Page 9 - Suara Sarawak A
P. 9
Yang pasti, kita harus bersyukur, kerana vaksin ini disediakan secara percuma Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu
yakin dengan kemudahan disediakan ini.
AnAlisis
KerjaKsama semua capai sasaran
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
9
suarasarawak.news@gmail.com
memastikan sebahagian besar rakyat di negeri ini mendapat suntikan vaksin Covid-19. Sarawak bakal mencapai lebih 60 peratus penduduk divaksin menjelang penghujung bulan ini.
Sejumlah1.227 juta atau
42 peratus rakyat Sarawak menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sehingga Jumaat lalu. Manakala, 261,280 atau 10 peratus rakyat Sarawak yang lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Secara keseluruhannya 1.488 juta vaksin telah disuntik kepada penduduk. Dengan pencapaian yang memberangsangkan ini, maka Sarawak bakal mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok pada Ogos depan.
Malah, kapasiti PPV kita di seluruh Sarawak meningkat kepada 60,000 daripada 50,000 bulan lalu. Kejayaan ini adalah kerjasama semua pihak, terutama kesedaran rakyat, tentang vaksin.
Yang pasti, vaksin adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan semua, kerana sudah terbukti ia berupaya
Vaksin merupakan salah satu usaha dan cara terbaik untuk memerangi virus yang amat berbahaya ini. Sebagai rakyat, kita hanya perlu patuh dan percaya akan usaha kerajaan ini, sebagai jalan terbaik untuk menghadapi pandemik yang belum reda ini.
Secara umum, vaksin mengandungi antigen yang diperoleh daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria dimatikan atau dilemahkan.
Antigen dalam vaksin berfungsi merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Terdapat pelbagai variasi vaksin Covid-19, seperti Oxford- AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Sinopharm dan dua jenis vaksin ciptaan China iaitu SinoVac dan CanSino.
Vaksin yang kita terima sekarang ini, mempunyai kesan sampingan yang minimum, dan yang lebih penting, cukup berkesan terhadap ancaman Covid-19. Malah harganya juga
berkesan untuk mengatsi penyakit berjangkit, terutama dalam kalangan warga emas mahupun kanak-kanak, dan ia terbukti berkesan merangsang imuniti.
Oleh itu, kerjasama rakyat untuk divaksin amatlah penting, bagi mencapai imuniti kelompok. Jika tidak, maka usaha kerajaan adalah sia-sia. Usah percaya dengan khabar angin atau
berita palsu yang menyatakan bahawa vaksin memberik kesan buruk terhadap tubuh manusia. Ia hanya dakyah yang mahu memburukkkan pihak kerajaan.
Melalui Deklarasi Dakar 2014, cendekiawan Muslim menyokong pemberian vaksin. Di Malaysia, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukan lagi asing dalam perspektif syarak.
Kaedah pencegahan
melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(imunisasi rubela) pada 1988; imunisasi Hepatitis B (1988); imunisasi campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio (1989); pelalian vaksin meningococcal meningitis (2002) dan dipinda keputusan (2014); vaksin human papilloma virus (2010) dan vaksin meningitis menveo (2013).
Sebagai tambahan, ada
juga alim ulama berpendapat pemberian vaksin mengandungi kandungan tidak halal dibolehkan jika perlu dan sebagai pilihan terakhir.
Ini selaras keputusan muzakarah (Majlis Fatwa) menolak pandangan antivaksin kerana mendedahkan manusia kepada mudarat lebih besar.
Menghalang mudarat lebih besar, jangkitan virus Covid-19 yang boleh membawa maut adalah wajib.
Yang pasti, kita harus bersyukur, kerana vaksin ini disediakan secara percuma Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu yakin dengan kemudahan disediakan ini.
suarasarawak.news@gmail.com
Kepada rakyat Malaysia, katakan tidak kepada dadah. Sama-sama kita memerangi penularan najis yang boleh memusnahkan anak bangsa kita.
