Page 11 - ISHFA KPKT terkini
P. 11
terutamanya di laluan keluar utama; (c) memberi isyarat secara atas talian terus ke bilik
kawalan Balai Bomba Dan Penyelamat, untuk menurunkan kadar kehilangan nyawa dan harta
benda akibat dari kebakaran rumah kediaman atau bangunan terutama di sekitar Setapak,
Kuala Lumpur.
Justeru itu, BBPS mulai meneliti laporan-laporan kebakaran di dalam Sistem Pelaporan
Insiden (SPI) yang melibatkan rumah kediaman dan bangunan di sekitar Setapak, Kuala
Lumpur dan didapati statistik KPI jentera bomba ke lokasi kejadian tidak mencapai sasaran.
Bukan itu sahaja, laporan menyatakan kebakaran yang berlaku telah menyebabkan kerugian
yang besar terhadap penghuni rumah dan berkemungkinan boleh mendorong kearah situasi
yang lebih buruk lagi iaitu risiko kehilangan nyawa rujuk laporan 1.
Laporan 1 : Sistem Pelaporan Insiden (SPI)
Justeru itu, kumpulan One Step telah berbincang untuk mengambil tindakan-tindakan
yang perlu bagi menangani masalah ini.
5