Page 6 - Penyelenggaraan & Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa_Neat
P. 6

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA


















              1.1  PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE MAINTENANCE)











                          Penyelenggaraan pencegahan dilakukan secara berkala untuk




                          memantau  keadaan  motor  bagi  mengelakkan  masalah



                          menjadi  kritikal.  Pemeriksaan  dilakukan  sama  ada  harian,




                          mingguan, bulanan atau tahunan.










                          Cara  pemeriksaan  dijalankan  secara  visual  untuk  memantau




                          keadaan  motor  semasa  beroperasi.  Suhu  motor  dipantau




                          menggunakan  meter  suhu  dilakukan  untuk  mengelakkan




                          motor  beroperasi  dalam  keadaan  kepanasan  melampau.




                          Motor  yang  terlampau  panas  akan  menyebabkan  kerosakan




                          jika tiada penyelenggaraan dilakukan.










                          Kaedah  bau  juga  digunakan  untuk  mengesan  jika  motor




                          mengeluarkan  sebarang  bau  yang  tidak  normal  seperti  bau



                          asap  semasa  beroperasi.  Bunyi  motor  juga  dapat  memberi




                          amaran  jika  motor  tidak  beroperasi  secara  normal.  Motor




                          yang  berbunyi  kebiasaannya  disebabkan  oleh  masalah




                          penjajaran ataupun bearing yang telah rosak.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11