Page 11 - Suara Sarawak A
P. 11

SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Covid-19
11
PUTRAJAYA: Sebanyak 584 kes Covid-19 di Malaysia dikesan akibat varian baharu yang melibatkan jangkitan meluas dan pantas serta menular menerusi bawaan udara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menurutnya, varian baharu
itu dikesan menerusi beberapa tindakan pencegahan bagi ancaman varian Delta (B1617.2) termasuk jujukan genom susulan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa negara tertentu terancam dengan varian baharu itu.
“Kami dapati memang ada ancaman terhadap varian baharu di negara kita,” katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama dengan Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin, di sini.
Daripada 584 kes yang direkodkan, 40 kes ialah daripada varian Delta yang dikatakan ganas, varian Beta (B.1.351)
584 kes akibat varian baharu
Tiga
kluster
baharu
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan tiga kluster baharu Covid-19 semalam iaitu Kluster Sungai Sebetan, Saratok; Kluster Sega, Bau dan Kluster Industri 121 Kuala Baram, Miri.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kluster Sungai Sebetan merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah persendirian dan sebuah rumah panjang yang terletak di Batu 5, Jalan Engkudu- Peligong, Sungai Sebetan, Saratok.
“Sejumlah 101 individu disaring iaitu 45 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 55 kes didapati negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam satu kenyataan.
Kluster Sega pula merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa buah keluarga dari rumah yang berlainan di Kampung Sega, kawasan Serumbu, Bau.
“Sejumlah 61 individu disaring iaitu 17 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 28 kes didapati negatif dan 16 kes masih menunggu keputusan makmal,” jelasnya.
JPBN mendedahkan lagi, Kluster Industri 121 Kuala Baram merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan kuarters pekerja sebuah kilang papan lapis
di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Baram, Miri.
“Sejumlah 221 individu disaring iaitu 132 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks melibatkan 125 bukan warganegara dan enam rakyat Sarawak, 60 kes didapati negatif dan 29 kes masih menunggu keputusan makmal,” ujarnya.
Sementara itu, dua kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster itu iaitu Kluster Hulu Spaoh, Betong dan Kluster Jalan Airport, Miri.
JPBN memberitahu lagi, sebanyak 98 kluster masih aktif di Sarawak iaitu 12
kluster aktif merekodkan 238 penambahan kes baharu, manakala 86 kluster tidak merekodkan penambahan kes.
sebanyak 136 kes, varian Alpha (B117) sebanyak
10 kes, dua kes melibatkan varian B1525, empat
kes B161.7.14 dan varian membimbangkan (VOC) sebanyak 392 kes, katanya.
Dr Adham berkata lagi, Kementerian Kesihatan
(KKM) akan menjalankan kegiatan pencegahan dan kawalan berterusan antaranya berdasarkan kadar insiden tinggi dalam satu kawasan, kes menular dengan cepat dan membabitkan kematian.
“Kami akan buat jujukan
genom dan dari situ kami
akan tahu sama ada seorang individu itu mendapat jangkitan daripada varian baharu,” katanya.
“Ia ada kaitan dengan vaksin diberikan. Kami sudah maklumkan dua dos ialah dasar perlu dilaksanakan di negara ini supaya imunisasi dan ketahanan daripada varian baharu ini dicapai dengan baik,” tambah Dr Adham.
Mengenai Tabung Bantuan Mudarat Vaksin Covid-19, Dr Adham berkata, masih belum ada dana daripada tabung
berkenaan digunakan setakat
ini.
Menurutnya, sebanyak 18.6
respons kendiri berhubung kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) diterima melalui aplikasi Mysejahtera bagi setiap 1,000 dos vaksin diberikan sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Kesakitan di tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan antara kesan sampingan yang sering dialami penerima vaksin,” katanya. - Bernama
Miri rekod kes tertinggi
KUCHING: Sarawak merekodkan 424 kes positif Covid-19 baharu, dengan sejumlah 318 atau 75 peratus daripada jumlah kes dikesan di lima daerah iaitu Miri, Kuching, Telang Usan, Meradong dan Sibu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Daerah Miri merekodkan sebanyak 120 kes positif Covid-19.
"Sebanyak 113 kes atau 94.17 peratus ialah kes yang dikesan melalui saringan bersasar ke atas pekerja di sebuah kilang papan lapis di Kuala Baram, Miri.
"Daripada 113 kes tersebut, seramai 107 orang terdiri daripada bukan warganegara dan enam rakyat Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.
Selain 120 kes positif di Miri, JPBN turut mendedahkan
daerah yang merekodkan di Kuching (92), Telang Usan (40), Meradong (34), Sibu (32), Sri Aman (19), Kanowit (14), Selangau (8), Bintulu (8), Sarikei (7), Mukah (7), Bau (7), Tatau (6), Kabong (5), Bukit Mabong (5), Subis (4), Samarahan (4), Kapit (3), Serian (3), Lundu (2), Julau (1), Belaga (1), Song (1) dan Saratok (1).
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,985.
"Daripada 424 kes baharu yang dilaporkan, seramai 22 orang menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.
"Manakala, seramai 380 orang kes atau yang dikesan terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin," jelasnya.
KUCHING: Lima kawasan penempatan dikenakan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, dua penempatan iaitu Bilik Sewa Atas Kedai Lau Hoi Chew, Parkcity Commercial Centre, Bintulu dikenakan
PKPD bermula 4 hingga 17
Julai dan Bilik Sewa Atas Kedai V-12, Assyakirin Commercial Centre, Bintulu dikenakan PKPD bermula 4 hingga 18 Julai.
“PKPD di Rumah Kunjang Sembayang Ban, Tanjung Bijat, Sri Aman pula dikenakan PKPD bermula 5 hingga 18 Julai.
“Manakala PKPD di Rumah
Dunggau, Mendas, Saratok dikenakan bermula 6 hingga 19 Julai dan Rumah Tapoi, Sungai Setajam, Sarikei bermula
6 hingga 22 Julai,” katanya semalam.
PKPD di tiga kawasan penempatan dilanjutkan iaitu Kuarters Pekerja Balingian Power Generation (BPG), Jalan Sibu- Mukah, Mukah (7 hingga 14 Julai), Rumah John, Sungai Minus Jakar, Sarikei (7 hingga 8 Julai) dan Rumah Edmund, Sungai Baji, Sarikei (8 hingga 9 Julai).
JPBN mendedahkan PKPD di 12 kawasan ditamatkan bermula hari ini terdiri daripada Rumah Sandai, Sungai Mapai,
Kanowit, Rumah Salim Unang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Judy Kudi, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Mathew Merang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Daggang Ujang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu,
dan Rumah Lait Ijang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu.
Seterusnya, Rumah Chandi Kilau, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Putit Jugah, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Sadin Jeli, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Mador Rendah, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Rumah Alat Mukan, Mukah dan Mukah Palm Oil Mill (MPOM),
Mukah.
Selain itu, Daerah Kabong
bertukar kepada status jingga daripada status kuning setelah merekodkan sebanyak 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini sekali gus menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada tiga daerah.
Daerah Tanjung Manis pula kembali ke status kuning daripada status merah setelah merekodkan hanya 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Jumlah daerah berstatus kuning sebanyak 10 daerah, 26 daerah berstatus merah dan satu daerah berstatus hijau.
Lima penempatan dikenakan PKPD
11


































































































   9   10   11   12   13