Page 21 - Suara Sarawak A
P. 21
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H |EURO 2020
ArenA
21
Itali teruja jumpa Sepanyol
SKUAD Azzurri bersiap sedia untuk menentang Sepanyol dalam aksi separuh akhir Euro 2020 pada jam 3.00 pagi Rabu ini (waktu Malaysia) di Stadium Wembley.
Ia merupakan pertemuan buku dengan ruas, kerana kedua-duanya mempunyai sejarah tersendiri.
Mereka juga pernah bertemu dalam final Euro 2012 yang menyaksikan Itali kalah teruk 4-0.
Bintang penyerang Itali, Lorenzo Insigne, yakin mereka boleh melepasi halangan Sepanyol.
“Kami telah pun berada di sini (separuh akhir), dan sudah pasti kami mahu melangkah lebih jauh lagi (juara).
“Kami adalah antara pasukan pilihan, dan kami mahu pulang membawa trofi,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tetap menganggap Sepanyol sebagai lawan sukar, apatah lagi aksi mereka mirip dengan juara dunia 2010 itu.
Sepanyol mempunyai corak permainan ‘tiki taka’ lebih banyak menguasai bola, dan melakukan serangan pantas dari segenap penjuru.
Namun Itali, juga demikian sejak di bawah kendalian Roberto Mancini. Mereka gemar bermain satu dua dan menguasai bola.
|COPA AMERICA
DENGAR SINI... Bos Itali, Mancini (tengah) memberi taklimat kepada anak-anak buahnya sebelum sesi latihan.
Eriksen ke Wembley
JURULATIH Denmark, Kasper Hjulmand berkata, Christian Eriksen kekal sebagai sebahagian pasukannya selepas skuad Danish Dynamite.
“Saya memikirkan mengenainya ketika perlawanan dan selepas perlawanan, saya terus memikirkan betapa menakjubkan untuk melihatnya bermain di sini,” kata Hjulmand.
“Dia masih sebahagian besar daripada pasukan ini dan memainkan peranan penting dalam usaha kami ke Wembley.
“Pasukan ini bukan dibina semalam dan dia menjadi sebahagian daripada pasukan sejak sekian lama. Saya berharap dia berada di sini. Saya menghantar banyak ucapan buatnya dan dia memainkan peranan penting dalam keputusan besar ini,” katanya.
Messi, Argentina ke separuh akhir
BINTANG sensasi, Lionel Messi menjaringkan gol
melalui sepakan percuma dan mengumpan dua lagi jaringan untuk membantu Argentina mengatasi Ecuador 3-0, sekali gus ke saingan separuh akhir Copa America 2021, menentang Colombia.
Messi terlepas peluang keemasan pada babak pertama, namun membuka ruang jaringan
Rodrigo De Paul pada baki lima minit, sebelum tamat babak pertama.
Dia kemudian membantu jaringan buat Lautaro Martinez selang lima minit sebelum tamat babak kedua.
Pemain Barcelona itu kemudian mencetak jaringan keduanya dalam kejohanan menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan.
Jaringan itu adalah yang ke-76 bersama Argentina dan membawanya menghampiri rekod pencapaian dilakukan Pele.
“Saya sentiasa katakan bahawa hadiah individu adalah perkara
JADUAL PERLAWANAN
SEPARUH AKHIR 1
SABTU (10 Julai)
Brazil Lwn Peru - 8.00 pagi
SEPARUH AKHIR 2
AHAD (11 Julai)
Argentina Lwn Colombia - 8.00 pagi
LINCAH... Messi memperdayakan dua pemain Ecuador dalam aksi suku akhir semalam.
kedua, kami di sini untuk sesuatu yang lain,” kata Messi.
“Kami mempunyai objektif dan begitu fokus terhadapnya.
“Satu perlawanan yang sengit, kami tahu betapa sukarnya
pihak lawan. Apa yang penting kami sudah mengambil satu lagi langkah ke hadapan,” ujarnya.
Argentina belum lagi kalah dalam 17 perlawanan sebelum ini.
Jersi England untuk penyokong
BEBERAPA pemain England merayakan kejayaan menewaskan Ukraine 4-0 dengan ppara enyokong mereka di Stadium Olimpico.
Luke Shaw, Marcus
Rashford, Jude Bellingham dan Kieran Trippier, kesemuanya menghadiahkan jersi yang dipakai mereka selepas pasukan kendalian Gareth Southgate mara ke separuh akhir Euro 2020.
England meraih kemenangan besar, membelasah Ukraine
4-0 hasil dua jaringan kapten
pasukan, Harry Kane dan satu jaringan Harry Maguire dan Jordan Henderson.
Selepas tamat perlawanan, para pemain meluangkan masa bertemu penyokong di stadium.
Bintang Manchester
United, Shaw dan Rashford menanggalkan jersi mereka
dan memberikannya kepada sekumpulan penyokong England dan tindakan mereka itu turut diikuti pemain muda Borussia Dortmund, Bellingham dan bintang Atletico Madrid, Trippier.
Sebelum ini terdapat
kebimbangan mengenai penyokong England tidak dapat berada di Stadium Olimpico susulan sekatan Covid-19.
Namun ribuan hadir sekali gus menjadi inspirasi kepada kemenangan pasukan.
Penyokong dengan riang menyanyikan Que sera sera, we’re going to Wembley.’
Yang pasti, sekitar 60,000 penyokong England akan membanjiri Stadium Wembley dalam aksi separuh akhir England-Denmark awal pagi Khamis nanti.
HEBAT... Para penyokong fanatik skuad England yang banyak membantu.
21