One Step bagi




                                                            1
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12