Page 23 - Penyelenggaraan & Pembaikan Motor Elektrik Tiga Fasa_Neat
P. 23
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
3.2 Peralatan dalam kerja pembaikan
Peralatan yang sesuai juga perlu disediakan untuk kerja
pembaikan. Jenis peralatan terbahagi kepada kerja
melibatkan mekanikal dan kerja melibatkan elektrikal. Untuk
kerja pengujian, meter pengujian penebatan dan meter
pelbagai diperlukan untuk menguji motor dari segi elektrikal.
Untuk kerja pembaikan melibatkan mekanikal, peralatan yang
perlu disediakan adalah seperti pemutar skru, spanar dan
peralatan-peralatan lain mengikut jenis kerja yang perlu
dilakukan. Sebagai contoh, untuk membuka bearing motor,
bearing puller perlu disediakan untuk tujuan mencabut
bearing motor dari shaft. Untuk memasang balik bearing yang
baru ke shaft motor, bearing heater diperlukan untuk
memanaskan bearing. Tujuan pemanasan ini adalah untuk
memberi bearing mengembang sedikit untuk memudahkan
bearing di pasang di permukaan shaft motor. Tonton video
Youtube di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cara
penggantian bearing motor.
Sumber : Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=b9xF8EyQDQY)