Page 15 - Suara Sarawak A
P. 15
Covid-19
Kes di Sibu turun drastik
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
15
| NURHAUNI LEE ABDULLAH
suarasarawak.news@gmail.com
SIBU: Penurunan kes
positif Covid-19 di daerah ini membolehkan Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee sedikit lega.
Ketika strim langsung kemas kini kes harian Covid-19 Daerah Sibu, Dr Annuar berkata, Daerah Sibu mencatatkan penurunan kes yang amat ketara dalam tempoh tiga bulan iaitu pada 3 Julai, hanya merekodkan 33 kes.
Menurutnya, kes terkumpul dalam tiga bulan ini ialah sebanyak 384 ke, berbanding 700 hingga 800 kes dalam tempoh yang sama.
"Sabtu lalu merupakan hari terakhir untuk minggu ke-26 iaitu minggu ini merupakan kes paling rendah direkodkan sejak pandemik menular di sini.
"Dengan penurunan yang amat ketara ini, saya dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr
Teh Jo Hun dapat menarik nafas sedikit mengenai perkembangan kes pada minggu ini," jelas Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.
Dr Annuar menjelaskan, faktor penurunan kes positif Covid-19
di Sibu disebabkan ramai yang sudah divaksin.
DR Annuar ketika menunjukkan graf dan carta penurunan kes positif Covid-19 bagi Daerah Sibu ketika strim langsungnya.
sebanyak 157,585 atau 67.8 peratus.
Menurut beliau, Bahagian Sibu merangkumi penduduk dari Daerah Selangau, Kanowit dan Sibu.
Bagi data program vaksinasi melibatkan Daerah Sibu sahaja, beliau berkata, jumlah yang sudah mendapat vaksin, sama ada dos pertama atau kedua ialah seramai 136,980 orang atau 70.4 peratus dari 194,452 jumlah keseluruhan penduduk.
"Jumlah yang mendaftar dalam PICK di Sibu ialah sebanyak 135,550 orang atau 69.7 peratus," jelasnya.
Dr Annuar berkata, jumlah yang sudah divaksinkan lebih ramai dari yang mendaftar dan ini bermaksud Program Jangkauan ialah pendekatan terbaik.
Beliau menambah, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bertempat di Dewan Persatuan Foochow Sibu, Jalan Salim akan mulai dibuka selama tiga hari pada 12 hingga 14 Julai ini.
PPV Bergerak itu khusus kepada penduduk di Kampung Sentosa dan sekitarnya iaitu 3,000 penduduk sudah mendaftar.
"Kita menjangkakan proses pemvaksinan penduduk di Bahagian Sibu dapat diselesaikan pada penghujung Ogos ini," kata Dr Annuar.
Vaksin pandu lalu
Santuni, bantu keluarga daif
Selain itu, ujarnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini turut menjurus kepada sumbangan kes yang menurun itu.
"Satu lagi faktor penyumbang ialah individu yang sudah divaksin patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).
"Kita berharap momentum ini
dikekalkan dan lebih ramai lagi yang akan divaksin, seterusnya imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin," ujar Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu.
Menyentuh mengenai data program vaksinasi di Bahagian Sibu, Dr Annuar menjelaskan, setakat 3 Julai jumlah yang sudah
mendapatkan vaksin sama ada dos pertama atau kedua ialah seramai 173,952 orang atau 74.8 peratus dari 232,528 jumlah keseluruhan penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Adun Nangka itu memberitahu, jumlah yang mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini
LUNDU: Dewan Mahligai Gading Lundu kini digunakan sebagai
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu bagi kemudahan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) menerima suntikan vaksin Covid-19.
Adun Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah
Anu berkata, ia untuk memudahkan penduduk sekitar kawasan Lundu, Sematan dan berdekatan mendapatkan vaksinasi.
“Seramai 430 orang menerima vaksinasi hari ini dengan 400 daripadanya menerima dos pertama, manakala 30 orang mendapatkan dos kedua.
“Sementara di PPV Sematan, sebanyak 280 penduduk dari Telok Serabang dan Telok Melano menerima dos
kedua,” katanya ketika tinjauan ke PPV Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu.
Jamilah turut menyumbang dua buah kerusi roda dan 100 kotak air minuman kepada penerima vaksin termasuk makanan untuk petugas di PPV tersebut.
Manakala Pengarah Hospital Lundu, Dr Chin Shi How berkata, proses pemberian vaksinasi di pusat berkenaan berjalan lancar.
"Kita berharap proses pemberian dos kedua vaksin nanti turut berjalan lancar agar semua penduduk di kawasan itu mendapat vaksin pada hujung bulan ini," katanya.
Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani.
BALINGIAN: Adun Balingian turun padang melawat Kampung Mateding Kecil, Mukah di sini untuk menyantuni sebuah keluarga besar yang memerlukan bantuan semalam.
Setibanya di tapak rumah kediaman keluarga tersebut, Abdul Yakub Arbi bertemu dengan Aminah Ali bersama- sama 15 ahli keluarganya termasuk enam kanak-kanak
yang tinggal di pondok kecil, tiada bekalan air dan elektrik. Keluarga tersebut telah
mendapat perhatian wakil rakyat ini yang seterusnya menyampaikan sumbangan tunai, makanan, dan keperluan kanak-kanak demi untuk meringankan beban mereka.
Turut hadir ialah beberapa pegawai dari Pejabat Daerah Mukah.
Abdul Yakub memberitahu, beliau cadangkan pembinaan sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk keluarga ini.
"Semoga permohonan tersebut diluluskan dan rumah tersebut dibina untuk keluarga besar ini," katanya sambil memberitahu cadangan itu akan diperhalusi oleh Pejabat Daerah Mukah.
RUMAH kediaman Aminah Ali bersama-sama keluarga besarnya di Kampung Mateding Kecil, Mukah.
15