Page 22 - Suara Sarawak A
P. 22
22
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
ArenA
|EURO 2020
England selangkah final
SKUAD England kini selangkah final, setelah membelasah Ukraine 4-0 dalam aksi suku akhir Euro 2020 di Rome semalam.
Mereka akan menentang Denmark dalam aksi separuh akhir awal pagi Khamis ini.
Dengan kemenangan itu, skuad Three Lions berpeluang cerah untuk mengulangi pencapaian berprestij 1966, ke separuh akhir, final dan seterusnya muncul juara di Wembley.
Ketua pasukan, Harry Kane percaya pengalaman yang lebih baik dimiliki mereka banyak membantu.
Anak-anak buah Gareth Southgate juga mempunyai sejarah mara ke pusingan empat terbaik Piala Dunia 2018, namun tewas di tangan Croatia, 2-1.
Namun, Kane menjelaskan kejayaan pasukan Inggeris
dalam kejohanan kelab teratas Eropah sejak tiga tahun lalu turut memainkan peranan bagi mengakhiri penantian 55 tahun.
“Kami sudah bermain untuk kelab kami dalam perlawanan besar.
“Final Liga Juara-Juara, perebutan gelaran Liga Perdana. Tugas masih belum selesai, tetapi kami berada di landasan tepat,” kata Kane.
“Kami meletakkan visi sebelum Piala Dunia... kami mahu menjadi sebuah pasukan.
“Piala Dunia adalah sesuatu
GOL... Harry Kane menanduk masuk untuk gol
ketiga England semalam.
yang hebat, tetapi kami gagal, kami meraih satu lagi separuh akhir Liga Negara-Negara dan kami perlu terus bergerak dan itu adalah perkara yang perlu dilakukan apabila menentang Denmark nanti,” ujarnya.
Kane menjaringkan dua gol
semalam, menjadikan jumlah jaringannya bertambah tiga
gol sekarang ini. Dua lagi gol disumbangkan boleh Maguire dan Henderson.
“Terdapat banyak tekanan ke atas kami. Sudah tentu kami adalah pasukan pilihan untuk
memenangi separuh akhir, tetapi terdapat banyak tekanan dan harapan,” ujar Kane.
UKRAINE 0
7
2
48% 10
0
0
3
ENGLAND 4
10
6
52% 4
0
2
2
Southgate hampiri sejarah
DETIK MANIS... Para Pemain Denmark bertempik gembira merayakan kejayaan ke separuh akhir.
Denmark jelmaan 1992
SKUAD Denmark meneruskan perjuangan Euro 2020, melangkah ke gerbang separuh akhir setelah mengatasi Repblik Czech 2-1 dalam aksi suku akhir semalam.
Gol Denmark dijaringkan oleh Delaney seawal minit kelima
dan Dolberg pada minit ke-42. Manakala Czech hanya mampu menjaringkan satu gol, pada minit ke-49 melalui Schick.
Schick kini berkongsi lima jaringan dengan penjaring terbanyak, Cristiano Ronaldo.
Yang pasti, kejayaan Denmark sungguh luar brasa, bagaikan jelmaan pasukan 1992 yang muncul juara.
Denmark kini meledak 10 gol ketika menang tiga perlawanan terakhir selepas mengalami dua kekalahan pada permulaan kejohanan.
“Kami menang sebahagian perlawanan dengan selesa, 4-1 dan
4-0, tetapi ini juga sebahagian cara menang perlawanan bola sepak,” kata jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand.
“Saya sangat bangga mara ke separuh akhir bersama pasukan ini.
“Sayap yang rakyat berikan kepada kami sangat penting.
“Kami sangat bangga untuk
memberikan kembali sesuatu kepada Denmark dan mereka yang melihat dari rumah.”
Tiga minggu selepas Eriksen rebah, Denmark kini mengimpikan ulangan kejayaan 1992, walaupun ketika itu hanya sebagai pasukan jemputan, setelah Yugoslavia diketepikan ekoran peperangan.
AYAM TAM- BATAN... Southgate bangga dengan aksi Harry Kane yang telah pun meletak- kan tiga gol sekarang ini.
PENGENDALI, Gareth Southgate memuji anak-anak buahnya yang semakin hampir untuk melakar sejarah.
England akan bertemu Denmark di Wembley, awal pagi Khamis ini selepas merekodkan kemenangan terbesar di peringkat kalah mati.
Ia merupakan peluang keemasan buat mereka untuk muncul selaku juara Eropah.
“Pasukan melalui liku perjalanan dan mereka berdepan beberapa kesukaran untuk terus maju,” kata Southgate.
“Kami menikmati beberapa malam yang hebat sepanjang empat tahun ini, tetapi
kami juga berdepan malam mengecewakan dan kami belajar daripada semua pengalaman itu.
“Ia membantu kami untuk bersiap sedia dalam kejohanan yang lain.
“Detik seperti malam ini, kami tidak mahu melangkah ke belakang lagi.
“Kami mahu mengambil peluang ini sepenuhnya berbanding berharap untuk menang ataupun hanya berserah kepada takdir,” katanya.
22
STATISTIK PERLAWANAN
Jaringan
Cubaan
Cubaan Tepat Penguasaan Bola Kekasaran
Kad Kuning Ofsaid Sepakan Sudut
STATISTIK PERLAWANAN
REP. CZECH 1
16
5
56% 9
2
3
9
Jaringan
Cubaan
Cubaan Tepat Penguasaan Bola Kekasaran
Kad Kuning Ofsaid Sepakan Sudut
DENMARK 2
11
7
44% 10
0
0
7