Page 13 - Penyelenggaraan & Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa_Neat
P. 13
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
2.0 MENGENAL PASTI KEROSAKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
Pengabaian terhadap penyelenggaraan boleh menyebabkan
kerosakan pada motor. Motor juga mempunyai jangka hayat
yang tertentu selepas beroperasi bertahun-tahun lama.
Kerosakan pada motor akan mengganggu aktiviti kerja harian
terutama sekali di industri-industri yang memerlukan
penggunaan optimum motor untuk menggerakkan mesin bagi
menghasilkan produk.
Kerosakan pada motor terbahagi kepada dua jenis iaitu
kerosakan mekanikal dan kerosakan elektrikal. Tanda-tanda
kerosakan adalah seperti berikut:
2.1 Kerosakan mekanikal
a) Motor terlampau panas
Motor yang terlampau panas boleh dikesan menggunakan
meter suhu untuk mengesan suhu motor dengan tepat.
(klik untuk melihat gambar contoh meter suhu)
Apabila suhu motor mencapai tahap yang tidak normal, ia
boleh mendorong kepada motor menjadi berasap dan
gagal untuk berfungsi. Setiap motor mempunyai kelas
penebatan dan suhu maksima semasa beroperasi. Rujuk
Jadual Kelas Penebatan dan Suhu Maksima Motor sebagai
panduan.