Page 13 - Suara Sarawak A
P. 13
88 penjaja
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H Kesejahteraan raKyat Gedung perniagaan prihatin
13
| NUR HAZIRAH SHUKUR
nhazirahshukur@suarasarawak.my
KOTA SAMARAHAN: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru agar gedung perniagaan seperti pasar raya di seluruh Sarawak bersama- sama membantu meringankan beban rakyat ketika ini.
Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bersama pasar raya di kawasan ini menerusi program Kongsi Rezeki-Pantri Komuniti sudah pasti dapat membantu masyarakat yang memerlukan.
“Kita semua tahu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai masyarakat yang menghadapi sedikit kesulitan terutama sekali mereka yang makan gaji secara harian kerana penutupan tempat kerja.
“Saya berharap agar bandar- bandar lain yang mempunyai gedung perniagaan juga dapat membantu masyarakat yang
memerlukan, kerana masalah ini dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya ketika berucap sebelum menyerahkan sumbangan daripada Emart Summer Mall di sini.
Adun Asajaya itu juga menambah, dalam situasi sebegini Kerajaan Sarawak dan Persekutuan turut menghulurkan bantuan kepada rakyat menerusi bakul makanan.
“Bagaimanapun, tidak dinafikan bantuan itu tidak dapat bertahan lama kerana keperluan asas seperti beras mungkin hanya dapat bertahan dalam tempoh seminggu.
“Disebabkan itu apabila terdapat organisasi yang menggembleng tenaga untuk membantu meringankan beban mereka yang menghadapi masalah ini, kita amat mengalu-alukan,” ujarnya.
Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan memaklumkan, usaha sedemikian juga membuktikan gedung perniagaan di kawasan Kota Samarahan prihatin kepada nasib masyarakat.
“Mereka sanggup bekerjasama
ABDUL Karim menyampaikan bantuan kepada orang awam di Emart Summer Mall, Kota Samarahan. | Ghazali Bujang
Perlukan susu, lampin pakai buang
jalani calitan
dengan MPKS untuk membantu masyarakat yang memerlukan ketika ini dengan menyumbang bungkusan makanan.
“Kita juga melihat golongan yang berkemampuan bersama-sama membantu meringankan beban rakyat yang menghadapi tekanan hidup ekoran kerja yang terjejas
serta pelaksanaan PKP,” tegasnya. Dalam program Kongsi Rezeki- Pantri Komuniti yang berlangsung
semalam telah menyumbangkan sebanyak 100 bungkusan makanan kepada golongan memerlukan.
Antara 10 pasar raya di Kota Samarahan turut serta menjalankan program Kongsi Rezeki-Pantri
Komuniti ialah LePaPa Market; Farley Supermarket; Sen
Sen Department Store; H&L Supermarket; Aiman Mall; Emart Summer Mall; CS Mini Market; Elli Supermarket; Unaco Supermarket; Choice Supermarket dan mungkin akan mempunyai dua lagi penambahan pasar raya baharu.
KUCHING: Pertubuhan amal menerima pertambahan pemohon bantuan yang mendadak sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang menyaksikan begitu ramai orang hilang pendapatan.
Misalnya bagi Persatuan Sukarelawan Jalanan Sarawak,
dalam sepanjang tempoh PKP
ini, mereka menyantuni kira-kira 480 keluarga yang memerlukan dari Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman termasuk Miri.
Menurut pengasasnya Suria @ Suraina Adenan, ramai pemohon merupakan buruh kasar, pekerja kedai yang bergaji hari mahupun
penjaja kuih muih dan yang hanya bekerja sendiri.
“Paling menyedihkan, ada keluarga
yang disantuni tiada langsung makanan walaupun sebutir beras, ada juga yang hanya mengharapkan ihsan jiran yang prihatin,” katanya semalam.
Menjelas lanjut, beliau berkata, bantuan yang diperlukan bukan setakat keperluan makanan, tetapi juga dari segi susu dan lampin pakai buang yang sangat diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak.
“Bagi kami, permohonan keperluan itu akan disalurkan kepada bayi hingga kanak-kanak berumur tiga tahun sahaja,” katanya.
Naib Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti Kuching (Amal Kuching), Mohd Sepian Abang Daud juga berkata, pihaknya menerima permohonan bantuan sangat ketara malah sehingga setakat ini, ramai memerlukan bantuan makanan, susu dan lampin pakai buang.
Katanya, bilangan yang dibantu bertambah setiap hari kerana kehabisan bekalan makanan. “Yang paling menyedihkan ialah ibu tunggal
yang bekerja makan gaji dengan menyara sehingga enam orang anak yang masih kecil.
“Golongan yang paling banyak terkesan ialah mereka yang bekerja bergaji hari di tapak pembinaan yang berasal dari luar Kuching.
“Selain makanan, mereka memerlukan susu dan lampin pakai buang untuk anak-anak mereka,” katanya yang juga dihubungi.
Mohd Sepian berkata, setakat ini, Amal Kuching dengan kolaborasi dengan Kuching Food Aid sudah menghulurkan 292 set makanan serta 205 set susu dan lampin pakai buang kepada golongan yang memerlukan.
SIBU: Seramai 88 orang penjaja dan peniaga pasar dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) tampil menjalani ujian calitan Covid-19 di tingkat bawah Pasar Sentral Sibu, semalam.
Ujian calitan itu bermula tengah hari sehingga jam 2 petang.
Pengerusi MPS Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, mereka yang menjalani ujian calitan itu ialah antara yang masih belum divaksinkan.
“Seramai 88 individu yang diambil sampelnya itu merupakan penjaja yang mendaftar untuk program vaksinasi tetapi belum diberi vaksin lagi,” ujarnya.
Jelas beliau, tujuan calitan itu sebagai syarat untuk memulakan operasi mereka berdasarkan peraturan yang sudah ditetapkan sebelum ini.
Katanya, 11 pemegang permit dari pasar borong dan basah di Jalan Indah mendaftar untuk program vaksinasi diikuti 51 dari pasar malam, lima dari Medan Selera Taman Muhibbah dan seorang dari Medan Selera Taman Selera Harmoni.
Ting bagaimanapun
enggan mendedahkan jumlah peniaga dan penjaja yang masih enggan menerima vaksin Covid-19 tetapi menegaskan ada segelintirnya bertindak sedemikian.
“Peniaga dan penjaja yang berniaga di pasar
dan pusat penjaja dibawah pentadbiran MPS termasuk pasar hujung minggu
dan pasar malam yang menolak serta tidak mahu menerima vaksin Covid-19, berkemungkinan pada September ini akan berisiko dilarang mengoperasikan gerai mereka,” tegasnya.
Beliau mengatakan, ini antara langkah proaktif yang diambil oleh MPS untuk mengekang penularan Covid-19 dan menjadikan pasarnya sebagai tempat yang selamat untuk semua orang.
“Keputusan kita ini telah dimaklumkan oleh MPS kepada para peniaga dan penjaja kerana kita ingin mencapai 100 peratus dalam vaksinasi membabitkan peniaga dan penjaja yang berniaga di pasar dan
pusat penjaja di bawah pentadbiran MPS,” jelasnya.
MOHD Sepian semasa menghulurkan bantuan Amal Kuching kepada golongan memerlukan.
13