Page 9 - Suara Sarawak A
P. 9
laiquangsok@suarasarawak.my
SIS yang disiarkan akhbar nasional
itu, antara bentuk keganasan dialami adalah penderaan fizikal (37 peratus), penderaan psikologi (31 peratus), penderaan sosial (11 peratus), penyalahgunaan kewangan (16 peratus) dan keganasan seksual (lima peratus).
membunuh diri.
ANTARA perkara yang dibangkitkan ialah isu jurang gaji RM700 sebulan dan ketiadaan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran, kecuali atas tajaan sendiri.
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Masa depan B doktor kontrak
AnAlisis 9 Perbaiki kelemahan diri
ARU-BARU ini Gerakan Hartal Doktor Kontrak mengemukakan dua tuntutan terhadap kerajaan
untuk menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia serta meminta penjelasan terperinci kriteria pelantikan tetap.
Menurut Hartal Doktor, jika kerajaan gagal memenuhi tuntutan mereka, seluruh doktor kontrak terpaksa mengambil tindakan drastik dengan melakukan mogok pada 26 Julai ini.
Ini jelas sekali, ketiadaan doktor kontrak sudah pasti mencacatkan operasi seluruh hospital dan rakyat bakal menjadi mangsa terutama ketika penularan Covid-19 ini.
Antara perkara turut dibangkitkan adalah isu jurang gaji RM700 sebulan dan ketiadaan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran, kecuali atas tajaan sendiri, namun difahamkan itu hanya melibatkan disiplin perubatan tertentu sahaja.
Melihat hal itu, masa depan siswazah perubatan sebenarnya terumbang-ambing kerana mereka tidak dibenarkan kerja sebagai doktor mana-mana hospital selagi tiada lesen.
Untuk mendapatkan lesen, mereka perlu menjalani mana-mana hospital yang dipilih Lembaga Perubatan dalam tempoh maksimum sehingga tiga tahun.
Sebaik tamat latihan barulah siswazah ini dikenali sebagai house officers (HO) untuk mempraktikkan perubatan sebagai doktor atau Pegawai Perubatan Tetap (MO).
Namun disebabkan tiada pekerjaan tetap, difahamkan doktor kontrak tidak dibenarkan meneruskan pengajian sehingga peringkat sarjana dan ini menyekat peluang mereka untuk bergelar sebagai doktor pakar.
Isu doktor kontrak sebenarnya sudah lama berlaku sejak kaedah ini diperkenal sejak 2016 bagi mengatasi lambakan siswazah perubatan.
Namun disebabkan beberapa kali peralihan kerajaan, perbincangan berkenaan doktor kontrak tertangguh sehingga hari ini.
Dengan pandemik Covid-19 melanda, sektor perubatan terpaksa bekerja keras, mereka pasti sudah letih dan lelah untuk berhadapan situasi yang tiada penghujung.
Dengan keadaan tiada lantikan tetap dan kadar gaji yang kurang dipersetujui menjadikan doktor kontrak di negara ini menuntut kebajikan mereka.
Dr Yeoh Aun Yee antara doktor kontrak yang yang mengambil keputusan drastik untuk meletak jawatannya di sebuah hospital kerajaan.
Menurut hantaran beliau di Facebook, kos rawatan perubatan dan kemasukan ke hospital terlalu mahal dan akhirnya mengambil sebahagian besar daripada anggaran tahunan kerajaan.
pearl@suarasarawak.my
Penularan
pandemik Covid-19 di
samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) mengakibatkan ramai yang terkesan dan tertekan dari segi
fizikal dan emosi.
Ada yang terbeban kerana tidak
dapat melakukan aktiviti ekonomi, kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan dan terpaksa ‘berkurung’ dalam tempoh yang lama.
Norma baharu itu adalah sesuatu tidak pernah dialami sebelum wabak pembunuh ini melanda negara sekali gus mencipta pelbagai masalah sampingan dalam masyarakat.
Suami mengalami tekanan emosi atau mempunyai masalah kewangan kerana kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 juga mungkin menjadi salah satu daripada puncanya.
