Page 12 - Suara Sarawak A
P. 12

12
Usahawan
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Peniaga perlu suntikan segera
| SITI NURAIN RATANI
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Individu yang terlibat dalam sektor perdagangan pengedaran dan peruncitan di sini, perlu menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan
kadar segera supaya rantaian pembekalan lebih terjamin.
Seperti sedia maklum, sektor peruncitan sebagai antara perkhidmatan perlu, beroperasi setiap hari sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia beroperasi demi memastikan orang ramai boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti biasa tanpa perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan.
Tinjauan Suara Sarawak di bandar ini mendapati rata-rata individu dalam sektor ini amat menantikan suntikan vaksin Covid-19.
Menurut seorang penyelia di sebuah pasar raya, Magerate, 38, beliau menyambut baik
akan usaha kerajaan untuk memberi suntikan vaksin bagi menyakinkan orang awam untuk berurusan di pasar raya.
“Oleh itu, saya berasakan pekerja pasar di sektor ini perlu didahulukan untuk mendapat suntikan supaya aktiviti perniagaan dapat dijalankan dalam keadaan lebih terjamin.
“Kami berhadapan dengan ramai pelanggan dari pagi hingga ke petang malah, kami juga berhadapan dengan pembekal dari luar.
“Kami harap vaksin ini memberikan keyakinan kepada orang awam untuk membeli barangan di pasar raya” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Jelas Margaret, setakat ini, pekerja yang belum menerima vaksin akan menghantar nama kepada pejabat untuk dimajukan kepada pihak berkaitana.
Sementara itu, bagi penghantar barangan pukal, Johari, 41, dia meluahkan rasa gembira kerana nasib pekerja yang terdedah dengan jangkitan Covid-19 mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengesa menyegerakan suntikan vaksin ini.
Jelasnya, suntikan vaksin yang bakal diterima nanti akan memberikan keyakinan buatnya dan individu lain untuk terus bekerja.
“Kami berurusan setiap hari di pasar raya dan kedai runcit. Malah kami berjumpa dengan orang ramai tanpa mengetahui latar belakang mereka. Ini menjadikan risiko jangkitan itu tinggi.
“Sebelum terima vaksin ini pun kami ambil langkah berhati-hati
dan sentiasa amalkan prosedur operasi standard (SOP), apabila menerima suntikan vaksin
ini, tahap keselamatan lebih terjamin,” katanya.
Johari berkata, program tersebut jika dilaksanakan akan membantu mempercepat mereka menerima suntikan vaksin
tanpa perlu menunggu giliran di MySejahtera.
Manakala bagi pengusaha perniagaan kedai runcit Rabaie Net, 59, dia setuju
dan menyambut baik usaha kerajaan dalam menyegerakan suntikan vaksin kepada sektor perdagangan dan peruncitan.
“Di kedai runcit saya ini, kami mempunyai 12 pekerja. Kami berhadapan dengan pelbagai pelanggan yang kita tidak tahu mereka datang dari mana.
“Dengan usaha kerajaan ini, ia serba sedikit dapat memberi kelegaan kepada orang ramai yang terlibat dengan sektor ini,” katanya.
Tambah Rabaie yang mengusahakan kedai runcit Ko-Enon Bhd, jika di rumah dan jarang keluar, ia tidak menjadi masalah untuk menunggu sedikit lama dalam mendapatkan vaksin.
Tetapi katanya, skop pekerjaan mereka berhadapan dengan pelanggan setiap hari dan atas sebab itu, mereka memerlukan vaksin dengan kadar segera.
“Sebelum ini, kami
memang mengamalkan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) kendiri dengan penjarakan sosial serta mencuci barang yang baharu datang seperti barang basah dan sebagainya.
“Namun, dengan
suntikan vaksin ini, kami sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega apabila berhadapan dengan pelanggan setiap hari.
“Malah selepas ini, kegusaran dan ketakutan kami akan berkurangan,” tambahnya.
Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa kerajaan menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada mereka
yang terlibat dalam sektor Perdagangan Pengedaran dan Peruncitan
bagi membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik di negara ini.
Menterinya, Datuk
Seri Alexander Nanta
Linggi berkata, ia
wajar kerana sektor
itu penting sebagai
penggerak ekonomi
dan perdagangan
domestik. MAGERATE
RABAIE NET
12
JOHARI mengangkat barang ke sebuah pasar raya.
KEDAI runcit yang diusahakan oleh Rabaie, Ko-Enon Bhd.


































































































   10   11   12   13   14