Page 21 - Penyelenggaraan & Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa_Neat
P. 21
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
3.0 KAEDAH PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
3.1 Langkah keselamatan dalam kerja pembaikan
Setelah mengenal pasti kerosakan pada motor, langkah-
langkah pembaikan perlu dirancang untuk motor kembali
beroperasi dalam keadaan normal. Di samping melakukan
kerja pembaikan, langkah keselamatan juga perlu diamalkan
untuk mengelakkan berlakunya kemalangan semasa bekerja.
Penggunaan Personal Protective Equipment (PPE) seperti
jaket keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan getah
dan kasut keselamatan amat penting untuk melindungi diri
terutama dari terkena renjatan elektrik.
Sebelum melakukan kerja pembaikan, bekalan elektrik utama
hendaklah dimatikan untuk keselamatan. Pastikan ruang
yang cukup dan tiada halangan di sekeliling tempat kerja
untuk memudahkan kerja pembaikan. Semasa melakukan
kerja pembaikan, Buddy System perlu dipraktikkan. Buddy
System bermaksud perlu mempunyai rakan sekerja,
minimum satu orang untuk bersama melakukan kerja
pembaikan dan memantau satu sama lain. Sistem ini juga
untuk menjamin keselamatan masing-masing semasa
bekerja.