Page 6 - Suara Sarawak A
P. 6
6
Prihatin
SELASA | 6 Julai 2021 | 25 Zulkaedah 1442H
BERBICARA tentang kanser atau barah, kita tahu ia mampu menyerang semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, jantina, kedudukan dan sebagainya.
Kita sendiri tidak sanggup melihat orang dewasa merintih kesakitan, apatah lagi apabila melibatkan kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa.
Malah, barah boleh menyerang kanak-kanak pada usia seawal beberapa bulan dengan yang paling kerap adalah leukemia, kanser sistem saraf tunjang serta limfoma melibatkan mereka di bawah usia 14 tahun.
Kita tidak mampu menghalang penyakit ini kerana semua yang berlaku adalah ujian.
Namun kita masih mempunyai ikhtiar untuk meminimum risiko
BEG HADIAH UNTUK PENGHIDAP KANSER
Kepuasan tidak ternilai
6
suarasarawak.news@gmail.com
MALIANA (kanan sekali) menyampaikan sumbangan hadiah.
sedikit suntikan semangat kepada mereka meneruskan perjuangan.
“Jadi saya tetapkan setiap Khamis untuk menghantar sekitar 40 bungkus beg hadiah terdiri daripada makanan, minuman, permainan, alat tulis, buku dan sebagainya.
“Bahkan saya tidak menyangka inisiatif ini dapat diteruskan hingga kini, malah semakin ramai individu perseorangan turut berminat dan menyumbang sama sehingga jumlah pemberian semakin
Kanak Sarawak (SCCS),” tambahnya. Mengakhiri perbualan, Diana
berharap lebih ramai masyarakat dapat mengikut jejaknya dengan bersedekah kepada golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.
“Bersedekah tidak kira dalam bentuk apa-apa pun atau berapa nilainya kerana paling penting adalah niat yang ikhlas,” ujarnya.
dan pada masa yang sama berusaha membawa menceriakan pesakit ini terutamanya kanak- kanak.
Justeru, dalam kita memerangi pandemik Covid-19, harus diingat bahawa masih ramai pejuang kanser yang perlu diberi perhatian terutama kanak-kanak yang belum mengenal dunia luar.
Kagum dengan usaha Maliana Wan Malik atau lebih mesra dipanggil Diana, 28, yang mencipta idea sumbangan beg hadiah untuk kanak-kanak pesakit kanser di sekitar bandar raya Kuching, Suara Sarawak menemu bual ibu kepada tiga anak lelaki ini untuk berkongsi lebih lanjut.
“Idea tercetus pada Ramadan lalu, ditambah dengan krisis pandemik Covid-19 semakin meningkat dan SOP hospital yang ketat.
“Malah ada dalam kalangan kanak-kanak ini sudah berbulan- bulan dan bertahun-tahun tinggal di Wad Pediatrik 2A Hospital Umum Sarawak (HUS) serta tidak dapat keluar menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.
“Sudah tentu tidak mudah untuk
ANTARA bungkusan hadiah yang diagihkan.
meningkat.
“Saya terharu kerana
usaha ini mendapat perhatian orang ramai yang berhati mulia dengan turut memberikan banyak sumbangan.
“Apabila melihat wajah kegembiraan kanak- kanak pejuang ini semasa menerima beg hadiah, ia satu kepuasan yang tidak ternilai,” tambahnya.
Katanya, pemberian tersebut turut diberikan kepada penjaga kanak- kanak, yang datang mendapatkan rawatan secara berkala termasuk kakitangan hospital.
“Visi utama saya adalah sentiasa memberi sumbangan untuk mereka yang kurang berkemampuan.
“Tidak hanya itu, dalam masa yang sama saya turut mengagihkan sumbangan orang ramai kepada ibu tunggal, fakir miskin, golongan terjejas, tahfiz dan Pertubuhan Kanser Kanak-
mereka mengharungi semua
ini terutama dalam bertarung nyawa memerangi kesakitan yang dihadapi. Terasa sayu apabila melihat wajah anak-anak kecil ini.
“Oleh itu, saya mula memikirkan cara untuk menggembirakan mereka dengan membuat beg hadiah iaitu bungkusan berisi makanan, alat tulis, permainan dan sebagainya yang boleh membawa keceriaan kepada anak-anak syurga ini apabila membukanya,” katanya.
Tambah wanita yang berasal dari Kampung Sungai Bedil, Kuching ini, dua daripada tiga anaknya menghidap penyakit hemofilia B sejak lahir, sekali gus memberi kesedaran kepadanya untuk menggembirakan anak kecil supaya terus tabah mengharungi kehidupan.
“Ia merupakan penyakit gangguan pembekuan darah yang mengakibatkan perdarahan lebih lama daripada biasa, yang disebabkan kurangnya faktor
pembekuan darah atau koagulasi IX (sembilan) di dalam tubuh.
“Kini anak sulung berusia 6 tahun, Harith Zafran Mustaqim Ismail perlu ke HUS setiap Khamis untuk mengisi faktor pembekuan ke dalam darah sebagai
langkah untuk mengekalkan faktor tersebut cukup mengikut keperluan badan.
“Manakala adiknya, Harraz Danish Mustaqim Ismail, 2 tahun, apabila besar seperti abangnya kelak juga perlu mendapatkan rawatan yang sama secara berkala untuk sepanjang hayat,” ujarnya.
Berikutan menghantar anaknya untuk rawatan di wad tersebut setiap minggu, Maliana yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan akan menyediakan bajet sekitar RM100 untuk beg hadiah.
“Hanya sedikit pemberian, namun inilah "hadiah" untuk mereka. Walaupun bukan pakej ceria, ia cukup untuk membawa
HARITH Zafran mendapatkan rawatan setiap Khamis.