Page 8 - Penyelenggaraan & Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa_Neat
P. 8

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA















                          Berdasarkan  senarai  semak  di  jadual  tersebut,  memeriksa




                          suhu  dan  bunyi  motor  dilakukan  secara  harian.  Ini  adalah




                          sebagai  langkah  pencegahan  awal  untuk  mengesan  jika




                          berlaku  kenaikan  suhu  melampau  pada  motor  atau  bunyi




                          yang tidak normal semasa motor beroperasi.










                          Pembersihan luaran motor dilakukan secara mingguan untuk




                          memastikan  motor  dalam  keadaan  bersih  dan  tiada  benda




                          asing yang boleh mengganggu pengaliran udara pada motor



                          untuk mengelakkan motor menjadi panas.










                          Greasing  bearing  motor  adalah  satu  langkah  yang  penting




                          bagi  memastikan  bearing  motor  mempunyai  tahap  pelincir




                          yang mencukupi untuk motor berputar dengan lancar. Kadar




                          untuk melakukan greasing bearing motor kebiasaannya pada




                          setiap 6 bulan namun kadar tersebut boleh berubah mengikut




                          saiz motor dan jenis bearing. Cara untuk melakukan greasing




                          boleh ditonton di video Youtube di bawah sebagai rujukan.



































































                       Sumber : Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=PjeDqPBp0RA)
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13