Page 12 - Suara Sarawak A
P. 12

12
KebajiKan
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
Pasar raya sertai
KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bekerjasama dengan 10 pasar raya di kawasan ini untuk menjayakan program Pantri Komuniti bagi membantu masyarakat yang memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.
Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, usaha ini dilakukan kerana mereka memahami kepayahan masyarakat dalam tempoh tersebut dan ingin membantu golongan yang memerlukan.
“Kita sendiri melihat ramai orang yang datang ke Aiman Mall untuk mendapatkan bantuan di bawah program Pantri Komuniti.
“Justeru, saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pasar raya berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan di H&L Supermarket Aiman Mall.
Tambahnya, apabila memikirkan cabaran dan kepayahan yang dihadapi masyarakat ketika ini mereka
tidak mahu kejadian sehingga membunuh diri seperti yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia berlaku di Sarawak.
“Dengan memberikan sumbangan, sekurang- kurangnya kita dapat membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan.
“Oleh itu, saya juga ingin menggesa agar semua pasar raya di Sarawak bersama-sama melakukan usaha seperti ini,” ujarnya.
Beliau memaklumkan, setiap pasar raya menyumbangkan 30 bungkus minimum setiap hari, tetapi pagi semalam
H&L Supermarket Aiman Mall menyumbangkan sebanyak 120 bungkusan keperluan asas.
“Kita cuma menetapkan jumlah minimum 30 bungkus sumbangan tetapi jika ada pasar raya yang ingin memberikan lebih itu terpulang kepada mereka.
“Kami juga tidak mempunyai jumlah sasaran penerima tetapi saya yakin dalam tempoh yang ditetapkan ini ia melebihi 1,000 orang,” jelasnya.
Minos juga memaklumkan idea untuk menubuhkan Pantri Komuniti ini daripada Ahli Majlis MPKS Datuk Sim Kiang Chiok yang juga merupakan Pengerusi Pengelola Pantri Komuniti.
“Selepas mengadakan perbincangan tentang idea ini
Pantri Komuniti
PETER
Minos dan Kiang Chiok menyerah- kan sum- bangan dari- pada H&L Supermarket Aiman Mall semalam.
kami seterusnya menghubungi pihak pasar raya dan mereka bersetuju melaksanakannya.
“Program seperti ini mungkin bukan yang pertama di Malaysia tetapi saya berasa di Sarawak kita yang baharu memulakannya,” kata
beliau lagi.
Pasar raya di Kota Samarahan
yang terlibat dalam program tersebut mulai 4 hingga 12 Julai ialah LePaPa Market, Farley Supermarket, Sen Sen Department Store, H&L
Supermarket, Aiman Mall, Emart Summer Mall manakala CS Mini Market (mula 5 Julai) dan Elli Supermarket (4 hingga 6 Julai sahaja).
Selain itu, setiap pasar
raya juga menyumbangkan minimum 30 bungkus bantuan setiap hari hari dan individu yang memerlukan boleh mendapatkannya jam 3 petang hingga 12 Julai.
“Saya tahu tentang bantuan ini daripada pesanan ringkas yang dikongsikan oleh orang awam. Terima kasih kepada pihak yang membantu menyumbang keperluan asas sebegini kepada kami. Saya mempunyai dua orang anak dan dengan bantuan ini juga dapat membantunya meringankan beban kami.”
Syukurlah,
ringankan beban kami
KAMIL MUD
“Saya mempunyai dua anak yang masih kecil, suami bekerja sebagai buruh kasar, kadang- kadang ada pekerjaan kadangkala tidak ada. Bantuan ini dapat membantu kami untuk menyediakan makanan kepada anak-anak.”
“Bantuan ini, sedikit sebanyak akan meringankan beban. Saya bekerja sebagai buruh kasar, sepanjang PKP saya tiada pekerjaan. Makanan ini memadai untuk dua anak saya yang masih kecil walaupun tidak banyak.”
ANA DAMHURI
SHAHNON MOHAMAD
“Saya mengetahui tentang bantuan ini melalui saudara, dia membuat perkongsian tentang bantuan ini. Jadi saya datang untuk mendapatkan bantuan makanan sebab amat memerlukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat, ia sangat membantu meringankan beban kami yang mempunyai lebih daripada 10 orang termasuk cucu.”
12
CHUNDAI AGOK


































































































   10   11   12   13   14