Page 8 - Suara Sarawak A
P. 8

8Bukan Sekadar Akhbar • PPK474/02/2019 (035042)
• Tel: 082-647375/ 649527
• Faks: 082-647374
• e-mel: news@suarasarawak.my • Laman sesawang: www.suarasarawak.my
• Lot 14096 (SL 121) Section 65, Ku- ching Town Land District 14D, Metro- city’s Commercial Precint, Jalan Matang, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Memahami makna vaksin Covid-19
Pemikiran
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
K
mendaftaruntukmenerimasuntikan vaksin Covid-19. Kempen terbaharu memaparkan penerima suntikan Covid-19 memegang kenyataan; “Saya sudah LENGKAP 2 dos.”
P
ndekatan terbaharu ini menerima
menjadi seorang jutawan ataupun penulis sekalipun.
Dalam kempen imunisasi kebangsaan, ibu bapa yang dianugerahkan status ditetapkan memainkan peranan dalam menggalakkan anggota keluarganya mendaftar dan menerima suntikan Covid-19. Ibu bapa dapat mengubah pemikiran anak mereka yang mempunyai status dicapai seperti golongan terpelajar agar bersedia menerima suntikan Covid-19.
Keengganan awal seseorang anak untuk divaksin mungkin disebabkan mereka terdedah kepada timbunan maklumat negatif daripada media sosial. Keengganan menerima vaksin Covid-19 mungkin disebabkan mereka terdedah kepada maklumat kelompok anti- vaksin. Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka yang enggan menerima vaksin? Anda perlu bermuhasabah diri sendiri.
Tanya diri sendiri dengan
siapa anda berinteraksi? Adakah mereka ini tergolong dalam sebagai kelompok antivaksin? Mengapakah anda mudah mempercayai sesuatu maklumat antivaksin?
Dalam hal ini, saya mencadangkan anda beralih
dan merujuk maklumat yang dikeluarkan oleh sumber rasmi seperti Kementerian Kesihatan. Anda akan mendapati makna yang dikonstruksikan terhadap vaksin Covid-19 berubah.
• Dr Mus Chairil Samani
ialah penganalisis media dan perunding penerbitan.
P
s
mbutan menggalakkan daripada
s
e
e
a
n
ERAJAAN melaksanakan pelbagai kempen untuk
menggalakkan orang ramai
Sumber mahu penerima mentafsir maklumat yang tersurat dan mengabaikan yang tersirat. Apabilapenerimamentafsir
yang tersirat sebagai makna terpenting, ini bererti matlamat perancang kempen tidak tercapai. Yang merancang kempen harus memastikan semua elemen tersirat diketepikan dalam bahan kempen.
Di peringkat awal, kempen imunisasi kebangsaan menggunakan selebriti dan tokoh masyarakat bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan menerima suntikan vaksin Covid-19. Kempen ini tidak begitu berkesan berbanding dengan mengambil dan menularkan gambar orang biasa yang sudah menerima dos vaksin Covid-19. Gambar yang ditularkan dalam media sosial menjadi bukti bahawa penerima vaksin selamat dan tidak mengalami sebarang kesan negatif. Ini makna terpenting daripada gambar-gambar yang menjadi artifak kempen dan ditularkan dalam media sosial.
Makna sebenarnya dikonstruksikan dalam minda kita hasil interaksi sosial. Dalam Teori Konstruksi Sosial, sesuatu itu
wujud kerana sebagai manusia,
kita bersepakat menerimanya. Konstruksi sosial ini memungkinkan setiap insan memberi makna kepada apa yang dilihat dan dialami. Makna yang terkait membentuk rangka pemahaman setiap orang.
Adakah anda sedar bahawa hanya gambar orang ramai yang ceria tersenyum sesudah disuntik dengan vaksin Covid-19 ditularkan? Gambar sebegini sekali gus menghapuskan sebarang syak wasangka terhadap vaksin.
Pengalaman melihat gambar orang lain sihat selepas disuntik
berfungsi mengukuhkan
nilai dan kepercayaan kita
terhadap vaksin tersebut. BergerdanLuckman(1966)
yang mengemukakan teori ini menjelaskan sebarang tindakan apabila dilakukan berulang kali akan membentuk pola penerimaan yang disebut sebagai “habitualization.”
Kita menerima nilai moral dan norma sosial dalam masyarakat apabila sesuatu perkara dilakukan berulang kali tanpa menerima sebarang kesan negatif. Apabila semakin banyak gambar orang ramai menerima vaksin ditularkan, realiti kebaikan yang bersifat subjektif berubah menjadi realiti objektif dalam konstruksi minda kita.
Kita menggunakan bahasa, gerak badan dan artifak dalam interaksi sosial untuk mengukuhkan makna bahawa vaksin Covid-19 selamat dan perlakuan ini perlu diperkukuhkan berulang kali. Perkongsian dan penularan gambar orang ramai, khususnya kenalan dan kaum kerabat menerima vaksin menggalakkan orang lain menerima suntikan ini.
