Page 15 - ISHFA KPKT terkini
P. 15
Jadual 5: Pelan Tindakan Penyelesaian Projek
c) Pelaksanaan Tindakan Penyelesaian.
Proses pembangunan ISHFA segera dilaksanakan seperti di lampiran 10. Bermula
dengan semakan dokumen laporan kebakaran rumah kediaman dan bangunan di Kawasan
jagaan BBP Setapak, lakaran projek, pembangunan sistem perhubungan dari pengguna ke
bilik kawalan balai menggunakan smoke detector yang diinovasikan dan mereka bentuk
projek seterusnya penciptaan inovasi pemadaman automatik seperti di rajah 2.
Pembangunan projek ISHFA siap pada 06 April 2021 setelah diluluskan pelaksanaannya
pada 6 Oktober 2020 oleh Pengarah JBPMKL seperti di lampiran 11.
i) Pembangunan inovasi pemadaman
automatik – Idea menggunakan pemadaman
kebakaran secara letupan dari bahan dry powder.
ii) Pembangunan Sistem – Menginovasikan
smoke detector menjadi agen penghubung
maklumat antara pengguna (telefon pintar) dan
bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat.
iii) Reka Bentuk Projek - Mereka bentuk
projek supaya ianya boleh menjadi satu
perhiasan dan mudah dipasang.
Rajah 2: Projek ISHFA.
Cara ISHFA berfungsi. (Lampiran 12)
1. Apabila berlaku kebakaran, maka terhasilnya asap yang akan memenuhi ruang dan
mengaktifkan smoke detector seterusnya mengeluarkan isyarat bunyi.
9