Page 39 - Pencapaian Construction 4.0 (C4.0) 2021-2023
        P. 39
     LAPORAN PELAN STRATEGIK PEMBINAAN 4.0 (C4.0) CIDB TAHUN 2022 DAN 2023
                                             CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
               1.      Lawatan  penanda  aras  perlu  dibuat  oleh  pembuat  dasar  CIDB  seperti  BSTU  ke
                       negara-negara  membangun  luar  yang  telah  melaksanakan  pelan  strategik
                       pembinaan digital yang sama seperti Pembinaan 4.0 (C4.0) seperti United Kingdom,
                       Hong Kong dan Singapura bagi memastikan kaedah sistematik yang diguna pakai di
                       negara-negara tersebut dapat dikenal pasti bagi penambahbaikan berterusan dalam
                       pembentukan Pelan Strategik C4.0 CIDB baharu pada masa akan datang.
                   2.  Kajian  penyelidikan  dan  penanda  aras  berterusan  bagi  mengatasi  jurang  ketara
                       dalam penggunaan teknologi C4.0 antara kontraktor daripada gred dan kategori yang
                       berlainan  melalui  kolaborasi  antara  quadruple  helix  yang  merangkumi  kerajaan,
                       akademik, industri dan komuniti perlu dilaksanakan. Hasil dapatan daripada kajian
                       kesediaan  kontraktor  dan  juga  pihak  berkepentingan  lain  terhadap  adaptasi
                       penggunaan teknologi Pembinaan 4.0 yang telah diperolehi pada tahun 2022 boleh
                       diguna  pakai  untuk  diusulkan  kepada  kerajaan,  industri  dan  komuniti  untuk
                       pelaksanaan  yang  lebih  komprehensif  dan  menyeluruh  dalam  projek  sebenar  di
                       Malaysia.
                   3.  KPI  yang  berkaitan  dengan  dua  belas  (12)  teknologi  muncul  bagi  Pembinaan  4.0
                       (C4.0)  perlu  dilaksanakan  secara  tiga  (3)  peringkat  iaitu  jangka  pendek,  jangka
                       sederhana dan jangka panjang. Keutamaan pelaksanaan sekarang perlu difokuskan
                       kepada  inisiatif  dan  program  berkaitan  dengan  teknologi  muncul  yang  menjadi
                       keutamaan jangka pendek kepada kontraktor berlainan gred iaitu Internet of Things
                       (IoT), Building Information Modelling (BIM), Prefabrication and Modular Construction
                       (IBS), Advance Building Material dan Cloud and Realtime Collaboration.
                   4.  Inisiatif serta program bagi teknologi muncul yang lain boleh dilaksanakan secara
                       berperingkat seperti berikut: Big Data and Predictive Analytics, Artificial Intelligence
                                                             27





