Page 18 - ISHFA KPKT terkini
P. 18
Gambar 2: Penyeragaman ISHFA
Bagi melindungi harta intelek ISHFA, KIK One Step telah mendaftar secara online ke
MYIPO dan menunggu status kelulusan seperti dalam Lampiran 14.
4) OUTCOME PROJEK (DIJANGKA) DAN PEMBUKTIAN
a) Kesan Jangka Pendek
Projek ISHFA di PPR Desa Rejang, PPR Air Panas dan Flat Danau Kota hanya
memerlukan kos sebanyak RM 200.00 untuk satu unit seperti yang di jelaskan dalam jadual
perbelanjaan projek di lampiran 15.
Berpandukan kepada hasil ujicuba dan pemantauan projek, telah terbukti ISHFA
mencapai sasaran penyelesaian projek iaitu mempercepatkan KPI keluaran jentera ke tempat
kejadian seterusnya mengurangkan jumlah kerugian akibat kebakaran.
Tahap kepuasan hati penggunaan ISHFA melalui soal selidik menggunakan Google Form
yang dijalankan seperti di analisa kepuasan hati di lampiran 16 menunjukkan sebanyak 0%
kurang memuaskan,1% sederhana, 10% memuaskan, 24 % baik dan 65 % amat baik.
Ini menunjukkan ISHFA memberikan satu perubahan yang amat baik terhadap tempoh
KPI keluaran jentera ke lokasi kebakaran.
12