Page 10 - Suara Sarawak A
P. 10
10
TempaTan
ISNIN | 5 Julai 2021 | 24 Zulkaedah 1442H
Bukan penduduk asal Petra Jaya
PENGHUNI bangunan terbiar di Batu 9, Jalan Matang tetap menerima bantuan daripada Pusat Khidmat Petra Jaya.
kedai kopi dan menganggur bukan penduduk asal kawasannya.
“Walaupun kesemua penghuni tersebut orang luar, Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Pusat Khidmat Petra Jaya sudah beberapa kali menghantar bantuan makanan asas.
“Ia termasuk beras, gula, mi segera, bihun, telur, air sirap dan tepung untuk kesemua penghuni atas dasar perikemanusiaan,” ujarnya.
Fadillah menyifatkan tuduhan palsu individu berkenaan amat keterlaluan, berupa fitnah dan tidak bertanggungjawab.
“Sebagai Ahli Parlimen kawasan ini bersama-sama
tiga rakan saya sebagai Adun, termasuk Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan penduduk.
“Biarpun ramai juga penduduk di sini bukan asal Petra Jaya serta bukan pengundi, namun saya tidak melihat perkara itu sebagai alasan untuk kita tidak membantu mereka yang memerlukan bantuan.
“Jika adapun, perkara itu mungkin kami terlepas pandang. Namun setelah mendapat tahu mengenainya, kami sedaya upaya
menanganinya sebaik mungkin,” jelasnya.
Fadillah dalam pada itu berterima kasih kepada
semua pihak yang membantu menyalurkan maklumat termasuk daripada pembangkang.
“Saya ingin mengajak semua pihak bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dan tidak menjadikan sesuatu isu
itu sebagai senjata politik untuk kepentingan diri,” tambahnya.
Terdahulu pada 2 Julai, Suara Sarawak menyiarkan artikel mengenai kesukaran hidup penduduk di bangunan terbiar yang tidak siap yang dijadikan tempat tinggal pekerja oleh majikan mereka yang merupakan pemilik bangunan itu.
Kesemua mereka memang bukan berasal dari Parlimen Petra Jaya dan merupakan pekerja makan gaji hari serta terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun menurut penghuni tersebut, mereka ada menerima bantuan kerajaan seperti bakul makanan BKSS, Tabung Baitulmal Sarawak dan sebagainya walaupun bukan penduduk asal kawasan tersebut.
KUCHING: Kesemua penghuni bangunan terbiar di Batu 9, Jalan Matang bukan penduduk asal kawasan Petra Jaya, tegas Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu, sejumlah 15 keluarga keluarga yang menetap di bangunan kedai dua tingkat tersebut ialah orang luar.
“Hasil siasatan mendapati lima
keluarga berasal dari Lubok
Antu, tiga dari Lundu, tiga dari Sri Aman dan masing-masing seorang dari Kapit, Betong serta Bintawa Ulu.
“Manakala seorang penghuni berasal dari Sabah berusia 33 tahun dan isterinya dari Bandung, Indonesia dikenal pasti sebagai pendatang asing tanpa izin (Pati),” kata Fadillah dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata demikian menjelas mengenai hantaran di Twitter oleh @apanakdikato pada 3 Julai lalu yang mendakwa penghuni bangunan tersebut berasal dari Parlimen Petra Jaya.
Menurut Fadillah, pegawai Pusat Khidmat Petra Jaya
segera turun padang menyiasat lanjut dakwaan berkenaan dan mendapati penghuni yang bekerja sebagai buruh kasar, kedai makan,
Ugut guna senapang angin di tempat awam
Bahan belajar untuk anak pedalaman
KUCHING: Pandemik
Covid-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) tidak melunturkan semangat penduduk Ulu Katibas, Song memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, masyarakat di kawasan tersebut begitu bersemangat menunggu ketibaan bantuan bahan pembelajaran yang disampaikan.
“Setiausaha Politik, Lidam Assan telah mewakili saya menyantuni penduduk dengan membawa beberapa orang guru dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Song
bagi menyampaikan bahan pembelajaran Pendidikan dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR).
“Ia termasuk bahan audio khas pembelajaran kepada anak-anak di lebih 20 rumah panjang di Ulu Katibas.
“Program ini dilaksanakan sehingga malam bagi
memastikan tiada yang tertinggal,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Kapit itu, beliau amat tersentuh melihat kesungguhan pasukannya serta penduduk dan pelajar menanti dengan sabar kedatangan bantuan sekali gus memberikan maklumat peribadi untuk mendapatkan suntikan
vaksin.
“Dimaklumkan, setakat
ini seramai 9,209 penduduk di Daerah Song meneriman suntikan vaksin Covid-19 dengan 6,650 daripadanya dos pertama, manakala 2,559 sudah menerima vaksinasi,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau sentiasa bersemangat mengharungi segala cabaran untuk menyantuni penduduk Kapit terutama di kawasan terpencil.
“Bukan mudah, sesetengah kawasan ini memerlukan perjalanan lima hingga tujuh jam untuk sampai dengan menaiki bot dan merentas jeram yang deras dan bahaya.
“Tetapi itulah yang kami lakukan demi tanggungjawab yang diamanahkan, senyuman yang terpalit di wajah penduduk membuatkan saya melupakan segala kesukaran dan kesulitan perjalanan,” tambahnya.
Kekangan seperti logistik dan jarak kawasan yang berada jauh, tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berbakti kepada penduduk yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.
“Justeru, meskipun tidak dapat pulang ke kawasan disebabkan PKP, namun setiap hari saya sentiasa berhubung dengan Lidam yang membantu saya dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk di Kapit dan daerah sekitarnya.
“Selain dari bantuan makanan dan kewangan, Lidam juga mewakili saya untuk turun ke kawasan hulu bagi memastikan program vaksinasi yang dijalankan dapat diberikan kepada rakyat secara menyeluruh,” katanya.
KUCHING: Polis kini dalam usaha mengesan dua lelaki dipercayai membuat ugutan dengan membawa senapang angin di tempat awam dalam sebuah video tular, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, rakaman tersebut didakwa berlaku di Kampung Tabuan Dayak memaparkan kedua-dua suspek dilihat mengacukan objek dipercayai senjata ke arah mangsa.
“Siasatan segera dijalankan
di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kes juga disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960
kerana membawa senjata di tempat awam.
Pihaknya juga sedang mengesan mangsa bagi membantu siasatan lanjut berhubung video tular tersebut.
Setakat ini katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti.
Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerag Kuching DSP Mohd Hafizi Ishak atau Inspektor Yew Yuan Sheng di talian 016-9099972.
Selain itu saksi kejadian turut dimohon untuk tampil ke mana- mana balai polis yang berdekatan atau pun memghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082- 244444 untuk maklumat lanjut.
10
RAKAMAN video dua orang lelaki terbabit sedang mengacukan objek diper- cayai senjata ke arah mangsa.