Setiap orang memainkan peranan dalam konstruksi sosial. Peranan berkait dengan status sosial seseorang berdasarkan pola tingkah laku yang diterima dan dilakukannya. Kita memainkan peranan sebagai ayah atau ibu, anak, adik termasuk pekerja mahupun jiran tetangga.
Dalam konstruksi sosial, status sosial memerihalkan tanggungjawab dan kelebihan seseorang. Setiap orang mempunyai dua status, yang ditetapkan dan yang dicapai.
Status ditetapkan memerihalkan kedudukan yang di luar kuasa pilihan kita seperti jantina ataupun berumur. Status dicapai dalam kuasa kita untuk menentukannya seperti
o
ang ramai.
Orang ramai kini lebih yakin
o
a
r
r
m
a
u
tuk menerima suntikan vaksin
u
m
syarakat berkongsi gambar
m
s
n
n
Sidang RedakSi
Editor Eksekutif
ROHANA WAHED
rohanaw@suarasarawak.my Timbalan Editor Eksekutif
AWANG ROSLI AWANG JAYA
rosliaj@suarasarawak.my
Timbalan Editor Eksekutif
AWANG SHAHFERI AWANG ADENI
ashahferi@suarasarawak.my
Editor Kanan Berita
RADIN AZHAR AHMAD
radinazhar@suarasarawak.my Editor
DRAMAN BAHARON
draman@suarasarawak.my
Editor Ruai
ALVESTER BIGOL SULANG
alvesterbigol@suarasarawak.my
Subeditor Berita
CHRISTINA LIAN
christinalucaslian@suarasarawak.my
Subeditor Inspirasi
MOHD HAZIQ AMALUDDIN
haziqamal92@suarasarawak.my
Subeditor Global
S. CONNIE PEARL SUIL
pearl@suarasarawak.my
Subeditor Ruai
LINA KUNJAK
linakunjak@suarasarawak.my
Ketua Pemberita
FENNY SILONG
fensilong@suarasarawak.my
Ketua Grafik
NGUMBANG RANGGA
ngumbang86@gmail.com
t
a
abila melihat orang awam
a
a
p
p
ripada pelbagai lapisan
mereka dalam media sosial
selepas disuntik. Suntikan vaksin penting dalam mewujudkan imuniti kelompok bagi mencegah wabak Covid-19. Sehingga 27 Jun 2021, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam grafik terbaharu di Twitter berkongsi bahawa jumlah penerima vaksin dos pertama seramai 5,204,993 orang sementara dos kedua ialah 2,021,956 orang, menjadikan jumlah keseluruhan penerima kedua-dua dos seramai 7,226,949 orang.
Kesemuanya mendapat suntikan vaksin Covid-19 di bawah program imunisasi kebangsaan. Program
ini membolehkan rakyat negara ini berumur 18 tahun ke atas mendapat suntikan vaksin Covid-19 percuma di pusat-pusat pemberian vaksin yang dibuka di seluruh negara.
Sukarelawan Sokongan Vaksin Malaysia (MyVAC) melaporkan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
di seluruh negara. MyVAC ialah manifestasi kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).
Kesediaan orang ramai untuk mendapat suntikan itu bererti mereka sepakat dengan makna kepentingan vaksin sebagai kaedah untuk mencegah dan seterusnya membasmi wabak Covid-19 di seluruh negara. Dalam apa-apa kempen sekalipun termasuk kempen politik, penekanan kepada makna adalah kunci. Makna
yang sama harus ditanam dalam minda semua orang supaya wujud persefahaman antara sumber dengan penerima.
Apabila makna berjaya diselaraskan, tidak timbul keraguan dari segi pemahaman maksud. Semasa berkempen, pereka kempen sebagai sumber maklumat tidak bersama-sama penerima untuk membantu kita mentafsir maksud tersurat. Maka, pemilihan dan olahan bahan perlu dititikberatkan sebelum kempen dilancarkan.
d
d
a
a
r
a
a
8
Diterbitkan oleh
SV News Sdn. Bhd., Lot 2885 Block 3, Miri Concession Land District,
98000 Miri, Sarawak.
Dicetak oleh
UBP Printing Sdn Bhd, Lot 2042, Section 66, Pending
Industrial Estate, KTLD, Jalan Tenaga, 93100 Kuching, Sarawak.
KEMPEN terbaharu memaparkan penerima suntikan Covid-19 memegang kenyataan; “Saya telah divaksin”. Pendekatan terbaharu ini menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.


































































































   6   7   8   9   10