Page 20 - ISHFA KPKT terkini
P. 20
keperihatinan pengguna/penghuni rumah dan tetamu malah akan meningkatkan keselamatan
dari segi kehilangan nyawa dan harga benda.
c) Pembuktian melalui data rasmi
Bukti impak projek di luar jangka adalah sambutan dan keyakinan pengguna/penghuni
rumah kediaman PPR Desa Rejang, PPR Air Panas dan Flat Danau Kota seperti di lampiran
17,18 dan 19.
6) POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
a) Tahap Ketersediaan Teknologi / Sistem / proses
ISHFA ini dirangka, dibina dan dihasilkan dalam bentuk model yang terbaru dan
dikemaskini dalam rekabentuk yang mesra pengguna dan lebih interaktif bagi penguna.
Projek ini sedia digunapakai dengan meluas dan sedia dikomersialkan di semua rumah
kediaman seluruh negara bertepatan dengan dasar-dasar utama Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Iaitu Memperkasakan Kesejahteraan Masyarakat seiring
dengan negara-negara maju.
Malah, fungsi ISHFA menggunakan sistem perincian Android, IOS dan Window
berteraskan penggunaan sistem aplikasi telefon pintar dan mengikut trend zaman kini seiring
dengan slogan ‘maklumat dihujung jari’.
b) Tahap Replikasi Atau Pengkomersilan
Projek ISHFA telah berjaya dipasang di PPR Desa Rejang, PPR Air Panas dan Flat
Danau Kota. Bukan itu sahaja ISHFA juga telah Berjaya diseragankan di Kuarters Bomba dan
Penyelamat Setapak, Kuarters Bomba dan Penyelamat Wangsa maju dan Kuarters Bomba
Cheras Kuala Lumpur.
Selain tujuan projek ISHFA tercapai, kos pembangunan secara konvensional telah
dijimatkan sebanyak RM8900.00 dan perolehan Return Of Investment (R.O.I) sebanyak 100%
seperti di lampiran 20.
KESIMPULAN
ISHFA adalah satu projek berimpak tinggi untuk penyampaian perkhidmatan dengan
penggunaan teknologi yang cost effective malah mampu menjana pendapatan JBPM.
ISHFA ini juga merupakan salah satu hasil daripada inisiatif pembudayaan dan
pemerkasaan inovasi sejajar dengan Agenda dan Matlamat Nasional dalam RMK-12,2021-
2025 di dalam aspek perkongsian sosial iaitu pengukuhan jaringan keselamatan sosial dan
14