Page 15 - Suara Sarawak A
P. 15
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Kesejahteraan raKyat
15
Fokus zon merah
| NURHAUNI LEE ABDULLAH
suarasarawak.news@gmail.com
SIBU: Kapasiti pemberian vaksin
di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak melalui perkhidmatan bas dipertingkat semalam.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Senator Robert Lau Hui Yew berkata, seramai 200 orang penduduk dari kawasan zon
tujuh Tiong Hua divaksinkan pada program yang diadakan di belakang bangunan Pusat Perubatan Rejang (RMC).
"Daripada penerima vaksin, 150 orang didaftarkan oleh Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu dan pasukan pada Sabtu di sepanjang Jalan Hardin dan sebahagian Jalan Tiong Hua serta Jalan Foochow.
"Yang menggembirakan, kebanyakan daripada 150 orang hadir untuk menerima vaksin,"
jelasnya ketika dihubungi semalam. Program pertama vaksinasi
menggunakan perkhidmatan bas ini bermula sejak Jumaat lalu dan i terhad kepada 50 orang yang didaftarkan menggunakan sistem kupon.
Pada Sabtu, ia turut memberikan 50 dos vaksin, manakala pada Ahad kapasitinya dipertingkat memandangkan hasil pendaftaran secara pintu ke pintu yang dilaksanakan.
Lau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, pendaftaran telah bermula dari jam 2.30 hingga jam 6.30 petang.
Beliau yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan menjelaskan, peningkatan kapasiti dapat dilakukan pada Ahad kerana ia hujung minggu dan ramai tidak bekerja.
Jelas beliau, Isnin merupakan hari terakhir program dan selepas ini destinasi seterusnya di Jalan
Sukun/Mantis.
"Masa dan tarikh untuk destinasi
seterusnya akan dimaklumkan kelak. Fokus khidmat pemvaksinan menggunakan bas buat masa ini kawasan zon merah," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan masih terdapat ramai penduduk di kawasan zon tersebut masih belum menerima vaksin Covid-19.
Jelasnya, penduduk berkenaan berhijrah dari kawasan luar bandar dan tinggal di tempat kediaman yang sesak atau berkongsi dengan keluarga yang menyewa di sesebuah rumah.
"Mereka juga merupakan golongan dengan kadar jangkitan yang paling tinggi Covid-19 pada beberapa bulan yang lepas.
"Diharap lepas ini, semua penduduk di kawasan tersebut dapat divaksinkan menerusi beberapa pendekatan yang lain akan kita gunakan," jelasnya.
PROSES pemvaksinan dalam bas bergerak yang berlangsung pada Ahad.
Jimat belanja, lebih cepat
Derma darah mingguan diteruskan
KUCHING: Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa di seluruh Sarawak, Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) terus melaksanakan kempen derma darah secara mingguan.
Dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini, kempen derma darah dilaksanakan di Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak bermula 5 sehingga 11 Julai ini.
Pada 10 Julai, kempen yang dilaksanakan di Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak tersebut dianjurkan oleh Tay Motor manakala pada 11 Julai dianjurkan oleh Persekutuan Belia Cina (FCOY).
Tabung darah itu membuat pengumuman ini melalui laman Facebooknya Blood Bank Hospital Umum Sarawak, semalam.
Menurut kenyataan itu, aktiviti derma darah tetap diteruskan bagi menjamin bekalan darah berada di paras yang selamat.
Bagi individu yang menerima vaksin Covid-19 katanya, tempoh
penangguhan menderma darah ialah tujuh hari selepas mengambil vaksin bagi individu yang tidak mempunyai kesan sampingan.
“Manakala bagi individu yang menerima vaksin dan mempunyai kesan sampingan, mereka juga perlu menangguh sehingga tujuh hari dan tampil untuk menderma darah apabila sembuh sepenuhnya dari gejala,” katanya.
Ujarnya, individu yang ingin menderma darah perlu membuat persediaan iaitu makan dan minum air kosong terlebih dahulu dan bawa kad pengenalan bagi warganegara atau pasport untuk warga asing.
Manakala, kad atau buku derma darah
juga perlu dibawa dan individu yang ingin menderma perlu datang awal sebelum kaunter pendaftaran ditutup.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 010-8578909 (Borhan), 082-276797 (pejabat) atau email (protdhus@gmail. com).
| OSMAN RAZALI
osmanrazali@suarasarawak.my
BETONG: Perkhidmatan pemberian vaksin yang lebih dekat kepada penduduk jauh di pedalaman melalui inisiatif Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak berjaya menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih cepat dan berkesan.
Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong (JPBBB), Gerald Rentap Jabu memberitahu, ia juga amat memudahkan penduduk kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuk kos tambang.
Katanya lagi, bayangkan jika setiap orang perlu membayar RM50,
pastinya membebankan. "Justeru saya berterima
kasih kepada kerajaan kerana mempunyai inisiatif untuk membawa perkhidmatan ke tempat yang jauh melalui PPV Bergerak.
"Selain itu, ia berjaya menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih cepat
dan sehingga 1 Julai lalu, hampir
85 peratus penduduk yang layak divaksin di Daerah Betong menerima suntikan masing-masing," katanya.
Adun Layar itu berkata
demikian ketika ditanya tentang penambahbaikan PPV selepas meninjau proses di PPV Bergerak dekat Klinik Kesihatan Nanga Mujau, semalam.
Jelasnya, peratusan tersebut
melibatkan 32,097 daripada 37,812 orang.
"Sebanyak 7,645 individu lengkap dos kedua, sementara 24,452 orang lagi telah mengambil suntikan pertama.
"Bagi saya, angka tersebut satu pencapaian yang baik bukan sahaja disebabkan oleh pembukaan PPV statik, tetapi juga PPV bergerak misalnya ke Nanga Mujau, Nanga Tiga, Spaoh dan Debak," ujarnya.
Untuk Bahagian Betong pula menurut Rentap, sebanyak 68,395 daripada 91,776 orang divaksin sekurang-kurangnya dos pertama sehingga 1 Julai atau bersamaan hampir 75 peratus.
Ditanya adakah JPBBB sudah memikirkan untuk melaksanakan kaedah datang terus tanpa janji
temu, beliau berkata, pihaknya masih mendapatkan senarai penduduk yang belum divaksin menggunakan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) selain aplikasi MySejahtera.
"Jika di peringkat bahagian, kita masih ada 25 peratus yang belum menerima vaksin. Ini mungkin disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan.
"Saya berharap apabila tamat PKPD, penduduk di kawasan berkenaan diberikan vaksin dengan kadar segera," tambahnya.
Rentap optimis imuniti kelompok di Bahagian Betong akan dicapai dengan lebih cepat.
Sementara itu, pegawai bertanggungjawab di PPV Bergerak ke Klinik Kesihatan Nanga Mujau, Robert Ganya Browieng memaklumkan sebanyak 730 penduduk di sekitar Ulu Spak menerima vaksin selama empat hari program berlangsung.
GERALD Rentap berbual dengan penduduk yang hadir menerima vaksin di PPV Bergerak dekat Klinik Kesihatan Nanga Mujau, semalam.
15