Page 8 - Suara Sarawak A
P. 8

8Bukan Sekadar Akhbar • PPK474/02/2019 (035042)
• Tel: 082-647375/ 649527
• Faks: 082-647374
• e-mel: news@suarasarawak.my • Laman sesawang: www.suarasarawak.my
• Lot 14096 (SL 121) Section 65, Ku- ching Town Land District 14D, Metro- city’s Commercial Precint, Jalan Matang, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Sidang RedakSi
Editor Eksekutif
ROHANA WAHED
rohanaw@suarasarawak.my
Timbalan Editor Eksekutif
AWANG ROSLI AWANG JAYA
rosliaj@suarasarawak.my
Timbalan Editor Eksekutif
AWANG SHAHFERI AWANG ADENI
ashahferi@suarasarawak.my
Editor Kanan Berita
RADIN AZHAR AHMAD
radinazhar@suarasarawak.my
Editor
DRAMAN BAHARON
draman@suarasarawak.my
Editor Ruai
ALVESTER BIGOL SULANG
alvesterbigol@suarasarawak.my
Subeditor Berita
CHRISTINA LIAN
christinalucaslian@suarasarawak.my
Subeditor Inspirasi
MOHD HAZIQ AMALUDDIN
haziqamal92@suarasarawak.my
Subeditor Global
S. CONNIE PEARL SUIL
pearl@suarasarawak.my
Subeditor Ruai
LINA KUNJAK
linakunjak@suarasarawak.my
Ketua Pemberita
FENNY SILONG
fensilong@suarasarawak.my
Ketua Grafik
NGUMBANG RANGGA
ngumbang86@gmail.com
Jangan ingat kek lapis sahaja
Pemikiran
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
Kuih Cincin
Kuih Cina
Tebaloi
Sepit Lemantak
“
kamu balik sahaja, tidak ada benda lainkah yang kamu bawa. Kalau bukan kek lapis, anda bawa terubok masin,” kata Yeop Keyrol, apabila saya bawakan bungkusan terubok masin kepadanya.
Kawan saya ini sangat baik, kami sama-sama belajar sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah. Jadi, saya sering bawakan juadah, sama ada ikan terubok ataupun kek lapis untuknya. Penjelasan beliau menarik perhatian saya.
“Kamu mahu makan laksa Sarawak... Yeop?” tanya saya.
“Ahhh!..laksa Sarawak, mi kolok... semuanya saya pernah makan.
Di Sarawak tidak ada makanan kering? Kalau di sini banyak kuih kering tradisional, ada kuih kapit,
ada rempeyek, di Sarawak ada kuih tradisi macam ini? Kalau ada, lain kali bawalah ke sini”.
“Ada Yeop, teman ingat kome tak nak sebab yang popular terubok dengan kek lapeh je”....jawab saya.
Apabila saya pulang ke
rumah, terfikir ada benarnya kata-kata Yeop... terlalu banyak mempromosikan kek lapis dan terubok seolah-olah menafikan kewujudan kuih kering tradisi. Maka dengan ini disenaraikan beberapa jenis kuih kering yang saya tahu walaupun ada banyak lagi kuih.
Saya hanya senaraikan beberapa sahaja yang pada saya sangat sedap. Buat sahabat di Semenanjung kalau datang bolehlah mencari kuih-kuih kering ini di Pasar Tamu Kubah Ria, Kedai Haji Wahid atau di Leni Spice UTC. Di tempat lain juga banyak... nanti boleh lihat dan komen, mesti ada yang senaraikan tempat menjual kuih-kuih kering ini.
Kuih Cap
Kuih ini dibuat daripada tepung beras, gula dan santan kelapa. Rasanya lemak manis. Sesuai untuk dimakan waktu petang dan santai.
Di kampung kuih ini dibuat dalam skala kecil untuk dijual di kedai runcit. Namun sejak adanya bantuan IKS, ada penduduk yang mengeluarkan kuih ini dalam skala besar dan dijual secara komersial hingga ke Brunei.
Kuih Cincin
Kuih ini juga menggunakan tepung beras sebagai bahan asas. Manakala penggunaan gula apong sebagai bahan utama membuatkan rasa kuih cincin Sarawak sangat istimewa berbanding di tempat lain. Kuih ini turut mendapat tempat dalam kalangan pelancong.
Tebaloi
Satu lagi produk hiliran
berdaya maju yang dihasilkan oleh masyarakat Melanau di Mukah, termasuklah Oya, Dalat dan Igan. Tebaloi dibuat menggunakan tepung
Asyik-asik kek lapis, tidak ada kuih lainkah yang special di
Sarawak. Aku tengok kalau
digunakan, namun kemanisannya membuatkan saya terkenang akan kuih ini. Di Sri Aman ada yang membuatnya di Kampung Hulu. Kini sudah tidak ada lagi. Kuih ini juga dipanggil sebagai Gula Kapas Sarawak.
Gula Koel
Gula Koel atau Koer merupakan makanan manisan bergula berasaskan gula apong. Likat dan keras seperti lolipop. Sangat sedap dimakan dan digemari kanak-kanak.
Sepit Lemantak
Kuih ini hampir sama dengan kuih sepit lain di Semenanjung, cuma bezanya tepung yang digunakan ialah tepung sagu atau lemantak. Ini menyebabkan kuih ini lebih tahan patah dan rangup serta tahan masuk angin (semun).
Di Pusa, Spaoh dan Debak banyak pengusaha kuih Sepit lemantak ini.
Roti Kompia
Terkenal di Sibu, no gardenia... no problem, kompia pun sedap! Rasa lemak manis boleh dicicah dengan sambal dan rendang, kenyang.
Demikanlah lapan jenis kuih kering dan manisan tradisional Sarawak yang saya tahu. Sebenarnya masih banyak lagi kuih lain, terutamanya yang dibuat oleh kaum Iban dan Bidayuh seperti kuih jala dan sebagainya. Jadi kalau ke Sarawak jangan ingat kek lapis sahaja, Sarawak kaya dengan kuih kering yang sedap dan berkhasiat.
• Ahmad Faizal Osman
@ Cikgu Emmet
Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Seduku Sri Aman
sagu atau lemantak. Rasanya sangat lemak dan manis serta rangup. Tebaloi merupakan contoh produk makanan ringan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, apabila sering kali diperkenal dalam ekspo perdagangan di luar negara sebagai produk tempatan sarawak.
Kuih Cina
Kuih ini bukanlah bermaksud dibuat oleh orang Cina, malah kuih ini dibuat oleh penduduk kampung Melayu pesisir seperti di Pusa, Kabong dan Saratok. Kuih ini dibuat daripada beras, kelapa kering, kerisik, gula dan daun pandan dan dibentuk sama ada bulat ataupun segi empat mahupun berbunga menggunakan acuan tertentu. Kuihnya rangup dan sangat sedap dimakan waktu petang.
Gula Mitai
Inilah antara kegemaran saya, namun makanan ini agak sukar ditemui kecuali di pasar tamu sahaja. Saya tidak tahu bagaimana gula mitai ini dibuat dan apakah bahan yang
8
Kuih Cap
Diterbitkan oleh
SV News Sdn. Bhd., Lot 2885 Block 3, Miri Concession Land District,
98000 Miri, Sarawak.
Dicetak oleh
UBP Printing Sdn Bhd, Lot 2042, Section 66, Pending
Industrial Estate, KTLD, Jalan Tenaga, 93100 Kuching, Sarawak.


































































































   6   7   8   9   10