Page 5 - Suara Sarawak A
P. 5
Covid-19 5 Kawal sempadan negeri
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
| SEKAT PENYELUDUPAN PATI ELAK VARIAN DELTA
KUCHING: Varian Delta Covid-19 dibimbangi memasuki Sarawak jika kegiatan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Indonesia terus berlaku, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Sehubungan itu beliau menegaskan, setiap orang
harus berkerjasama menyekat kemasukan Pati dari negara jiran
itu, yang memasuki negeri ini melalui lorong tikus di sempadan.
"Covid-19 yang paling menakutkan daripada varian Delta belum ada di Sarawak, tetapi kita mesti berwaspada untuk mengelak penularan seperti Kluster Pasai.
"Varian ini dapat memasuki Sarawak dari Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Labuan. Maka itu kita harus
menjaga sempadan darat, laut dan udara dengan ketat," katanya dalam kenyataan, semalam.
Kui Hian yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dalam kebimbangan kerajaan dan masyarakat terhadap penularan varian Delta, terdapat sebilangan penduduk tempatan yang tetap berusaha membawa
masuk Pati dari Indonesia. Katanya, kegiatan itu amat
berisiko kerana boleh membawa dan menyebarkan varian tersebut ke negeri ini kerana ia sudah menular di Indonesia.
"Penangkapan Pati baru-baru ini menunjukkan bahawa 15 daripadanya positif dan seorang penduduk Sarawak yang membawa Pati tersebut juga dijangkiti," katanya lagi.
| Varian ini dapat memasuki Sarawak dari Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Labuan. Maka kita harus menjaga sempadan darat, laut dan udara dengan ketat.
| GERRALD GILLES
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini dianggap berjaya kerana rakyat Sarawak tidak ragu-ragu menerima vaksin Covid-19.
Sehubungan itu, Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang tampil dan memainkan peranan mereka memerangi Covid-19.
Menurutnya, kerjasama pelbagai pihak menyebabkan jumlah pemberian vaksin di negeri ini mendahului negeri lain.
Kata Kui Hian, semua rakyat Sarawak memainkan peranan masing-masing daripada petugas barisan hadapan yang memberi suntikan vaksin hinggalah penerima vaksin yang hadir untuk
menepati janji temu mereka. "Saya sangat gembira kerana tidak ramai yang ragu-ragu akan
vaksin. Jika tidak, kita mungkin tidak dapat memvaksin sebanyak mungkin rakyat.
"Ini kerana penerima vaksin perlu dimaklum dan bersetuju untuk menerima vaksin, tiada sesiapa yang boleh memaksa anda.
“Ini adalah semangat solidariti Sarawak yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program vaksinasi warga emas Flat KMC, di sini, semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, Jun lalu, keutamaan vaksinasi adalah untuk menyelamat nyawa orang ramai kerana hospital mencapai kapasiti penuh ketika itu dengan banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) dibuka.
Katanya, pemberian vaksin dirancakkan lagi bulan ini untuk
menyelamat sumber pendapatan rakyat Sarawak.
Di samping itu tambahnya, semua orang termasuk petugas hadapan bekerja dua syif termasuk sektor perubatan swasta telah mempertingkatkan keupayaan pemberian vaksin.
"Sudah tentu kami berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi kita bekalan vaksin.
“Semua orang meningkat keupayaan program vaksinasi mereka. Oleh itu kami juga menubuhkan beberapa PPV bergerak untuk tujuan itu.
"Justeru saya ingin berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang memahami keperluan penting ketika menghadapi pandemik ini," kata Kui Hian.
Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng dan Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Mohd Sapian turut hadir.
5
Lengkap dos kedua pada Ogos
DR SIM Kui Hian bersama-sama Hong Seng dan Dr Mohd Sapian menyaksikan penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19. | Foto RAMIDI SUBARI
Program imunisasi Sarawak berjaya
KUCHING: Pengarah Jabatan Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed yakin seluruh rakyat Sarawak akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 pada minggu kedua Ogos.
Beliau berkata, pihaknya akan mempertingkatkan jumlah pemberian vaksin 60,000 hingga 65,000 dos suntikan sehari.
Menurutnya, Sarawak telah mencapai pemberian 1.5 juta dos vaksin kepada penduduknya.
“Ini berikutan pelbagai pusat pemberian vaksin (PPV) ditubuh di negeri
ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sektor kesihatan swasta juga memberi suntikan vaksin di klinik kesihatan, klinik swasta mahupun di PPV industri.
"Mengikut nilai ambang semasa, Sarawak kini telah mencapai 10 peratus pemberian vaksin bagi golongan dewasa.
"Kami masih meneruskan aktiviti pemberian vaksin
ini. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bekalan vaksin
kami stabil dan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk diberikan kepada seluruh Sarawak," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke PPV Klinik Kesihatan Tanah Puteh di sini,semalam.
Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.
Dr Mohamed Sapian turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), wakil rakyat, sukarelawan termasuk doktor, jururawat serta penolong pegawai perubatan yang telah bersara turut memberikan bantuan
di PPV.
Tambahnya, bantuan
tersebut meringankan beban kakitangan KKM yang perlu menangani kes Covid-19 selain memberikan suntikan vaksin kepada orang ramai.
Beliau memberitahu, bantuan sukarelawan yang mengurangkan bebanan kerja KKM membolehkan petugas kesihatan KKM memberi tumpuan kepada aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19 di Sarawak.
"Sarawak masih mencatat sekitar 300 hingga 500 kes sehari tetapi angka tersebut menunjukkan penurunan.
"Dengan kerjasama semua penduduk, kita akan dapat menurunkan kes di negeri ini. Kami berharap penduduk di Sarawak terus mengamalkan SOP,” katanya.