Page 13 - Suara Sarawak A
P. 13

ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H | NURHAUNI LEE ABDULLAH
Kesejahteraan raKyat
13
Inilah masa
balas jasa
pelanggan
| BARINA NANI
suarasarawak.news@gmail.com
KOTA SAMARAHAN: Pasar raya digalakkan untuk bersama-sama dalam memberi bantuan kepada komuniti yang memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pengerusi Program Pantri Komuniti, Datuk Sim Kiang Chiok berkata, usaha yang dilakukan oleh 10 pasar raya
di Kota Samarahan dalam program Pantri Komuniti dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS)
dapat membantu meringankan bebanan komuniti yang amat memerlukan.
“Sumbangan dari pasar raya ini memberi banyak kebaikan dalam membantu komuniti yang memerlukan.
“Ini kerana komuniti merupakan pelanggan mereka, tetapi kini mereka dalam keadaan yang amat susah sehingga tidak dapat membeli dari pasar raya itu susulan situasi PKP.
“Maka kita perlu tolong mereka. Selepas keadaan pulih, mereka akan membeli dan ini ialah situasi menang-menang antara kedua-dua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan Pantri Komuniti di pasar raya LePapa di sini, semalam.
Kiang Chiok yang juga Ahli MPKS berkata, pelbagai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak untuk meringankan beban rakyat.
Bagaimanapun katanya, terdapat sebahagian komuniti yang masih memerlukan bantuan khususnya mereka yang tiada pendapatan atau kehilangan pekerjaan.
Individu yang memerlukan di Kota Samarahan boleh mendapatkan bantuan Pantri Komuniti bermula 4 hingga 12 Julai ini pada jam 3 petang dan setiap pasar raya mengagihkan minimum 30 bungkus bantuan pada setiap hari.
suarasarawak.news@gmail.com
SIBU: Penubuhan Program Almari Sedekah di masjid dan surau di sini untuk golongan yang susah serta memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Dr Annuar Rapaee berkata, program tersebut bermula pada Sabtu dan beliau memohon semua ranting PBB di bawah Dun Nangka untuk tampil menyertai Almari Sedekah ini.
Mereka boleh menderma barang keperluan asas seperti beras, makanan kering, gula, kopi, teh, mi segera, minyak dan sebagainya.
Jelasnya, satu sudut di setiap masjid dan surau yang terlibat akan digunakan untuk meletakkan hasil sedekah tersebut.
“Bantuan dari Almari Sedekah ini untuk orang susah. Tujuan penubuhannya untuk memberi peluang kepada yang berkemampuan menderma.
“Hasil sumbangan mereka diletakkan di masjid atau surau supaya golongan memerlukan ini dapat menghubungi masjid dan surau bagi mendapatkan bantuan yang dihulurkan itu.
“Kami akan memastikan almari ini terus menerima bantuan daripada golongan berkemampuan agar bekalan bantuannya tidak terputus,” jelas Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu.
Beliau berkata, sebanyak dua masjid dan lima surau terlibat
Derma barang keperluan asas
DR Annuar ketika meninjau Program Almari Sedekah di salah sebuah surau yang terlibat.
dalam program Almari Sedekah
ini.
Masjid dan surau yang
terlibat ialah Masjid Darul Halim di Kampung Bahagia Jaya, Teku diikuti Masjid Babussalam (Kampung Jeriah Batu 7, Jalan Oya), Surau Darul Ma’wa (Kampung Baharu),
Surau Darul Ehsan (Kampung Hilir), Surau Darul Islam (Kampung Bandong), Surau Darul Hijrah (Kampung Hijrah Batu 6 1/2 Jalan Oya) dan Surau Darul Edruce (Kampung Seduan Jaya Batu 6 1/2 Jalan Oya).
Rentetan itu, beliau
menggesa mereka yang terputus bekalan makanan supaya menghubungi masjid dan surau tersebut.
Adun Nangka itu menjelaskan bahawa akan lebih banyak lagi masjid dan surau terlibat dalam Program Almari Sedekah ini tidak lama lagi.
1,000 komuniti dapat manfaat
ANGGOTA bomba memotong cincin yang terlekat di jari mangsa. Sembilan minit potong cincin
KOTA SAMARAHAN: Pantri Komuniti anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama 10 pasar raya di kawasan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 1,000 komuniti yang memerlukan di Kota Samarahan.
Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, MPKS berasa prihatin dan mengambil serius dengan situasi yang dialami oleh penduduk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Justeru, MPKS bersama pasar raya seperti LePaPa memberi sedikit bantuan
yang kami mampu kepada komuniti di sekitar Samarahan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Pantri Komuniti di pasar raya LePaPa di sini, semalam.
Minos menambah, setakat
ini sebanyak 10 pasar raya di sekitar kawasan Kota Samarahan terlibat dalam program komuniti
itu yang berlangsung bermula 4 hingga 12 Julai ini, pada jam 3 petang.
Ini termasuk H&L, Aiman Mall, LePaPa Market, Farley Supermarket, Sen Sen Department Store, Emart Summer Mall, CS Mini Market, Unaco Kota Samarahan, Ellie Supermarket dan tambahan kepada Choice Bazaar Supermarket.
Agihan bantuan itu semalam dimulakan dengan 120 bungkus bantuan di H&L jam 11 pagi dan 100 bungkus bantuan di Le Papa jam 3 petang.
“Kita amat gembira kerana dapat membantu golongan yang memerlukan ini, malah kebanyakan daripada benar- benar memerlukan bantuan sehingga tiada makanan untuk dihidangkan kepada keluarga.
Bermula 4 Julai, bantuan Program Pantri Komuniti diagihkan di H&L, Aiman Mall, LePaPa Market, Farley
BINTULU: Seorang wanita berusia 50-an terpaksa menahan kesakitan apabila sebentuk cincin tersekat di jari kirinya menyebabkan bengkak.
Tidak dapat bertahan, dia akhirnya meminta bantuan anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu untuk mendapatkan bantuan memotong cincin di jarinya.
Menurut Ketua JBPM Zon 5 Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad, anggotanya mengambil masa sembilan minit untuk mengeluarkan cincin di jari mangsa.
“Anggotanya menjalankan khidmat khas memotong cincin
di jari mangsa dengan peralatan pemotong besi berikutan keadaan jarinya yang bengkak,” ujarnya.
Supermarket, Sen Sen Department Store, Emart Summer Mall dan 5 Julai di CS Mini Market.
Sementara itu, Ellie Supermarket mula memberi agihan bantuan program Pantri Komuniti bermula 4 hingga 6 Julai.
13


































































































   11   12   13   14   15