Page 14 - Suara Sarawak A
P. 14
14
Covid-19
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
Sambutan positif penduduk
LEN Talif meluangkan masa bersama dengan penerima vaksin di Kampung Selalang.
| AINI SELIKANG
laiquangsok@suarasarawak.my
SARIKEI: Seramai 600 penduduk menerima suntikan vaksin dos kedua dalam Program Vaksinasi Kebangsaan di Dewan Masyarakat Kampung Selalang di sini, semalam.
Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, kesemua penerima mendapat suntikan dos pertama pada 12 Jun lalu.
Sambutan positif itu katanya, memberi bayangan kebarangkalian besar Sarikei mampu mencapai sasaran imuniti berkelompok tidak lama
lagi.
"Saya sempat melakukan
tinjauan dan meluangkan masa bersama dengan penerima vaksin di Kampung Selalang semalam. Berdasarkan pemerhatian, penduduk memberikan kerjasama baik.
"Malah, program yang dikendalikan petugas kesihatan, Pejabat Daerah, Polis dan JKKK setempat ini berjalan lancar," katanya kepada media.
Selain penduduk Selalang, program turut disertai warga rumah panjang di Kerapa dan Kerubong.
Len Talif yang juga Adun Kuala Rajang berharap, penduduk yang belum berdaftar sebagai penerima
vaksin agar segera berbuat demikian bagi mengelak keciciran.
"Baru-baru ini, kita mengadakan program vaksinasi di Muara Payang, Bukit Kinyau dan Belawai. Program itu akan diteruskan hingga ke Stalun," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan mesin pemantau vitor bagi kegunaan petugas barisan hadapan di PPV tersebut.
Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sarikei, Abang Mohd Porkan Abang Budiman, Pegawai Daerah Sarikei Christopher Ranggau Unting dan Penghulu Amir Amzah Kupon.
365 kes baharu di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 365 kes baharu positif Covid-19 dengan satu kematian, semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), susulan penambahan kes positif tersebut ia menjadikan jumlahnya meningkat kepada 66,561.
“Setakat hari ini, Daerah Kuching merekodkan jumlah
kes tertinggi iaitu 63 kes diikuti Sibu (54), Tatau (42), Saratok (31), Meradong (28), Telang Usan (24), Kanowit (19), Miri (18), Bintulu (14), Serian (10), Kapit (8), Sri Aman
(7), Bau (7), Samarahan (7), “Manakala, Mukah (6), Subis
(5), Betong (4), Pakan (3), Julau (2), Sarikei (2), Simunjan (2), Kabong (1), Tanjung Manis (1), Marudi (1), Tebedu (1), Bukit Mabong (1), Selangau (1), Lundu (1) Sebauh (1) dan Song (1),” kata JPBN menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, JPBN memaklumkan satu kes kematian baharu yang direkodkan hari
ini adalah di Hospital Sibu dan melibatkan seorang wanita tempatan berusia 59 tahun.
Divaksin secepat mungkin
KUCHING: Seramai 107 penghuni flat KMC yang terdiri daripada warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, satu perkhidmatan bas disediakan untuk 11 penghuni Flat KMC yang tidak mempunyai pengangkutan untuk menghadiri temu janji mereka di Klinik Kesihatan Tanah Puteh.
"Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mahu majoriti penduduk di bawah kawasan seliaannya untuk di aksin, bukan sahaja bagi mereka yang menetap kawasan perumahan.
“Kami mahu memastikan sesiapa yang tidak mempunyai kenderaaan akan diberi perkhidmatan pengangkutan percuma.
"Justeru, kami mengundang
mereka yang mungkin berhadapan masalah sedemikian untuk memaklumkan kepada kami dan agar tindakan susulan dapat dilakukan," katanya di perhentian bas di Flat KMC di sini.
Hong Seng memberitahu, terdapat penghuni yang lain dibawa oleh anak-anak mereka untuk menghadiri janji temu.
Beliau dalam masa yang sama berharap kesemua penghuni flat KMC divaksin secepat mungkin.
"Saya rasa ini ialah sesuatu yang kami inginkan dalam masyarakat kita, generasi muda mengambil berat dan menjaga ibu bapa mereka.
"Saya rasa kebanyakan yang berumur 40 tahun ke bawah masih belum diberi vaksin, tetapi saya yakin giliran mereka akan tiba nanti,” katanya.
14
FRANCIS Harden menyerahkan bantuan bakul makanan kepada wakil penduduk rumah panjang di Sri Aman.
Enam rumah panjang terima bakul makanan
SRI AMAN: Sebanyak enam buah rumah panjang yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima bantuan bakul makanan.
Menurut Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, ia bertujuan meringankan beban sejumlah 114 pintu rumah panjang yang terlibat.
“Pengagihan kali ini melibatkan rumah panjang Nanga San (29 pintu), Beleti (14 pintu), San Demam A (22 pintu), San Demam (11 pintu), Siga (26 pintu) dan
Tekalong (12 pintu).
“Ia merupakan inisiatif Pusat
Khidmat Dun Simanggang dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Wanita SUPP Cawangan Simanggang,” katanya.
Tambah Adun Simanggang itu, penyaluran bantuan
bakul makanan merupakan tanggungjawab badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan dalam menyediakan sumbangan.
“Pada dasarnya, jika sesebuah tempat dikenakan PKPD, penyediaan bantuan makanan
akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” jelasnya.
Harden turut menjelaskan pengagihan tersebut sudah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
Sri Aman dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).
Terdahulu SUPP Simanggang turut menyalurkan bantuan kepada Rumah Rebi, Rumah Stumbin
dan Rumah Mara Gran untuk meringankan beban penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD.