Page 18 - Suara Sarawak A
P. 18
18
Kesejahteraan raKyat
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
Naik taraf jalan, bina jambatan
18
KUCHING: Projek rakyat yang telah dipohon daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk kawasan Dun Marudi pada Februari lalu dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Penguang Manggil yang juga Adun Marudi dalam laman Facebooknya.
"Saya bersyukur kerana telah dimaklumkan secara rasmi berkenaan kelulusan projek rakyat baharu bagi kawasan Dun Marudi," katanya.
Penguang menambah, projek rakyat yang diluluskan kali ini tertumpu kepada kerja naik taraf jalan di kawasan Tinjar, termasuk pembinaan sebuah jambatan kecil
merentasi Sungai Tinjar.
"Ini ialah fasa seterusnya dalam
pelan transformasi yang telah saya rancang untuk kawasan Dun Marudi," katanya lagi.
Terdahulu, Penguang berkata, mesyuarat dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) Prof. Dr Muhammad Abdullah Zaidel, wakil dari Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIDT) dan JKR Sarawak telah diadakan.
Dalam mesyuarat tersebut, mereka berbincang mengenai isu- isu projek rakyat terdahulu yang telah dan sedang dilaksanakan di kawasan Dun Marudi.
Menurut Penguang, mesyuarat tersebut adalah lanjutan pertemuan dengan Ketua Menteri
pada 29 Jun lalu selepas selesai Mesyuarat Kabinet.
"Saya mengadakan perbincangan berkenaan status dan isu-isu pelaksanaan projek rakyat di kawasan Dun Marudi dengan Ketua Menteri.
"Saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana sentiasa memberi sokongan dalam usaha saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan Dun Marudi," kata Penguang.
Sejak 2016, katanya, pelbagai projek rakyat seperti jalan raya, bekalan air bersih luar bandar, bekalan elektrik luar bandar telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak di kawasan Dun Marudi.
PENGUANG Manggil bermesyuarat dengan Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU).
Pasar basah Mukah ditutup
TELANG USAN: Sekitar 150 penduduk Penan di rumah panjang Long Luteng dan Long Lunyim, Ulu Baram menjalani ujian calitan Covid-19.
Adun Telang Usan, Dennis Ngau dalam catatan Facebooknya berkata, jumlah tersebut dapat dicapai hasil daripada usaha berterusan pihanya memberi penerangan berkaitan dengan pandemik Covid-19 dan bahaya sebenar yang akan dihadapi daripada virus berkenaan.
"Dengan pendedahan sedemikian, masyarakat luar bandar khususnya komuniti Penan mula memahami kenapa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP).
"Melaksanakan operasi pengesanan kes aktif (ACD) setiap kali kes positif dikesan di sesuatu tempat dan memastikan semua orang dewasa menerima vaksinasi sebelum Ogos 2021," katanya.
Susulan tersebut, katanya,
ia telah memberi keyakinan kepada kalangan pemimpin kampung dan penduduk kampung yang memohon agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat ujian calitan di kampung mereka.
"Hari ini saya gembira menerima laporan ujian calitan telah diadakan di Long Luteng dan Long Lunyim dengan hampir keseluruhan penduduk kampung tampil untuk menjalani ujian calitan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KKM, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
di kedua-dua perkampungan Penan ini yang bekerjasama rapat memastikan ujian calitan tersebut berjaya. Kita berharap dengan sampel yang diambil oleh KKM ini akan memberi pelindungan sewajarnya kepada masyarakat khususnya di kawasan Telang Usan melawan virus ini," katanya.
KANAK-KANAK yang menjalani ujian calitan di Long Luteng dan Long Lunyim, Ulu Baram.
150 penduduk Penan jalani calitan
MUKAH: Pasar basah Mukah akan ditutup sementara, bermula hari ini hingga 9 Julai.
Menurut pegawai dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM), Mohammad Nazir Besiri, penutupan tersebut untuk membolehkan ujian
calitan kepada semua peniaga dan penjaja di pasar berkenaan pada 5 hingga 6 Julai.
Katanya, penutupan sementara pasar basah Mukah kerana dua penjaja yang berniaga di situ dikesan positif Covid-19 baru-baru ini.
"Kedua-dua penjaja ini telah diarahkan kuarantin oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.
“Kini KKM sedang melakukan pengesan kes secara aktif (ACD) dan ujian calitan," ujarnya.