Page 14 - Suara Sarawak A
P. 14
14
TempaTan
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Lori bawa rokok seludup RM163,000
PASUKAN operasi SFC berjaya menangkap Bujang Satok di Tebingan Kuching, semalam.
Bujang Satok
tumpas
MIRI: Sebuah lori disyaki membawa muatan rokok seludup bernilai RM163,000 dicekup berhampiran Jalan Caly Cina, Mosjaya, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Kenderaan dinaiki dua lelaki tempatan itu ditahan setelah hampir empat jam diekori oleh Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5).
Komander PPM W5 Sarawak Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, sejumlah 192,000 batang rokok kretek bersamaan 20 kotak ditemui di dalam lori tiga tan hasil pemeriksaan awal yang dilakukan.
"Lori tersebut membawa muatan rokok jenama Gudang Garam Surya dan tidak mempunyai tanda cukai.
"Pemandu juga gagal mengemukakan sebarang surat atau dokumen yang sah daripada kastam," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kesemua barangan kes termasuk lori dirampas manakala dua orang kena tuduh (OKT) ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Miri.
Dedahnya, hasil rampasan kes dianggarkan bernilai RM243,200 secara keseluruhan.
Kes seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
PASUKAN operasi menjumpai rokok kretek tanpa cukai di Miri.
Dorong pelajar untuk kreatif
KUCHING: Seekor buaya yang digelar sebagai Bujang Satok berjaya ditangkap di Tebingan Kuching di sini, semalam.
Penangkapan buaya itu dibuat oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) susulan laporan mengenai kehadiran reptilia itu di Tebingan Kuching.
"Buaya ini masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak lima hari lepas," kata SFC dalam kenyataan, semalam.
Menurut SFC, buaya berukuran kira-kira 11 kaki itu sudah dihantar ke Taman Buaya
Jong untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad
Aton bersama timbalannya, Abang Arabi Abang Aimran turut turun padang sebaik dimaklumkan mengenai penangkapan buaya itu.
Justeru, SFC berkata, orang ramai yang ingin membuat laporan mengenai kehadiran buaya atau hidupan liar lain boleh menghubungi talian Hotline SFC iaitu Kuching (019- 8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019- 8290994).
KUCHING: Pasukan akademik Steam (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dari Swinburne baru-baru ini mengadakan bengkel Steam selama dua bulan dengan 15 sekolah rendah di Daerah Serian.
Seramai 255 pelajar dan guru menyertai bengkel yang bermula pada April itu.
Program dimulakan dengan Bengkel Melatih Pelatih
untuk guru di SK St Dominic, Pichin bagi melatih mereka menjalankan aktiviti Steam di sekolah masing-masing.
Bengkel diadakan dengan objektif untuk mengembangkan kemahiran berfikir kritis pelajar dalam menerapkan pengetahuan Sains, teknik Matematik
dan bahasa Inggeris melalui pembelajaran berdasarkan aktiviti, selain meningkatkan minat pelajar dalam Steam.
Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang menarik seperti Floating Boat, Lose the Blues, Magnet Art, Story Envelope, dan Kahoot! Maths Whiz iaitu aktiviti mendorong mereka untuk kreatif dan bertukar idea sambil menyelesaikan masalah Steam.
Pasukan Swinburne juga mempamerkan kisah kejayaan alumni melalui persembahan
video untuk memberi inspirasi kepada para peserta.
Membawa cogan kata untuk merangkul ketahanan dan memupuk pelajar yang bersedia untuk masa depan, pasukan akademik Swinburne ini dipimpin oleh penyelaras program Shella Georgina Beatrice dan dibantu oleh pensyarah Dr Tan Vie Ming, Dr Yii Kwang Jing, Dr Irine Runnie Henry Ginjom, Dr Ling Chui Ching, Esther John Perry serta Ketua Pusat Pengajian Asasi, Su Sueh Ing.
Pasukan ini memulakan projek Steam untuk pelajar di sekolah luar bandar di Serian sebagai tindak balas kepada Pelan Strategik Swinburne 2025.
Aktiviti Steam disesuaikan untuk hanya memerlukan bahan pembelajaran yang mudah diakses dan berpatutan untuk pelajar.
Projek tersebut mencerminkan strategi Swinburne untuk merapatkan komuniti dan rakan industri dengan universiti.
Maklum balas positif daripada pelbagai pihak berkepentingan telah mendorong pasukan untuk menjangkau komuniti yang lebih luas di kawasan luar bandar.
Kerjasama penduduk amat memuaskan
BINTANGOR: Sebanyak 45 kompaun dikeluarkan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di daerah Meradong, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Supt Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 43 kompaun dikeluarkan oleh Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dan satu masing- masing Polis DiRaja Malaysia (PRDM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, sebahagian besar kesalahan tidak menggunakan pelitup muka di tempat awam, tidak mempunyai pengimbas
MySejahtera dan tidak mengemas kini buku pelanggan.
“Polis terus komited memastikan garisan panduan di daerah ini dipatuhi sepenuhnya.
"Justeru, kita tidak
akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang masih ingkar,” katanya selepas mengetuai Ops Patuh di sini, semalam.
Selain polis, operasi
itu turut disertai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), MDMJ dan KMM.
Operasi bersepadu itu dilakukan di beberapa kawasan tumpuan awam
termasuk pasar basah, premis makanan, pusat beli-belah termasuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR).
Sekam berkata, hasil pemantauan setakat ini, kerjasama penduduk Meradong dalam mematuhi garisan panduan memuaskan.
“Dalam operasi kali ini, tidak ada saman atau kompaun dikeluarkan.
“Ini menunjukkan tahap kesedaran bagi penduduk di Meradong amat memuaskan. Kita akan melakukan operasi ini secara berterusan.
“Selain meninjau kadar pematuhan SOP, kita juga memberikan nasihat kepada komuniti setempat,” ujarnya.
14