Page 6 - Suara Sarawak A
P. 6

6
Covid-19
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
Manfaat di sebalik Covid-19
ANAK Siti Azurina membantu membakar roti.
| JULIE NGADAN
Antaranya kita kini menikmati hubungan kekeluargaan yang lebih baik, sentiasa menjaga kebersihan diri, penjimatan wang, menemui bakat baharu dan banyak lagi.
Wesley Juntan misalnya, tidak menyangka wabak itu membawa kebaikan kepadanya kerana secara tidak sengaja berjaya mengubah hobinya menjadi
perniagaan. Menurut
pramugara Malaysia Airlines itu, dia
mendapat idea untuk menggayakan
anak patung Barbie berikutan
mempunyai banyak masa terluang
di rumah ekoran pelaksanaan PKP
sejak Mac 2020. "Pada mulanya,
menggayakan boneka lengkap dengan pakaian
tradisional dan aksesori ini hanya
hobi kerana sebelum ini saya
mempunyai anak patung Barbie
yang mengenakan pakaian seragam
Malaysia Airlines, Air Asia, Qatar Airways dan
Malindo Air.
"Selepas anak patung ini tular
di media sosial, banyak rakan
dan orang ramai mahu saya menggayakan anak patung Barbie untuk mereka.
"Di situlah semuanya bermula
– hobi saya telah berubah menjadi perniagaan yang menghasilkan wang," jelasnya, sambil menambah akan menggayakan anak patung seperti permintaan pelanggan.
Dia dalam pada itu berharap kisahnya dapat menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang terkesan dan tertekan dengan situasi semasa.
“Sekarang adalah masa yang tepat untuk meneroka perkara yang anda gemari dan mungkin menjadikan
sesuatu yang
pendapatan,” tambahnya yang merupakan salah seorang penaja pakaian tradisional Miss Universe Malaysia baru-baru ini.
Wesley, 34, berketurunan
Iban dari Sekuau, Sibu kini bekerjasama dengan Kraftangan Malaysia menganjurkan bengkel untuk membantu pengusaha luar bandar meningkatkan pendapatan mereka.
Bagi Valarie Peter Chee
pula, pandemik Covid-19 telah membantu meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga kebersihan diri dan keluarganya.
Pengurus Unit Prudential
itu menjelaskan, semua ahli keluarganya kini semakin kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
“Malah semua ahli keluarga saya jarang mengalami demam, batuk atau selesema dan mempunyai kesihatan yang lebih baik sekarang berikutan SOP yang mewajibkan pemakaian pelitup muka.
"Memakai pelitup muka juga membuat saya lebih yakin untuk keluar tanpa memakai solekan dan tanpa disangka kulit saya kini kelihatan lebih sihat. Paling penting, saya dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli alat solek," katanya.
Valarie menambah, bekerja dari rumah juga telah mengajarnya memaksimum penggunaan teknologi terutama untuk mengadakan pertemuan dan latihan.
“Oleh kerana hampir semua janji temu sekarang dibuat dalam talian, ia sangat menjimatkan duit. Saya tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli minyak, tiket penerbangan dan penginapan.
"Selain itu, saya dan suami dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan bayi kami kerana
kami berdua bekerja dari rumah," jelasnya.
Bagi Siti Azurina Yahidi, 34, wabak tersebut
membolehkannya menghabiskan lebih
banyak masa dengan anak-anaknya.
“Oleh kerana hanya di rumah, saya mempunyai
banyak masa untuk mengemas dan
mengatur barang di rumah. Rumah saya
sekarang lebih teratur," jelasnya
yang kini menetap di Pulau Pinang.
Wanita berasal dari
Sarawak itu menambah,
dia kini mempunyai
masa untuk mempelajari masakan dan hidangan baharu.
"Saya
ANAK patung Barbie yang dihasilkan Wesley turut menghiasi busana Miss Universe Malaysia Francisca Luhong James.
sDI SEBALIK musibah pandemik Covid-19, tanpa kita sedar juga membawa banyak faedah.
uarasarawak.news@gmail.com
da
t
d
at
u
ap
pa
memb
ba
an
nt
menja
a
tu
an
na
WESLEY Juntan menunjukkan anak patung Barbie.
6
GRACE GADUNG
VALARIE PETER CHEE
juga boleh menyediakan pencuci mulut untuk ahli keluarga. Saya juga merakam video dan memuat naik di Facebook agar rakan-rakan mencuba resipi," katanya yang tidak menyangka video Nasi Arab masakannya mempunyai 16,000 tontonan.
Siti yang memiliki kedai percetakan dan cenderamata serta restoran berkata, wabak itu telah mengajarnya menggunakan sepenuhnya kelebihan teknologi untuk memasarkan produknya.
"Walaupun kedai ditutup, perniagaan masih ada kerana pesanan diterima melalui platform Shopee," katanya.
Grace Gadung, 26, yang berasal dari Lawas dan menetap di Kuching berkata, wabak
itu membuatnya menyedari kepentingan hubungan kekeluargaan.
"Saya merindui ibu bapa dan mahu balik ke kampung, namun bimbang kerana saya mungkin menyebarkan virus itu kepada ahli keluarga yang lain.
“Oleh itu, demi keselamatan mereka, saya memilih untuk tinggal di Kuching sahaja, dan menghabiskan masa di rumah dengan berehat, banyak membaca buku dan artikel bersejarah, melakukan lebih banyak latihan serta meningkatkan kemahiran memasak," jelasnya.
Walaupun pandemik yang melanda seluruh dunia itu membawa banyak kesan negatif, namun ada juga kebaikan yang diperoleh.
Paling penting, manusia kini lebih menyedari bahawa kesihatan adalah keutamaan, sekali gus menjadi pendorong kepada tabiat yang lebih sihat.


































































































   4   5   6   7   8