Page 4 - Suara Sarawak A
P. 4
4
Covid-19
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
| NILAI SEMULA TATACARA MASUK SARAWAK
Cegah kemasukan kes positif
Benarkan S’wak beralih ke fasa kedua
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) dan Jabatan Kesihatan Sarawak (JKNS) akan
menilai tatacara kemasukan
ke Sarawak dari semasa
ke semasa, berdasarkan perkembangan situasi Covid-19 di dalam dan luar negara.
Menurutnya, langkah ini penting terutamanya dengan kes virus SARS-CoV varian Delta yang telah dikesan
di 10 negeri atau Wilayah Persekutuan.
Katanya, tatacara terkini kemasukan ke Sarawak termasuk keperluan ujian saringan RT-PCR yang perlu diambil dalam tempoh tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak.
“Keperluan ujian saringan RT-PCR ini berkuat kuasa mulai 28 Jun lalu.
“Sebanyak enam kes meibatkan satu keluarga (lapan orang) yang disaring didapati positif sebelum mengambil penerbangan ke Sarawak pada
1 Julai lalu.
“Ini menunjukkan
kepentingan polisi ini bagi mencegah kemasukan
kes positif ke Sarawak dan mengurangkan risiko jangkitan kepada kakitangan di lapangan terbang serta penumpang
dan kru di dalam pesawat yang sama,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Untuk rekod, JPBN Sarawak telah mengumumkan tatacara terkini kemasukan ke Sarawak pada 25 Jun lalu.
BAU: Sarawak komited memastikan kejayaan program akhir vaksinasi Covid-19, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.
Menurutnya, Kerajaan Sarawak yakin akan mencapai sasaran memberi vaksin kepada 2.2 juta penduduk yang layak pada akhir Ogos depan.
Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat vaksinasi di Akademi Jabatan Bomba
dan Penyelamat Negeri di sini semalam.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) menambah, pihaknya mewujudkan banyak klinik kesihatan, klinik swasta dan di tempat industri yang dijadikan sebagai PPV.
“Malah kita juga mempunyai pasukan bergerak untuk menjangkau kawasan pedalaman yang turut dibantu oleh pihak
| FENNY SILONG
fensilong@suarasarawak.my
BAU: Negara kini menanti bekalan vaksin dos tunggal Cansino yang dijangka tiba pada pertengahan atau akhir bulan ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak berpuas hati dengan persediaan seperti
yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan program vaksinasi terutamanya di kawasan pedalaman.
“Kerajaan Persekutuan harus membenarkan Sarawak memasuki tahap kedua dan seterusnya dalam Rancangan Pemulihan Kebangsaan.
“Kita menyerahkan keputusan kepada Majlis Keselamatan Nasional (MKN) berdasarkan nilai ambang yang dinyatakan,” katanya selepas meninjau pusat vaksinasi di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri di sini semalam.
Uggah dalam pada itu meminta
Kerajaan Persekutuan menilai Sarawak berdasarkan setiap keadaan dan prestasi daerah Covid-19, bukannya negeri secara keseluruhan.
"Sarawak merupakan negeri yang besar dan saiznya hampir sama dengan Semenanjung Malaysia.
“Contohnya Limbang yang dapat memenuhi penanda aras penilaian MKN,” ujarnya.
Terdahulu, Uggah diberi penerangan mengenai kemajuan vaksinasi oleh Pegawai Daerah Bau Anielia Siam.
Menurutnya, sekitar 29,373 orang atau 61.4 peratus individu yang memenuhi syarat telah divaksin.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin; Adun Tasik Biru Datuk Henry Jinep; Adun Serembu Miro Simuh; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ik Pahon dan Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Eunice Melissa John turut hadir.
2.2 juta selesai vaksin akhir Ogos
tentera,” jelasnya.
Beliau mengucapkan terima
kasih kepada semua petugas barisan depan, jabatan kesihatan, JPBN, pentadbiran dan organisasi bukan kerajaan yang telah banyak membantu.
Katanya, terdapat penyesuaian berterusan terhadap mekanisme yang ada untuk menjadikannya lebih efisien dan efektif.
Katanya, kapasiti vaksinasi Sarawak akan mencapai 70,000 dos sehari beberapa minggu lagi.
“Kami kini mencapai 65,000 dos sehari tetapi sebelumnya kita hanya melakukan 47,679 dos.
“Kami akan meningkatkan
kapasiti kepada 60,000 dos sehari, jika tidak kita akan ketinggalan,” ujarnya.
“Jumlah terkumpul pemberian vaksin setakat ini ialah 1.456 juta yang terdiri daripada 1.178 juta menerima dos pertama manakala 278,528 lagi lengkap dua dos vaksin Covid-19,” ujarnya.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin; Adun Tasik Biru
Datuk Henry Jinep; Adun Serembu Miro Simuh; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ik Pahon
dan Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Eunice Melissa John turut hadir.
Benarkan beli vaksin sendiri
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Masing menggesa Putrajaya segera membenarkan Sarawak mendapatkan atau membeli vaksin sendiri.
"Bagi Sarawak, duit bukan persoalan! Kami mempunyai
duit untuk membeli vaksin yang diperlukan, tetapi persoalannya adakah Kuala Lumpur membenarkan kita mendapatkan atau membeli vaksin yang Sarawak perlukan?
"Saya berharap politik tidak menjadi faktor oleh Kuala Lumpur,
dalam menjaga keselamatan rakyat Sarawak ketika tempoh pandemik Covid-19 yang membunuh ini," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut Masing yang juga Adun Baleh, semasa berada di Bakun semalam, beliau telah bertemu dengan kumpulan vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai Dr. Peter Ronald Bihos, yang selesai memvaksin penduduk yang tinggal di kawasan hulu Bakun.
Katanya, walaupun melalui jarak yang sangat jauh, pasukan itu
kelihatan segar dengan senyuman di wajah mereka.
Beliau kemudian menyifatkan apa-apa yang ditunjukkan oleh pasukan vaksinasi KKM di Bakun itu adalah gambaran bahawa pasukan vaksinasi KKM dapat cepat dalam menjalankan tugas mereka.
"Saya yakin Sarawak dapat mencapai imuniti kelompok 80 peratus menjelang Ogos kelak, asalkan Putrajaya memberi kita vaksin seperti yang mereka janjikan," katanya.
4