Page 10 - Suara Sarawak A
P. 10

10
Usahawan
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Jual burger
pilihan tepat
10
AMIR menunjukkan burger yang dijualnya.
MUKHRIZ MOHAMAD suarasarawak.
news@gmail.com
KUCHING: Berhenti kerja pada 2018 ternyata keputusan bijak diambil
Awang Amir Azizul Rahman Awang Ahmad
yang kini mengusahakan perniagaan burger.
Keputusan diambil untuk berhenti kerja
dua platform ini dan ia juga untuk memudahkan urusan perniagaan.
"Saya turut mengupah penghantar makanan bagi memenuhi permintaan pelanggan tetap yang tidak menggunakan Foodpanda dan GrabFood," ujarnya.
Bermula dengan harga RM2, Amir berkata, burger yang dijualnya menggunakan pelbagai variasi daging dan sajian ciri khas ialah Fabulous Mini Kids Burger.
Selain itu, Fabulous Burger juga menerima tempahan mengikut cita rasa pelanggan untuk majlis tertentu iaitu pelanggan harus membuat tempahan sekurang- kurangnya tiga hari sebelum.
"Saya juga menjual daging pilihan masa kini seperti wagyu yang sering mendapat pemintaan
tinggi daripada pelanggan," jelasnya.
Selain berniaga, dia
turut menjalankan program tanggungjawab sosial program (CSR) dan pertandingan untuk menghargai pelanggan.
"Kami telah menjalankan program singgah sahur bersama dengan Cats FM, program Bank Makanan dengan KPDNHEP dan Rumah Amal Nur Murni.
"Pada tahun 2019, kami berpeluang mengadakan Fabulous Usna Big Mouth Challenge sempena Festival Makanan Sarawak anjuran Fama di Tebingan Kuching dan Fabulous Monster Burger Challenge di Fabulous Stall Jalan Depo bagi meraikan dan menghargai pelanggan," kata Amir.
Demi kemudahan penduduk
MUKAH: Kerajaan akan meneruskan pembinaan jalan raya untuk menghubungkan penduduk Kampung Klid walaupun pelaksanaan projek berkenaan mengalami sedikit kelewatan.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, laluan sepanjang 11.5 kilometer itu bakal memberi impak besar kepada penduduk setempat apabila pembinaannya siap kelak.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua agensi termasuk kontraktor yang bertanggungjawab menyegerakan pelaksanaannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ditamatkan.
Kawasan itu sangat
memerlukan jalan raya untuk menghubungkan Narub, Klid dan SK Klid dengan pekan Dalat dan menyedari hal itu katanya, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM44.4 juta bagi pembinaannya.
“Projek ini akan memberi kemudahan kepada penduduk selain daripada jalan sungai yang ada sekarang. Sudah pasti, ia juga akan dinikmati oleh warga sekolah yang sekarang ini menunjukkan prestasi akademik yang cukup memberangsangkan.
“Yang kita risau ialah projek ini memang ada kelewatan sebanyak 20 peratus berikutan faktor PKP.
“Jadi, saya amat berharap agensi pelaksana dan kontraktor
yang mendapat tender akan mengejar jadual siap projek selepas PKP nanti,” katanya selepas melakukan tinjauan program vaksinasi bergerak di Kampung Narub dan Klid, semalam.
Beliau yang juga Adun Dalat berkata, pelaksanan projek itu membuktikan Kerajaan GPS sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan penduduk pedalaman dan
luar bandar tidak ketinggalan mengecapi pembangunan. Selain pembinaan jalan
raya katanya, penduduk Klid
dan kawasan sekitarnya juga menikmati bekalan sumber air terawat melalui projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (Sawas) yang
siap pada tahun lalu.
“Bagi menjana ekonomi
penduduk, kita juga sedang mempergiatkan projek fertigasi dengan melibatkan beberapa tanaman seperti terung, labu dan cili.
“Saya berharap apabila jalan raya siap nanti, semua hasil tanaman
itu dapat dipasarkan dengan lebih
mudah dan pantas. Secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada penduduk dalam tempoh jangka panjang,” katanya.
FATIMAH ABDULLAH
GERAI burger Amir di Jalan Depo.
disebabkan oleh pulangan yang diterimanya ketika berniaga amat menggalakkan.
Sejak mengusahakan perniagaan burger dari tahun 2017, Amir tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memajukan perniagaan itu.
Menurutnya, dia bermula dengan perniagaan
secara dalam talian dan penghantaran selama dua
tahun.
"Disebabkan ada
permintaan yang
terlepas pandang, jadi saya memutuskan untuk membuka gerai di Jalan Depo.
"Alhamdulillah sejak membuka gerai, sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan dan saya boleh bertahan sehingga sekarang," katanya.
Bagi memenuhi trend terkini, dia turut menggunakan perkhidmatan Foodpanda dan GrabFood bagi memenuhi permintaan masyarakat.
"Ramai juga pelanggan yang mengesyorkan menggunakan
BURGER yang diusahakan Amir mendapat sambutan menggalakkan.


































































































   8   9   10   11   12