Page 19 - Suara Sarawak A
P. 19

ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
TempaTan
19
Pastikan tiada yang tercicir
| NUR HAZIRAH SHUKUR
nhazirahshukur@suarasarawak.my
KOTA SAMARAHAN: Pengerusi Penganjur Pantri Komuniti Datuk Sim Kiang Chiok menyeru agar masyarakat membantu menguar- uarkan program tersebut untuk memastikan tiada individu yang memerlukan, ketinggalan dalam menerima sumbangan ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) itu berkata, mereka menggunakan media sosial untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang bantuan tersebut.
"Jadi, saya mohon agar masyarakat dapat membantu
kami memaklumkan program Pantri Komuniti ini kepada individu yang memerlukan.
"Ini kerana kita memahami sesetengah individu mungkin tidak mempunyai telefon bimbit dan media sosial, kita boleh membantu berkongsi maklumat tentang bantuan ini kepada individu berkenaan," katanya selepas penyerahan sumbangan, di H&L Supermarket Aiman Mall, di sini, semalam.
Kiang Chiok menambah, tidak dinafikan memang terdapat bantuan daripada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dari segi bantuan makanan serta kewangan untuk mengurangkan beban rakyat.
"Bagaimanapun, masih ada masyarakat yang memerlukan bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, lebih-lebih lagi apabila ada yang tidak dapat bekerja.
"Bantuan menerusi Pantri Komuniti ini juga terbuka kepada semua individu yang memerlukan khususnya di kawasan Kota Samarahan ini," ujarnya.
Beliau memaklumkan, kesemua pasar raya yang terlibat dalam program ini juga memberikan bantuan keperluan asas seperti makanan dan sebagainya.
"Selain itu, mereka juga membantu golongan yang
memerlukan kerana individu tersebut juga merupakan pelanggan mereka sebelum ini.
"Apabila keadaan kembali pulih nanti, mereka yang dibantu ketika ini juga akan datang semula dan membeli keperluan di pasar raya berkenaan.
"Semakin banyak orang yang selamat daripada pandemik Covid-19, semakin banyak perniagaan yang boleh mereka lakukan nanti," ujarnya.
Dalam pada itu beliau menegaskan, mereka juga berbesar hati sekiranya ada individu yang ingin membantu dengan membeli makanan dari sembilan pasar raya berkenaan dan memberikan sumbangan
menerusi Pantri Komuniti tersebut.
Untukrekod, terdapat sembilan pasar raya yang akan menjalankan program Pantri Komuniti ini secara serentak pada jam 3 petang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Antara pasar raya yang terlibat pada 4 hingga 12
Julai ialah LePaPa Market, Farley Supermarket, Sen
Sen Department Store, H&L Supermarket, Aiman Mall dan Emart Summer Mall.
Manakala CS Mini Market akan bermula pada 5 Julai dan Elli Supermarket 4 hingga 6 Julai sahaja.
29 individu dikompaun
BINTULU: Seramai 29 individu dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara fasa pertama di sekitar bandar ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, antara dikompaun ialah 13 individu yang berada di tempat awam melebihi jam 8 malam tanpa alasan munasabah.
Katanya, lima individu dikesan gagal mengimbas Mysejahtera atau mencatat butiran diri, suhu badan pada buku daftar masuk premis bank berasingan sekitar Bintulu.
Manakala, dua individu gagal mengenakan pelitup muka di kawasan awam dan sembilan individu lagi didapati tiada alasan munasabah berkumpul di tempat awam tanpa penjarakan fizikal.
Beliau berkata, sejumlah 29 kompaun dikeluarkan serta-merta atas kesalahan pelanggaran
SOP PPN membabitkan lelaki serta wanita berumur 17 hingga 59 tahun di bawah Peraturan- Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Jangkitan).
Zulkipli menegaskan, setiap hari, pasukan pemantau akan digerakkan untuk memastikan masyarakat berterusan mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat Bintulu.
| Lima individu dikesan gagal mengimbas Mysejahtera atau mencatit butiran diri, suhu badan pada buku daftar masuk premis bank berasingan sekitar Bintulu.
ANGGOTA pasukan pemantau SOP IPD Bintulu mengeluarkan kompaun atas pelanggaran Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Buat video Wow Mukah!
MUKAH: Perpustakaan Awam Mukah, Majlis Daerah Dalat Dan Mukah menganjurkan pertandingan membuat video bertajuk Wow Mukah.
Bertemakan keunikan Mukah atau tempat menarik di Mukah, johan akan menerima hadiah hamper bernilai RM300, naib johan hamper bernilai RM200, ketiga hamper bernilai RM100, manakala keempat dan kelima menerima hamper bernilai RM50 setiap satu.
Pertandingan ini bermula pada 5 hingga 23 Julai dan rakaman video boleh diambil di tempat masing-masing.
Bagaimanapun, pertandingan tersebut hanya terbuka kepada peserta yang berusia 16 tahun ke atas.
Contoh perkara yang menarik di Daerah Mukah yang boleh dirakam ialah tempat menarik, makanan tradisional, perayaan tradisional, peralatan tradisional dan sebagainya mengikut
kesesuaian tema pertandingan. Bagi sesiapa yang berminat menyertai pertandingan boleh
menekan pautan https://forms. gle/3wJ64U989FzvN9bi6
Sebarang pertanyaan
boleh menghubungi urusetia pertandingan iaitu Nur Azzarina di talian 014-2866626 dan Siti Natasha 011-29908232.
Borang penilaian program https://forms.gle/ J68QEYsbijb3C5oMA-
19


































































































   17   18   19   20   21