Page 2 - Suara Sarawak A
P. 2
2
Jenayah
Petani berdepan penjara
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
WAKTU SOLAT NEGERI SARAWAK
Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
ZON1 ZON2 ZON3 ZON4 ZON5 ZON 6 ZON 7 ZON 8 ZON KHAS
4:49 4:59 6:13 4:55 5:05 6:19 5:00 5:10 6:24 5:05 5:15 6:29 5:08 5:18 6:32 5:09 5:19 6:33 5:12 5:22 6:36 5:14 5:24 6:38 4:46 4:56 6:10
12:27 3:52 6:37 7:53 12:31 3:57 6:40 7:56 12:35 4:00 6:42 7:57 12:39 4:05 6:47 8:02 12:41 4:06 6:48 8:03 12:42 4:07 6:47 8:02 12:44 4:09 6:49 8:04 12:47 4:12 6:53 8:08 12:24 3:50 6:35 7:51
ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan, Lawas
ZON 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi, Belaga
ZON 3: Tatau, Kuala Tatau,Sebauh, Bintulu
ZON 4: Igan, Oya, Balingian, Kapit, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Song
ZON 5: Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang, Tanjung Manis
ZON 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak
ZON 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam
ZON 8: Kuching, Lundu, Bau, Sematan
ZON KHAS: Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan
Disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sarawak
BAU: Seorang petani ditahan setelah disyaki memiliki senjata api tanpa lesen dibenarkan dengan menyimpan selaras senapang angin di dalam sebuah rumah di Kampung Serasot.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek, 54, ditangkap di rumahnya
sekitar jam 2.45 petang malam semalam oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Bau.
Hasil Op Laras itu katanya, pihak polis turut merampas selaras senapang angin berwarna hitam yang ditemui disimpan di dalam rumah terbabit dipercayai milik suspek.
Susulan itu katanya, suspek ditahan dan barangan kes dirampas untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
SENAPANG angin yang dirampas.
Rumah terbakar di Empelam
KABONG: Sebuah rumah jenis dua tingkat di Kampung Empelam musnah, manakala tiga lagi rumah turut terjejas akibat kebakaran,
pagi semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan
Operasi Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan
sekitar jam 10.22 pagi sebelum mengerahkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran difahamkan bermula dari rumah dua tingkat yang berkeluasan 30 kaki x 48 kaki persegi sebelum api merebak ke tiga lagi rumah berhampiran rumah pertama.
"Kebakaran memusnahkan 100 peratus sebuah rumah dua tingkat jenis tidak. Tiga rumah berdekatan terbakar 10 peratus," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden terbabit.
Punca kebakaran masih tidak dapat dikenal pasti dan siasatan masih lagi dijalankan.
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman dan memadam sisa-sisa api bagi memastikan kawasan selamat.
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SIBU
Dimaklumkan bahawa kawasan berikut akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada waktu yang dinyatakan di bawah:
Kawasan terlibat
1. Di sekitar kawasan Kampung Seduan Jaya
Gagal lepasi sekatan jalan raya
MUKAH: Sebuah pikap Toyota Hilux yang membawa rokok dan minuman keras seludup terkandas di sekatan jalan raya (SJR) di simpang Jebungan, sekitar jam 5.20 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Mukah dsp Muhamad Rizal Alias berkata, pemandu lelaki, 54, mengaku datang dari Kingwood Resort menghala ke Mukah.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati pemandu gagal mengemukakan dokumen
pengesahan terhadap barangan yang dibawa, dipercayai untuk mengelak duti import kastam.
"Sebanyak 71 karton minuman keras dan 96 karton rokok pelbagai jenis disimpan di bahagian belakang dan tempat duduk belakang kenderaan.
"Kesemua barangan seludup serta kenderaan pikap dirampas dianggarkan bernilai RM105,000," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, suspek dan
semua rampasan dibawa ke Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih 20 kali ganda nilai atau RM 500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Gangguan ini penyelenggaraan dijalankan.
membolehkan
kerja-kerja
2
MANILA: Sekurang-kurangnya 29 maut, manakala 50 lagi cedera dalam nahas pesawat tentera Filipina di selatan negara itu, semalam.
Komander Pasukan Petugas Bersama-Sulu Mejar Jeneral William Gonales berkata, pesawat Hercules
C-130 itu membawa hampir 100 penumpang yang kebanyakannya anggota tentera yang menamatkan latihan baru-baru ini sebelum terhempas di Pulau Jolo, wilayah Sulu.
Siasatan awal mendapati nahas itu berlaku selepas
pesawat itu tersasar dari landasan ketika cuba mendarat.
Kebanyakan mangsa adalah kumpulan yang
selesai menjalani latihan
asas ketenteraan dan dikerah menyertai operasi memerangi keganasan di wilayah bergolak di selatan negara itu. — AFP
Pesawat tentera Filipina terhempas
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerja tersebut akan ditangguhkan ke tarikh dan masa yang akan dimaklumkan.
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali, dan pihak kami akan berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik dengan secepat mungkin.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300-88-3111 (24 jam)
PENGURUS WILAYAH WILAYAH TENGAH
Syarikat SESCO Berhad (672931-A)
A subsidiary of Sarawak Energy Berhad
Tarikh: 6 Julai 2021, Selasa Masa: 9:00pg hingga 5:00ptg
adalah untuk