Bermula Mac 2020 menyaksikan kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak lapan peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pertubuhan Sister In Islam (SIS) dalam satu statistik melaporkan, bilangan kes keganasan rumah tangga mencatat angka 23 peratus pada 2020 berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan SIS yang disiarkan akhbar nasional itu, antara bentuk keganasan dialami adalah penderaan fizikal (37 peratus), penderaan psikologi (31 peratus), penderaan sosial (11 peratus), penyalahgunaan kewangan (16 peratus) dan keganasan seksual (lima peratus).
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial terutamanya dalam kalangan golongan wanita kerana kes keganasan rumah tangga melonjak naik sejurus PKP dilaksanakan dengan statistik ini direkodkan menerusi aduan Telenisa sama ada melalui panggilan telefon dan kiriman WhatsApp.
Sehubungan itu, keganasan rumah tangga pula bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan merangkumi fizikal dan gangguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan, pengabaian emosi dan kewangan.
Keganasan rumah tangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas pasangan itu berpisah atau bercerai. Kebanyakan mangsanya ialah wanita atau kanak- kanak.
Walau apa-apa pun puncanya, keganasan membabitkan rumah tangga perlu dipandang serius kerana implikasinya amat besar terutama terhadap individu, institusi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.
Mereka yang berdepan masalah itu bukan sahaja mengalami kemurungan tetapi juga sentiasa merasa cemas, bimbang dan ketakutan malah, lebih teruk mencederakan diri sendiri atau
Dengan campur tangan industri perubatan dan syarikat farmaseutikal, jutaan ringgit turut dihabiskan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Namun katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha untuk meningkatkan persekitaran hospital untuk memberikan perubatan terbaik kepada orang awam dengan hanya mengenakan bayaran minimum.
Bagaimanapun katanya, seorang doktor bukan hanya sekadar nama, tetapi mereka juga manusia biasa, individu normal yang akhirnya mati kerana sakit atau usia tua.
Walaupun beliau bersetuju profesion doktor adalah untuk membantu semua pesakit, namun ia sepatutnya tidak perlu sampai ke tahap yang ‘membahayakan.’
Beliau berkata tidak adil untuk mengurangkan dana kebajikan doktor kontrak hanya kerana melebihi anggaran peruntukan sektor kesihatan.
Menerusi laporan media nasional, lebih 23,000 pegawai perubatan yang tidak diserapkan dalam perkhidmatan perubatan sejak 2016.
Justeru diharap kerajaan akan mendengar suara barisan hadapan ini yang menuntut kebajikan lebih-lebih lagi mereka diperlukan dalam keadaan gawat kesihatan ini.
Jalan penyelesaian yang selari dengan kepentingan jangka masa panjang sektor perubatan negara amat diperlukan.
Selain pelbagai pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menanganinya, mangsa yang terlibat juga tidak harus berdiam diri sebaliknya sentiasa peka dengan perubahan pada sikap pasangan masing-masing.
Mangsa perlu mendapatkan bimbingan atau kaunseling. Usah takut atau malu. Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut mengingatkan mana- mana individu yang terkesan akibat masalah ini agar tampil ke depan untuk membuat laporan.
Melalui Talian Kasih bebas tol
15999 atau WhatsApp 019 261599
yang diwujudkan agensi itu, mana- mana individu boleh mengemukakan aduan. Justeru, amatlah malang jika plaform yang disediakan ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya.
Sedarilah bahawa keganasan rumah tangga bukanlah suatu hal peribadi yang perlu disembunyikan. Melaporkan tentang insiden keganasan rumah tangga tidak membawa maksud membuka keaiban keluarga tersebut sebaliknya dapat menyelamatkan seseorang dan menghentikan kezaliman dan penindasan yang sedang berlaku.
Realitinya, mahligai perkahwinan yang terbina bertujuan untuk mewujudkan ketenangan, rasa
cinta dan ihsan antara pasangan. Ini merupakan gambaran rumah tangga bahagia yang dibina atas dasar saling menyokong dan membantu.
Semoga Covid-19 yang melanda negara kini membawa iktibar, mempertingkat penghargaan dan kesyukuran terhadap pasangan di samping membantu mengubah dan memperbaiki kelemahan diri sendiri.
9