Page 11 - Suara Sarawak A
P. 11
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
Jenayah
11
SIBU: Polis di Sibu mengeluarkan sebanyak 27 kompaun yang berjumlah keseluruhan RM91,500 atas pelbagai kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa I pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sibu
ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kompaun itu dikeluarkan semasa operasi pematuhan SOP bersepadu yang dilaksanakan di beberapa tempat.
Menurutnya, lima kompaun bernilai RM10,000 masing-masing dikeluarkan kepada tiga kilang di Jalan Ding Lik Kong dan Sungai Bidut di sini.
“Tiga kompaun dikeluarkan
ke kilang elektronik, papan lapis dan plastik kerana tidak mematuhi kehadiran pekerja yang dibenarkan dan dua kompaun dikeluarkan kerana tidak menyediakan kod MySejahtera atau buku log manual di tempat kerja dan kantin,” tegasnya.
Operasi bersepadu itu dijalankan oleh pihak polis bersama dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja.
Ujar beliau, anggota tersebut dibahagikan kepada dua pasukan iaitu sektor pembuatan dan kilang yang diketuai oleh Ketua
Kompaun RM91,500 angkara ingkar SOP
Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sibu, DSP Ariffin Bahar dan pasukan pemantau pematuhan SOP Am yang diketuai oleh ASP Kushairy Bujang.
“Pasukan pemantau pematuhan SOP Am mengeluarkan sebanyak 22 kompaun semasa pemeriksaan
mereka di kawasan bandar. “Enam kompaun bernilai
RM1,500 setiap satu dikeluarkan kepada enam individu dalam dua kereta kerana melanggar kapasiti penumpang yang dibenarkan tanpa alasan yang munasabah.
“Sebanyak 16 kompaun
dikeluarkan untuk kesalahan mengadakan aktiviti sosial
di sebuah premis tanpa mempratikkan penjarakan sosial dengan 15 individu masing-masing dikompaun RM1,500.
“Pemilik premis juga dikeluarkan kompaun RM10,000,” jelas Stanley.
SARIKEI: Kecekapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di dalam
bilik tidurnya di Jalan Bangunan Kerajaan di sini, pada Sabtu. Mangsa berusia sembilan
tahun dilaporkan tidak
mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pbt (PA) Akmarizal Ohsen bergegas
ke lokasi selepas menerima
panggilan kecemasan jam 7 pagi.
“Sebaik tibanya di lokasi, kami mendapati kanak-kanak itu terperangkap selepas pintu bilik tidur yang terkunci dan gagal dibuka.
“Kita mengambil masa kira- kira 10 minit untuk membuka
pintu terbabit sehingga berjaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Mirwan berkata, kejadian disedari oleh ibu kanak-kanak
itu selepas mendengar suara tangisan anaknya dari dalam bilik berkenaan.
Katanya, ibu kanak-kanak itu berusaha membuka pintu
terbabit namun gagal sebelum menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Selesai operasi jam 7.20 pagi, kita bertolak balik ke pejabat,” jelasnya.
Kanak-kanak terperangkap di dalam bilik tidur
REMAJA terbabit ketika ditahan polis dengan motosikalnya.
Remaja dicekup terlibat lumba haram
BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu merampas sejumlah balak yang disyaki ditebang secara haram dalam dua tangkapan di Jalan Pesisir Bintulu-Bakun, Jumaat lalu.
Tangkapan pertama di tepi jalan berhampiran bulatan Jalan Pesisir Bintulu-Bakun, sekitar jam 9 malam sebanyak 61 kayu balak pelbagai saiz dan jenis dirampas.
Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang juga merupakan pemandu lori treler balak terbabit.
Lanjutan daripada tangkapan itu, sebuah lagi lori treler ditahan dan diperiksa menemui 59 batang balak pelbagai jenis dan saiz.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Bintulu, Asisten Komisioner Ezuandi Bahadin berkata, serbuan dalam Op Landai itu dilakukan hasil risikan anggota Unit Rondaan Marin (URM) bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di Sarawak.
Beliau berkata, berdasarkan jenis serta saiz balak tersebut, nilai yang dirampas dalam tangkapan pertama dianggarkan berjumlah RM15,250 manakala dalam tangkapan kedua pula bernilai RM14,750.
“Pemeriksaan terhadap semua balak berkenaan mendapati ia menyalahi Ordinan Perhutanan
Sarawak 2015 kerana tidak memiliki cap rasmi Jabatan Hutan Sarawak dan dipercayai ditebang secara haram.
“Walaupun nilai rampasan tidak besar, PPM Wilayah 5 akan terus memperhebatkan operasi untuk membanteras kegiatan pembalakan haram dan berharap
orang ramai yang memiliki maklumat supaya menyalurkannya bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.
Ezuandi berkata, semua balak yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.
120 batang balak haram dirampas
SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dicekup polis setelah terlibat lumba haram di Permai Jaya pada petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sibu
ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, terdahulu peronda polis ternampak suspek bersama- sama dua penunggang motosikal lain sedang berlumba di sekitar kawasan perumahan di Permai Jaya sekitar jam 6.45 petang.
Menurutnya, setelah menyedari kehadiran polis ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri.
“Dua penunggang motosikal berjaya melarikan diri, tetapi kita dapat menangkap suspek berusia 17 tahun itu setelah berjaya dikejar.
“Setelah diperiksa, didapati motosikalnya banyak diubah suai,” katanya.
Antara kesalahan suspek ialah tidak memiliki lesen memandu dan insurans yang sah, tidak memakai topi keledar, motosikal tidak mempunyai cermin sisi, tidak mempunyai nombor pendaftaran dan juga menggunakan lampu silau yang tidak dibenarkan.
Stanley berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya.
“Polis juga menyita motosikal itu di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sebagai bukti,” tambahnya.
PENGUAT kuasa memeriksa balak yang dipercayai menyalahi Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 dalam Ops Landai di Jalan Pesisir Bintulu-Bakun.
11