Page 23 - Suara Sarawak A
P. 23

ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H LIGA PREMIER 2021
ArenA
23
Rahim buru banyak gol
suarasarawak.news@gmail.com
PEMAIN sayap Sarawak United FC (SUFC), Abdul Rahim, 26, mahu lebih banyak jaringan dalam aksi pusingan kedua Liga Premier 2021 musim ini.
Pemain lincah itu telah pun menjaringkan dua gol sepanjang pusingan pertama ketika menentang pasukan Kelantan United dan Project MSN.
"Insya-Allah, jika diberi banyak peluang bermain, saya akan cuba sedaya upaya menjaringkan lebih banyak gol,” ujar Rahim.
“Apa yang lebih penting ialah jaringan saya nanti akan membantu pasukan meraih kemenangan.
“Kami perlu bekerja keras lagi lagi bagi memastikan kedudukan teratas tidak tergugat,” katanya yang dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.
Menurut Rahim, masih ada ruang untuk mereka meningkatkan lagi prestasi.
“Kami menghadapi cabaran yang hebat, kerana tidak ada aksi persahabatan. Sudah pasti, ia sedikit menjejaskan rentak pasukan, tetapi pasukan lain juga sama.
“Namun kami sentiasa bersedia untuk mengharungi pusingan kedua,” jelasnya.
SUFC kini telah pun menjalani latihan berpasukan, dan segala persiapan berjalan lancar.
Mereka akan menentang Selangor 2 pada 17 Julai ini. Ia merupakan perlawanan pusingan pertama yang ditangguhkan.
GIGIH... Rahim (tengah) bersaing dengan rakannya ketika sesi latihan. Foto IHSAN SUFC
Liga E-sukan Malaysia 10 Julai
OLIMPIK TOKYO
Kontinjen Malaysia guna M’sia Airlines
PENERBANGAN Malaysia Airlines diberi penghormatan untuk menerbangkan para atlet dan pegawai Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Majlis Olimpik Malaysia
(MOM) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah dilantik sebagai rakan penerbangan rasmi bagi kontinjen Malaysia yang bertanding dalam 10 acara sukan Olimpik Tokyo, yang dijadual bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Kumpulan pertama atlet dijangka berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Julai ini melalui pesawat MH070, manakala kumpulan kedua pada 17 Julai melalui pesawat MH9118, yang
turut disertai duta jenama Malaysia Airlines, iaitu penerjun negara Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.
Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin
Najib berkata badan
penaung sukan itu
gembira dapat berkerjasama dengan Malaysia Airlines bagi kejohanan kali ini.
“Malaysia
Airlines memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan dan keselamatan
para atlet
kita
semasa
perjalanan ke kejohanan nanti yang pastinya akan memberi kesan positif kepada persediaan
mereka untuk bertanding di Tokyo.
“Kami berbangga
dengan perkongsian ini
yang akan menemukan dua wakil terbaik negara, yakni kumpulan atlet negara bertaraf dunia dan syarikat penerbangan negara bertaraf dunia. Kedua-duanya mewakili apa yang terbaik di negara kita, terbang tinggi dan melampaui jangkaan,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata adalah
satu penghormatan untuk menerbangkan kontinjen negara
ke Olimpik selepas kejayaan membawa pasukan bola sepak kebangsaan, skuad Harimau Malaya ke kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dan perlawanan
persahabatan di Emiriyah Arab
Bersatu (UAE) dan Bahrain
baru-baru ini. - Bernama
NAZIFUDDIN NAJIB... Setiausaha Agung MOM.
LIGA E-sukan Malaysia 2021 (MEL21) akan diadakan pada 10 Julai hingga 10 September yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000.
Esports Integrated (ESI) dalam kenyataan semalam memaklumkan MEL21 bertujuan menyediakan platform lebih
luas membabitkan semua peringkat pemain termasuk amatur, semi profesional dan profesional untuk bertanding dan mempamerkan bakat masing- masing.
Menurut ESI, liga itu akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan
dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Liga berkenaan berlangsung secara dua peringkat membabitkan peringkat negeri dan kebangsaan dengan mempertanding empat permainan popular dalam kalangan peminat e-sukan - PUBG, Mobile Legends, FIFA21 dan Dota 2.
Pemenang di peringkat
negeri akan berentap dalam Liga Kebangsaan yang dijalankan dalam format round-robin, yang mana pasukan atau pemain dengan pungutan mata tertinggi akan memenangi hadiah wang tunai RM20,000 dan diisytiharkan sebagai Juara Kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan berkata penganjuran dan pelaksanaan MEL21 di bawah inisiatif ESI
yang juga sebahagian daripada tumpuan strategik utama kementerian di bawah Pelan Pembangunan E-sukan Kebangsaan dan terkandung dalam Belanjawan 2021.
“Ia adalah untuk membangunkan satu ekosistem menarik, mampan dan inklusif untuk semua peminat e-sukan,” katanya.
Pendaftaran untuk MEL21 telah dibuka. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan jadual kejohanan boleh diperolehi dengan melayari www.esukan.gg.- Bernama
PENDAFTARAN untuk MEL21 telah dibuka. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan jadual kejohanan boleh diperolehi dengan melayari www.esukan.gg.
23


































































































   20   21   22   23   24