ERAJAAN Sarawak menyelamatkan jutaan nyawa, amat berpatutan. antara 1988 hingga 2013. menggunakan malah melindungi jutaan Seperti yang kita sedia Enam keputusan itu pendekatan agresif bagi manusia daripada penderitaan. maklum, bahawa vaksin amat membabitkan pelalian rubela
Sentiasa perangi najis dadah
MASALAH dadah terus menghantui perjalanan hidup masyarakat sejagat, menyebabkan kita sentiasa memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.
Penggemblengan tenaga semua pihak amat dituntut dalam usaha membanteras gajala tersebut daripada terus berleluasa.
Oleh itu, langkah strategiik perlu diperhebat untuk memeranginya.
Dalam hal ini, kredit buat Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) yang sentais berusaha mencari jalan untuk menyekat kemasukan barangan terlarang itu ke Sarawak.
Langkah yang diusulkan kementerian terbabit berikutan berlaku peningkatan kemasukan barangan atau najis dadah itu ke Sarawak menerusi sekatan dan rampasan.
Taktik terbaharu diguna pakai oleh individu perosak anak bangsa dalam mengedar dadah menerusi perkhidmatan kurier dan kargo di lapangan terbang
mahupun pelabuhan utama di negeri ini.
Apa yang pasti, pendekatan secara turun padang seperti yang dilakukan Datuk Seri Fatimah Abdullah selaku menteri KWKPK antara jalan yang dilihat berperanan mampu mengekang musibah berkenaan.
Sekurang-kurangnya, ia dapat mengenal pasti kekangan yang yang kini menghantui agensi penguatkuasaan berkenaan.
Di samping itu, ia mampu melandaikan jumlah peningkatan kes-kes berkaitan dadah secara tidak langsungnya.
Langkah yang cuba diperkenal itu juga berupaya memberi input sekali gus dijadikan panduan untuk persediaan berdepan masalah pengedaran najis dadah pada masa akan datang.
Dalam pada itu, baru-baru ini Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) cawangan Sarawak telah menyumbang RM193,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengadakan program dan aktiviti kesedaran penyalahgunaan dadah di 193 sekolah menengah di seluruh
bahagian.
Dengan RM1,000 untuk setiap
sekolah menengah daripada jumlah yang tersenarai (193 buah sekolah) bagi untuk mengadakan program seperti ceramah antidadah dan sebagainya.
Ia sebagai langkah untuk memberi pengetahuan awal kepada golongan sasar terutama pelajar sekolah mengenai bahaya najis dadah berkenaan.
Pengerusi Pemadam Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang melihat pendekatan dilakukan itu sebagai peringatan awal kepada pelajar akan bahaya dadah dalam kehidupan mereka.
Apa yang penting, peranan dimainkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dalam menyokong pelaksanaan program yang dirangka itu sebagai inisiatif yang amat baik sekali.
Program tersebut dilihat mampu menyampaikan mesej penting tentang bahaya penyalahgunaan dadah selain memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai ancaman najis berkenaan.
Meskipun kemunculan
pandemik Covid-19 di muka bumi yang turut menjurus kepada pergerakan terbatas masyarakat dengan adanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia bukan jaminan akan berlaku penurunan kes-kes membabitkan najis dadah. Malah, masih terdapat individu yang berani melakukan perkara menyalahi undang-undang ditetapkan.
Bagaimanapun, tabik puji harus diberi kepada pihak PDRM yang sememangnya tidak pernah tidur dalam mengintai setiap pergerakan individu yang menjadi tali barut penyalahgunaan dadah itu.
Pihak berkuasa terbabit (PDRM) sentiasa siap sedia, baik siang ataupun malam.
Dengan misi mereka mahu memastikan negara bebas dadah serta masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana lebih harmoni dan sejahtera.
Kepada rakyat Malaysia, katakan tidak kepada dadah.
Sama-sama kita berganding bahu memerangi penularan najis yang boleh memusnahkan hidup anak bangsa kita.
9